Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Monday, August 1, 2011

NOVEL BERSIRI "TANGGA......" SIRI 1 BAB 1 DAN BAB 2

"TANGGA......." SIRI 1

BAB 1
Pagi ini aku rasa penuh dengan kesunyian. Angin yang bertiup menyejukkan seluruh tubuh-tubuhku. Suasana yang sunyi dan damai begitu aman dan tiada gangguan. Di pagi ini aku hanya duduk termenung memikirkan masa akan datang. ”Hai Man, memanjang je termenung ni. Ingatkan orang jauh ke?” tiba-tiba sahaja rakanku menjergahku. ”Amboi! Mus tak bagi salam dulu ke?” kataku. ”Sorrylah.....aku dah bagi salam banyak kali kau tak dengar.......Assalamuaaikum...” katanya lagi. ”Waalaikummussalam...... macam tulah. Kau buat apa ni?” tanyaku lagi. Aku dan Mustafa adalah rakan karib sejak kecil lagi. Dia sekarang baru melanjutkan pengajian perubatan di sebuah Universiti di Ibu Kota. Tapi aku pula masih lagi mngulangi STPM buat kali kedua.
”Man, kau buat apa sekarang ni?” Mustafa memulakan perbualan. Aku masih teragak-agak untuk menjawab tapi aku gagahkan juga. ”Biasa je Mus, kau cuti ke sekarang?” itu saja yang dapat aku katakan. ”a’ah.........aku cuti tiga minggu” kata Mustafa lagi. Kami pun berbual sampailah petang. ”Man, aku nak balik dulu ye, dah nak masuk maghrib ni.” kata Mustafa. ”Yela.” kataku ringkas.
*******************************************************
Hari ini bermula dengan ceria bila aku pergi ke arah mailbox aku pun mengambil surat yang ada. Ada satu surat yang tertera namaku lalu pantasku baca.
Mustafa Bin Kamal,
Lot 3-01, Universiti Perubatan Malaysia,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
14 April 2008
Assalamualaikum, Saudara Azman Bin Ismail, warkah yang saya tulis ini bertujuan bertanyakan khabar kepada saudara. Cuti saya terpaksa dipendekkan kerana saya perlu menyemak semua segala yang tertinggal di Universiti ini sebelum saya pratikal.
Saya memohon maaf kerana tidak memberitahu saudara di kampung.
Sekian
Mustafa
Ringkas sungguh surat ini, aku tau Mustafa sibuk walaupun masa cuti. Biasalah Mahasiswa Universiti. Setelah menbaca surat itu aku terus masuk ke dalam rumah. Hari ini amerupakan hari yang aku tunggu-tunggu selama ini kerana keputusan STPM akan diumumkan. Inilah kali kedua aku mengambil peperiksaan itu.
***************************************************************
Petang ini jantungku berdebar kerana tidak sabar menunggu keputusan peperiksaanku itu. Mungkin esok akan akan pergi untuk mendapatkan keputusan itu. Di televisyen pula berita jam 6 bersiaran. Antara yang disampaikan dalam berita adalah peratusaan keputusan STPM tahun ini. Pada tahun ini peratusan keputusan STPM meningkat. Aku berasa lega sekurang-kurangnya berita itu menghapuskan kegelisahanku.
******************************************************************

”Kupahat sebuah harapan melakar impian mendaki tangga harapan”
<Novel Tangga.... Karya Tigermalay87>


 BAB 2
H
ari ini adalah hari pertama Mustafa pratikal. Pada Mustafa hari ini merupakan permulaan untuk menghadapi pratikal. Pagi ini Mustafa menerima beberapa pucuk surat. Ada satu surat yang memikat hati Mustafa iaitu surat dari temannya.
Azman Bin Ismail,
Lot 3-04,
Kampung Pisang,
Jalan Penghulu Megat,
63230 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
18 Mei 2008
Saudara,
Assalamualaikum....... Saya memohon maaf kepada saudara kerana lambat membalas surat saudara tempoh hari. Saya di sini ingin  menyatakan kepada saudara bahawa saya lulus dalam peperiksaan yang saya duduki buat kali kedua. Pada buan depan saya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Sains. Pada 1 Jun 2008 saya akan mendaftaar diri saya di Universiti berkenaan di Kuala Lumpur. Saya harap saudara memaafkan saya sekiranya saya menganggu saudara ketika ini.
Sekian
Azman
Setelah membaca surat itu Mustafa pun berasa yang rakannya akan mencapai kejayaan yang cemerlang.
”Aku harap kau akan berjaya Man.” kata Mustafa dalam hati. Setelah itu, Mustafa terus mnbuka surat-surat yang lain.
*****************************************************************
”Mus, kenapa ni? Temenung je” kata rakan sebiliknya. ”Tak ada apa-apalah Rul.” jawab Mustafa lagi. ”Semacam je Mus, ingatkan awek ke?” tanya Khairul lagi. ”Taklah Rul. Ingatkan rakan karib kat kampung je.” jawab Mustafa lagi. ”Ooo..... Kawan yang namanya Azman ke?” tanya Khairul lagi. ”A’ah....... Dia  sekarang dah melanjutkan pelajarannya di USM dalam bidang kejuruteraan sains” jawab Mustafa lagi. ”Baguslah macam tu” kata Khairul lagi. Khairul terus berlalu ke bilik mandi. Mustafa terus melayan perasaannya. Dia berasa kagum dengan Azman kerana tidak putus asa sehingga berjaya.
*******************************************************************
.....AKAN BERSAMBUNG......

No comments:

Post a Comment