Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Sunday, July 31, 2011

CERPEN KEDUA "KISAH ANAK NELAYAN"

"Kisah Anak Nelayan"


        P agi yang indah tidakku sangka begitu payah sungguh bapaku pergi ke laut untuk mencari rezeki. Kini baruku sedar bertapa payahnya bapaku turun ke laut pagi subuh pulangnya tengah malam. Ibuku pula membantu bapaku menjual ikan yang bapaku dapat.
                Pagi ini aku pergi lagi ke sekolah. Guruku meminta yuran peperiksaan lagi, aku hanya memberi alasan minggu depan baruku bayar. Tahun ini aku akan memduduki peperiksaan STPM dan MUET.
                Petangku balik dari sekolah, inginku ceritakan kepada orang tuaku bahawa cikgu meminta yuran lagi tetapi hatiku membantah. Semasa makan tengah harui td aku tidak berselera kerana perkara itu. "Lan... Lan... Lan..." panggil bapaku. Aku terkejut dan menjawab "Ya yah." "Mengapa kau menung saja. Ada masalah?" soal ayah lagi. "Cikgu minta duit yuran ayah." jawabku pendek. "Apa kau cakap dengan cikgu?" soal ayah lagi. "Minggu depan bayar ayah." jawabku lagi.
                Hari ini hari sabtu ayah pergi lagi ke laut. Sebelum ke laut aku cadangkan kepada ayah jika ada ikan biar aku menjualnya. Ayah bersetuju dengan cadanganku.
               Petang ini aku menunggu ayah balik dari laut. Harapanku semoga ayah balik dengan selamat dan beroleh ikan yang banyak. Ayah balik membawa beberapa bakul ikan, aku gembira dengan ayah dan bersyukur dengan rezeki hari ini. Kami membungkus ikan ke dalam kertas plastik yang aku bawa. Aku menjual dengan harga RM2.00 sebungkus, aku ada 10 bungkus. Ini bererti aku akan dapat RM20.00. Mula-mula pemuda berbangsa cina membeli dua bungkus. Tinggal lagi lapan bungkus.
              Tidak lama kemudia muncul sebuah kereta Proton Wira berhenti di hadapanku. Pemilik kereta itu amatku kenal. "Azlan, bila awak berniaga?" soal Cikgu Razif. "Baru mula Cikgu."jawabku pendek. "Berapa harga sebungkus ikan Azlan?" tanya Cikgu Razif lagi. "RM2.00 Cikgu." jawabku pendek. Cikgu Razif membeli lapan bungkus dan membayar dengan wang kertas RM100.00. Aku tidak ada wang untuk memberi baki tetapi Cikgu Razif menyatakan nahawa simpan saja baki itu.
             Setelah itu, aku pun pulang. Aku sudah ada wang untuk membayar yuran peperiksaan.
******************TAMAT*********************

No comments:

Post a Comment