Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Saturday, August 14, 2021

Cerpen P.K.P

“P.K.P”
Hari ini aku termenung panjang di sudut bilik. 
Seminggu sudah berlalu semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan. Dalam tempuh seminggu jugalah aku bercuti. 
Hari ini sudah masuk minggu kedua P.K.P. Dua minggu jugalah aku terkurung dalam bilik. Tiada apa-apa yang boleh dibuat. Hanya tunggu pengumuman seterusnya samada P.K.P disambung. 
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tempuh P.K.P pertama. Main Campus sudahpun mengumumkan bahawa setiap sesi pembelajaran hanya akan dilaksanakan secara dalam talian sahaja. Bermula minggu depan sesi pembelajaran akan bermula. 
Bunyi ketukkan membuatku tersedar dari lamunan. Aku terus melangkah membuka pintu bilik. Di sebalik pintu kulihat rakanku. 
"Apa kau buat dalam bilik sampai tak sedar aku memanggil?" Rakanku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Aku masih diam membisu. Tiada kata yang dapatku ucapkan. Aku membiarkan rakanku itu duduk. Dia masih mengharapkan jawapan dariku. Aku mula membuka kata. "Aku tak sedar kau datang. Aku tengah menghadap laptop. Maklumlah minggu depan kelas online bermula." Jawabku. Aku harap jawapanku itu dapat memuaskan hati rakanku. Aku lihat rakanku itu seperti berpuas hati dengan jawapanku. Kami sudah lama berkawan semenjak dari bangku sekolah lagi, seterusnya kami sama-sama menyambung pelajaran di Universiti yang sama. Namun berbeza bidang.
"Ingatkan apalah tadi, kau pun tahu aku ni macam mana, takut apa-apa terjadi dekat kau, Zi." Jelas rakanku dalam keadaan lega. "Kau bila mula kelas online, Lan?" Tanyaku kepada rakanku itu. "Aku pun mula minggu depan." Rakanku menjawab pertanyaanku dengan ringkas. Rakanku menemaniku menonton berita dari Live Streaming online. Perdana Menteri mengumumkan PKP disambung dua minggu lagi. Setelah selesai pengumuman itu aku terus menutup laptopku. Aku lihat rakanku seperti ingin berkata sesuatu, tapi dipendamkan sahaja.
*****
Minggu ini bermula kelas online. Jadual kuliah telahku terima menerusi emel. Aku menyusun segala yang perlu untuk kelas online nanti.
Hari ini bermulalah kelas online. Subjek pertama pada hari ini agak lewat sedikit kerana ada masalah internet. Hanya beberapa orang sahaja yang menghadirkan diri pada hari pertama kelas. 
Kelas hari ini berjalan dengan tidak berapa lancar kerana internet yang digunakan tidak mengizinkan. Setiap penerangan dari pensyarah terhenti dalam beberapa minit.
Selesai sahaja kelas online aku terus menutup Laptopku. Rasa malasku kembali terus sahaja aku merebahkan diri. “Assalamualaikum….” satu ketukkan yang disusuli dengan salam. Dengan rasa malas aku bangun dan membuka pintu bilikku. Aku terus menjawab salam dari rakanku itu. ”Waalaikumussalam. Engkau apa hal? Lan.” Aku menjemputnya masuk. “Engkau tak keluar makan?” Soal rakanku itu. “Kalau kau nak makan boleh aku tolong belikan. Sebab aku nak keluar beli makanan ni. Kejap lagi aku ada kelas.” Jelas rakanku dengan panjang lebar. Aku hanya mengganguk sahaja. “Bolehlah belikan aku nasi ayam dan air sirap sahaja.” Kataku sambil memberi wang kepadanya.
Rakanku terus berlalu pergi meninggalkanku. Aku terus menyemak jadual kelasku kembali. ‘Petang nanti ada satu kelas lagi.’ Fikirku dalam hati. Aku perlu bersiap sebelum rakanku balik. Sebelum aku mandi, aku menerima satu emel tugasan dari pensyarah. Aku terus membuka emel itu, dan menyemaknya. 
Rasa segar selepas mandi di tengahari ini. Aku kembali membuka laptop dan menyemak kembali tugasan yang di beri pensyarah kepadaku. “Assalamualaikum. Zi….” ketukkan dan salam dari rakanku kembali lagi. Kali ini dia membawa makanan dan juga laptop. Aku tahu rakanku tidak sempat makan sebab kelasnya akan bermula. “Zi, kita makan dululah.” kata rakanku. Aku hanya memerhati sahaja perbuatannya. Dia terus membuka Laptopnya, dan bersedia untuk menyertai kelasnya sambil makan. Akupun turut makan bersamanya. 
Setelah selesai kami makan aku terus mengumpulkan segala saki-baki makanan. Aku lihat rakanku itu masih lagi menghadap Laptopnya. Kelasnya masih lagi berjalan. Aku menuju ke Laptopku untuk menyertai kelasku pula. Dalam keadaan senyap kami menyertai kelas secara online sehingga selesai. Kelasku berjalan agak lancar kali ini. 
*****
Minggu ini masih lagi dalam P.K.P, hanya seorang sahaja yang boleh keluar dari hostel untuk membeli barang keperluan. Aku menyenaraikan barang keperluanku untuk diserahkan kepada ketua bilik. 
Ketua bilik mengumpulkan senarai barang keperluan kami. Dalam sebuah bilik hostel ada enam ahli termasuk ketua bilik. Setiap ahli akan menyerahkan senarai barang keperluan masing-masing. 
Ketua bilik kami sudah pun keluar bilik, hari ini tiada kelas online dan hari ini aku menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah ketika kelas semalam. 
Hari ini pula rakanku masih menghadiri kelasnya di bilik hostel. Manakala rakanku yang lain masih lagi menyemak tugasan yang diberikan. Sementara menunggu ketua bilik sampai membawa barang keperluan, kami mengisi masa dengan menyemak tugasan masing-masing.
Ketukkan pintu mengejutkan kami yang sedang leka menyemak tugasan. Salah seorang rakan sebilikku membuka pintu bilik. Ketua bilik masuk dan membawa barang-barang keperluan yang telah kami senaraikan. Kami mula membantu ketua mengangkat barang-barang tersebut masuk ke dalam bilik. 
Selesai sahaja membahagikan barang-barang keperluan, kami kembali menyemak tugasan. Aku membuka bungkusan barang yang telah dibeli. Aku harap semuanya mencukupi. 
Setelah selesai menyemak tugasan aku terus memasak untuk makan tengahari, aku pergi ke ruang dapur bilik dan mendapati rakan sebilikku sedang memotong bahan untuk memasak. "Mat, bila kau ke sini? Aku ingat kau masih menyiapkan tugasan." Aku mula bertanya kepada Rahmat. Dia menjelingku dan membuka kata "Baru sahaja ke dapur, ingat nak memasak untuk kita semua. Maklumlah kita masih dalam P.K.P." Aku terus membantunya.
Selesai sahaja kami memasak. Rahmat memanggil rakanku yang lain. Kami terus makan bersama-sama. Tidak lama selepas itu aku menerima panggilan telefon dari rakanku Azlan.
Selesai sahaja aku berbual dengan Azlan datang pula rakan sekelasku Nizam. “Assalamualaikum, Zi.” Nizam memberi salam kepadaku. “Waalaikumussalam Zam.” jawabku dan mengajaknya masuk. 
Nizam datang petang ini untuk membincangkan tugasan yang diberi oleh pensyarah kepada kami. 
Perbincangan kami mengambil masa yang agak panjang. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Nizam balik ke biliknya dan aku pula terus mengambil tuala dan mandi.
*****
Hari kian berubah, kini masuk minggu keempat P.K.P, P.K.P masih lagi dilaksanakan. Kelas online sedang rancak diadakan. Masing-masing dengan tugasan sendiri. Kini P.K.P sudah memasuki fasa Bersyarat pula jadi ada kelonggaran sedikit. Namun Kelas online tetap dilaksanakan. Minggu ini memasuki minggu pertama P.K.P.B, dan minggu ini juga kami akan menduduki peperiksaan Pertengahan semester.
Dalam bilik hostel rakan-rakan sedang rancak mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan akan diadakan secara online juga. Kali ini Azlan mengajakku untuk pergi membeli barangan keperluan untuk dua minggu. Oleh kerana P.K.P.B, maka kami dibolehkan untuk keluar mengikut waktu yang ditetapkan.
Inilah peluangnya untuk mencari barangan yang perlu. Kami pergi ke pasar raya yang berhampiran dengan menaiki bas. Dalam perjalanan, aku lihat bandar mengalami perubahan kerana tidak ramai yang keluar pada masa ini. Jalan semuanya sunyi kerana tiada kesesakan. Udara pun nyaman sekali kerana kekurangan asap kenderaan. Sampai sahaja kami ke pasar raya, kami diperkenalkan dengan norma baru. Setiap kali ingin masuk ke pasar raya kami harus di scan suhu supaya tiada gejala yang tidak diingini.
Selesai sahaja kami membeli belah, kamipun balik ke hostel. Penat sungguh hari ini aku terus merebahkan diri di atas katilku. 
Sedar-sedar hari sudahpun petang. Aku terus mandi. 
Setelah mandi barulah badanku berasa segar. Aku melihat handphoneku, ada sepuluh panggilan tidak dijawab. Aku terkejut kerana panggilan itu dari kampung.
Aku terus menelefon keluargaku. Setelah aku menelefon keluargaku, aku terus menyemak jadual kelas untuk minggu depan.
Minggu depan kami akan mengadakan kelas bersemuka dan mengikut protokol serta norma baru.
Aku perlu menyiapkan tugasan yang masih berbaki untuk di hantar pada minggu depan. 
*****
Minggu ini kesibukan kami kerana kami menduduki peperiksaan Pertengahan semester, hari ini aku ke main campus untuk menduduki peperiksaan Pertengahan semester untuk subjek yangku ambil. Rasa malas menunggu bas untuk ke main campus. Oleh kerana norma baru aku tidak dapat duduk bersama-sama dengan rakanku. 
Apabila sampai, aku terus ke dewan peperiksaan. 
Peperiksaan dijalankan dengan lancar. Aku dapat menjawabnya. Musim P.K.P kawalan Pengerakan disekat. Aku terus balik ke hostel kerana tiada lagi peperiksaan untuk hari ini. 
Setiba sahaja aku di hostel, aku terus merebahkan badan dan berehat untuk seketika. 
Ketukkan pintu mengganggu rehatku. Aku gagahkan juga untuk membuka pintu bilik. Aku dapati rakanku berdiri di balik pintu. "Zi, jom makan." Ajakkan rakanku itu dibalas dengan anggukkan.
Aku terus keluar dari bilik dan menghadap makanan yang telah dihidangkan. Aku mendapati tiada rakan yang lain selain dari kami berdua. "Diaorang semuanya belum balik. Masih ada exam." Kata rakanku itu tanpa menunggu soalan dariku. 
Selesai sahaja makan aku terus pergi ke bilik dan mencapai tuala mandi. Aku lihat rakanku mengulangkaji pelajarannya. Aku terus berlalu melewati bilik rakanku itu. 
Selesai sahaja mandi, aku terus mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan esok. Esok aku akan menduduki dua kertas dan akan balik pada sebelah petang. 
Selesai aku mengulangkaji, aku terus keluar dari bilik dan mendapati rakan-rakanku baru sahaja balik dari main campus.
Aku hanya memerhati sahaja mereka yang nampaknya keletihan. Aku tahu malam ini mereka akan mengulangkaji lagi.
Malam berganti siang, hari ini aku bersiap awal dari semalam kerana hari ada peperiksaan pada awal pagi. Ketika aku menunggu bas untuk ke main campus rakanku sekelasku menegurku. “Zi, awal pagi ini.” Aku hanya mengganguk sahaja. Oleh kerana kami perlu berbaris dengan jarak satu meter maka kami tidak dapat berborak panjang lebar.
*****
Sampai sahaja kami di main campus, kami terus ke dewan peperiksaan. Kali ini kami dikejutkan dengan kehadiran pihak KKM. Aku tertanya-tanya di dalam hati ‘Apakah yang berlaku?’ namun tiada jawapan yang pasti.
Pengumuman yang mengejutkan kami bahawa salah seorang dari kami telah dijangkiti Virus Covid-19. Alangkah terkejutnya aku dengan pengumuman itu. Menerusi pengumuman itu pensyarah mengumumkan peperiksaan ditangguh sementara, manakala kami akan dihantar ke pusat kuarantin selama empat belas hari.
Kami di bawa oleh pihak KKM ke pusat kuarantin yang telah disediakan oleh pihak Universiti untuk para pelajar. 
Oleh kerana kami tidak membawa apa-apa barang keperluan, pihak kolej telah menyediakan keperluan untuk kami.
Pada hari pertama kami di kuarantin, kami perlu menjalankan swab test yang pertama bagi memastikan kami tidak mempunyai gejala virus tersebut.
Aku hanya menahan sebak di dada sahaja. Aku harap keputusan swab test tersebut memuas hatiku.
Sementara menunggu giliran untuk di swab test handphone berbunyi, aku menjawab panggilan dari keluargaku di kampung. Aku sedar mereka mendapat perkhabaran melalui berita di TV.
Aku hanya memberitahu kepada mereka bahawa pihak KKM telah mengasingkan kami dengan rakan yang didapati positif. Selain itu aku menasihati mereka supaya tidak bimbang kerana kami telah menjalankan kaurantin selama empat belas hari.
*****
Hatiku berdebar menantikan keputusan swab test pertamaku. Aku memerhati rakan-rakan yang lain. Aku fikir mereka juga mempunyai perasaan yang sama. Oleh itu kami hanya berserah sahaja kepada Yang Maha Esa.
Hari ini adalah hari yang keempat kami di kuarantin. Pada hari ini keputusan yang pertama akan kami dapat sama ada negatif atau positif. Selepas itu kami akan di swab test untuk kali kedua pula.
Rasa berdebar jantungku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku melihat rakan-rakanku juga seperti itu. 
Alangkah leganya apabila mendapat tahu keputusan swab testku negatif. Aku terus mendapatkan swab test kedua. Selesai sahaja swab test kedua aku terus berehat. Sekali lagi handphoneku berbunyi. Aku mendapati kakakku yang menelefon. Aku tahu mereka bimbang, akan ingin mendengar keputusan swab test pertamaku. Aku menjelaskan keputusannya.
Swab test kedua telah pun dilaksanakan, kami kena menunggu empat hari lagi sebelum swab test terakhir. Kami semua mengharapkan semoga swab test kedua ini juga negatif. 
Hari demi hari dilalui oleh kami di pusat kuarantin ini. Tiada laptop untuk kami menyemak tugasan. Kami hanya mengulangkaji nota yang kami bawa ketika peperiksaan yang ditangguh sahaja. 
*****
Hari ini masih lagi di pusat kuarantin, aku masih lagi menunggu keputusan swab test keduaku. Dalam dua hari saja lagi sebelum keputusan swab test kedua diumumkan.
Menunggu keputusan swab test kedua ini dirasakan seperti sebulan, kerana di pusat kuarantin tiada apa-apa yang perlu di buat. Aku serta rakan-rakanku yang di kuarantin sudah cukup bosan. Namun apapun kami mengharapkan supaya keputusan yang mengembirakan kami.
Sekali lagi aku di telefon oleh keluargaku di kampung dan bertanyakan khabar dariku. Aku menjelaskan kepada mereka hanya tunggu keputusan swab test kedua pula.
Aku tahu keluarga amat bimbang pada ketika ini. Apatah lagi aku juga sememangnya bimbang.
*****
Hari yang di tunggu telah tiba, keputusan swab test untuk kali kedua kami adalah negatif. Kami akan mengambil swab test untuk kali ketiga atau yang terakhir sebelum tamatnya kuarantin selama empat belas hari.
Sekali lagi kami di panggil untuk mendapatkan keputusan swab test untuk kali kedua. ‘Syukur alhamdulillah, swab test kali ini pun negatif semoga swab test ketiga nanti juga begitu’ fikirku dalam hati.
Setelah selesai mendapatkan keputusan kami menjalankan swab test ketiga dan terakhir. Kali ini rakanku menghampiriku. “Zi, kau bagaimana? Ok ke?” soal rakanku itu. Aku menjawab pertanyaannya, kami berbual sehingga selesai swab test. 
Swab test selesai, dan kami kembali ke bilik masing-masing. Sampai sahaja ke bilik aku terus merebahkan diri. Aku memeriksa handphoneku. Aku dapati ada miss call dari keluargaku. Aku terus menelefon keluargaku. 
Seperti selalu keluargaku bertanya tentang keputusan swab test. Aku menjelaskan kepada keluargaku. Aku dapat rasakan kelegaan dari suara kakakku menerusi telefon. Aku katakan kepada kakakku bahawa swab test ketiga kami hari ini sebelum tamat kuarantin. Selesai sahaja aku menelefon kakakku, aku terus berehat.
*****
Hari ini merupakan minggu terakhir kami di kuarantin, oleh itu ada kelonggaran antara kami di dalam bilik kuarantin. 
"Zi, bila agaknya kita akan sambung exam?" Pertanyaan rakanku itu membuatku terkejut. "Mungkin seminggu lepas kita keluar dari kuarantin." Jawabku lagi. Rakanku terus berlalu meninggalkanku keseorangan. Aku masih lagi dibuai lamunan. Sekali lagi deringan handphoneku mengganggu lamunanku. Aku terus menjawab panggilan itu. Seperti biasa tentu panggilan itu dari kakakku yang bertanya khabarmu di sini.
Selesai sahaja aku menjawab panggilan, rakanku mengajakku makan tengahari. Hari ini pihak KKM menyediakan makanan yang menyelerakanku. Aku makan dengan berselera sekali. 
Hari-hari yang terakhir kami di pusat kuarantin, pelbagai perasaan yang kami kongsikan.
Hari ini keputusan swab test kali ketiga akan kami perolehi sebelum gelang kuarantin di potong oleh pihak KKM. Perasaan kami hari ini bercampur-campur, namunku mengharapkan berita baik dari pihak KKM. 
Setelah mendapat berita keputusan swab test yang terakhir kami terus diberi taklimat sebelum pemotongan gelang kuarantin. Selepas ini kami akan di bawa ke hostel masing-masing dan disuruh berehat sebelum memulakan kuliah baru. Alangkah gembiranya kami dapat balik ke hostel.
Minggu depan pula, umat islam akan menyambut bulan ramadhan. Namun kami hanya dibenarkan berada dalam hostel sahaja dan tidak dibenarkan balik kampung. Kami membuat perancangan untuk menyambut bulan ramadhan di hostel. 
Kami merancangkan untuk menyambut bulan ramadhan di hostel seperti di kampung. Setiap bilik hostel akan menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa masing-masing. Ketua bilik akan mengumpul dana untuk membeli bahan. Selain itu, kami juga merancang untuk memenuhi malam-malam ramadhan dengan bertarawih dan bertadarus di bilik masing-masing.
Semua rancang sudahpun dimaklumkan kepada waden. Bagi yang bukan islam akan ikut sekali dalam menyediakan juadah, serta membantu kami membeli bahan untuk juadah.
Panjang juga rancangan yang telah dikemukakan oleh ketua bilik kami. Hanya tinggal seminggu lagi kami akan menyambut bulan ramadhan dan juga peperiksaan petengahan semester kami yang ditangguh akibat kuarantin. 
Hari ini bermulalah ketua bilik mengumpul dana untuk bulan ramadhan. Selepas sahaja ketua mengumpul dana, dia terus mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan minggu depan.
*****
Hari ini bermulalah bulan Ramadhan dan bermula jugalah peperiksaan Pertengahan semester yang yang tertangguh minggu lepas. Aku menunggu bas untuk ke main campus. Kami menaiki bas menuju ke main campus.
Hari ini aku serta rakan-rakanku memduduki peperiksaan yang tertangguh pada beberapa minggu lepas. Selesai menjawab soalan bagi kertas peperiksaan hari ini aku terus menyemak jadual peperiksaan yang telah diterimaku minggu lepas. Hari ini masih ada satu lagi kertas peperiksaan.
Hari demi hari berlalu, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ini aku serta rakan-rakanku tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri di kampung. Kami hanya mampu mengirimkan ampun maaf melalui talian sahaja. 
Sebagai persiapan, ketua bilik sekali lagi mengadakan perbincangan untuk menyambut Aidilfitri di hostel. Selesai bertarawih pada malam ini ketua bilik mengajak kami supaya menghidupkan nostalgia sambutan hari raya di hostel.
Semua rakan-rakanku setuju dengan saranan ketua bilik. Sambutan ini sebagai tanda kerinduan kami kepada kampung halaman.
Oleh kerana kami tidak digalakkan membakar lemang, jadi kami akan membeli lemang dan ketupat segera sahaja. Kami juga merancang untuk membeli biskut raya bagi memeriahkan suasana.
Segala persiapan sudah mula dijalankan. Kami bergotong-royong menyediakan juadah. Ada yang memasang lampu berwarna-warni di hadapan bilik, ada juga yang menyediakan juadah berbuka puasa. Tidak kurang juga bervideo call dengan keluarga yang jauh di desa. Tahun ini kami tidak dapat pulang kerana P.K.P yang masih dijalankan.
Giliran aku pula yang bervideo call dengan keluarga, aku ceritakan persiapan kami untuk menyambut hari raya. 
Walaupun berjauhan dengan keluarga, kami dapat meraikannya dengan rakan-rakan yang kami anggap keluarga. Pada masa ini hanya doa yang dapat dititipkan supaya pandemik Covid-19 ini berkurangan dan kehidupan kembali seperti sedia kala.
**tamat**
Royal1987
14 Ogos 2021
(Sabtu) 
Jam 22:00