Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Wednesday, September 26, 2012

CERPEN AG TANGUNGJAWABKU





Tenang pagi ini, walaupun begitu tenangnya pagi ini mungkin tidak akan menyelami ketenangan jiwa ini. Aku tidak pasti apa yang harus aku lakukan, yang pastinya setiap kali aku berdepan dengannya ada saja halangan. “Ring……. ring…… ring” tiba-tiba muncul bunyi panggilan. Aku rasa malas nak mengangkat telefon walaupun telefon tidak jauh dari tempatku duduk. Dalam keadaan terpaksa aku mengangkat gangang telefon. “Hello! Selamat pagi, Angkasa Global di sini boleh saya bantu?” Kataku. “Selamat pagi, saya Haris Iskandar dari HI Marketing. Saya nak bercakap dengan encik Kamarul Razak Pengarah Angkasa Global.” Kata sipemanggil. “Saya Kamarul Razak.” Kataku lagi. “ Ooo……. Maafkan saya. Saya ingin berbincang dengan encik mengenai projek kita. ”Jawab pemanggil lagi. “Kalau begitu boleh kita buat temujanji.” Kataku. “Baiklah.” Jawab pemanggil tadi.
            Setelah kami menetapkan tarikh temujanji dan tempatnya aku terus meletak gangang telefon dan terus menghubungi setiausahaku. Beberapa minit selepas itu, setiausahaku muncul dan bersedia untuk mencatatkan arahan yang akan aku berikannya. “Pada 16 Mei 2010 saya akan bertemu dengan pengurus HI Marketing bertempat di Restoran Damai, Kuala Lumpur.” Kataku ringkas. Setiausahaku terus mencatatkannya. Setelah itu, dia terus berlalu dari bilikku.
            Hari ini merupakan hari yang begitu menyeksakanku, ini kerana hari ini aku akan bertemu dengan pengurus HI Marketing di tempat yang telah kami tetapkan. Setelah sampai ke tempat letak kereta Restoran Damai aku terus keluar dari dalam keretaku dan masuk ke dalam restoran tersebut. Sebaik sahaja aku memasuki restoran, aku terus mendapatkan tempat duduk dan memesan air jus watermelon sementara menunggu Pengurus HI Marketing. HI Marketing merupakan rakan kongsi Angkasa Global semenjak syarikat Angkasa Global diuruskan oleh arwah ayahku dulu. Setelah sebulan kematian ayah aku telah dilantik sebagai pengarah Angkasa Global. Walaupun aku tidak meminati bidang perniagaan tetapi aku terpaksa mengendalikannya kerana akulah satu-satunya pewaris Angkasa Global.
            Lamunanku terhenti apabila seorang lelaki menghampiriku lalu menghulurkan tangan kepadaku dan memperkenalkan dirinya. “Awak Kamarul Razak pengarah Syarikat Angkasa Global, Saya Haris Iskandar pengurus HI Marketing.” Katanya. “Ya saya.” Kataku ringkas. Sebelum kami berbincang, Haris dan aku memesan makanan dan minuman. Selang beberapa minit makanan dan minuman yang kami pesan pun sampai. Kami makan makanan yang telah tersedia. Setelah selesai makan kami pun meneruskan perbincangan.
            Setelah selesai perbincangan aku terus menaiki keretaku dan memecut untuk balik ke pejabatku dan membawa bersama-samaku segala agenda yang telah dibincangkan. Setelah sampai di pejabat aku terus duduk di atas kerusi dan melayani fikiranku. Aku masih ingat lagi sewaktu peguam membaca wasiat ayahku di hadapan aku dan ibu serta mengumumkan bahawa aku pemegang saham serta salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Sekaligus aku dilantik sebagai pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, aku amat terkejut dengan pengumuman itu. Di dalam hatiku pada waktu itu membangkang dengan lantikkan itu. Yang pastinya aku menerima dan tidak meluahkan segala yang tersembunyi di dalam hatiku. Aku menerima lantikkan itu dengan hati yang rela.
            Sekali lagi aku terkejut dengan deringan telefon di hadapanku. Lalu aku mengangkat telefon tersebut. “Hello…… Angkasa Global, selamat petang boleh saya bantu?” Kataku. “Hello….. saya Hafizlah Rul.” Kata pemanggil. Rupanya Hafiz kawanku. “Ya Hafiz. Ada apa kamu telefon saya ni?” Kataku lagi. “Tak ada apa-apa Cuma nak beritahu kamu, saya sekarang dah sampai di Malaysia.” Kata Hafiz. Hafiz rakanku telah melanjutkan pelajarannya keluar Negara sejak empat tahun lalu. “Fiz, kamu sekarang berada di mana?” Tanyaku. “Saya sekarang di Airport lagilah Rul, baru saja sampai.” Jawab Hafiz lagi. “Kalau begitu apa kata kamu jumpa saya esok pagi.” Kata Hafiz lagi. “Baiklah kalau macam tu.” Kataku. Lalu aku meletakkan gangang telefon.
            Setelah selesai menyusun temujanji dengan Hafiz aku terus memanggil setiausahaku. Tidak lama selepas itu setiausahaku pun datang dan bersedia mencatat apa yang akan aku katakan kepadanya. Aku memberitahu kepada setiausahaku bahawa esok aku akan datang ke pejabat lewat sedikit kerana ada urusan.
            Apabila setiausahaku keluar, aku terus mengambil fail-fail yang aku bawa semasa bertemu dengan pengurus HI Marketing tadi untuk ditelitikan. Setelah selesai menelitikan fail-fail tersebut, aku terus mengemas pejabatku dan bersiap-siap untuk balik.
            Apabila sampai sahaja di rumah aku terus masuk ke dalam bilikku. Oleh kerana kepenatan aku terus merebahkan diri di atas katil. Entah bila aku melelapkan mata, apabila aku terkejut dan kulihat jam di dinding menunjukkan pukul 08:00 malam. Terdengar bunyi ketukkan dan daun pintu biliku dibuka, kulihat ibuku di sebalik pintu. “Rul mari makan.” Ajak ibuku. Pelahan-lahan aku bangun dari atas katil. “Ibu, saya mandi dululah, lepas itu solat maghrib dan isyak, takut tertinggal nanti. Ibu makanlah dulu.” Kataku. Ibuku terus meninggalkan aku sendirian.
Setelah selesai solat maghrib dan isyak aku terus turun ke bawah untuk makan. Aku melihat ibuku masih lagi berada di meja makan. Aku duduk di atas kerusi. “Rul, bagaimana dengan kerja di pejabat?” Tanya ibuku sambil menyediakan makanan kepadaku. “Okay saja bu.” Kataku ringkas. Setelah selesai makan, aku terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilikku untuk tidur.
Apabila bangun dari tidur aku melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 09:00 pagi. Rasa malas untukku bangun pagi ini tetapi aku teringat temujanjiku dengan kawanku pagi ini. Aku terus ke bilik air dan mandi. Lepas itu aku bergegas turun ke bawah, aku melihat ibuku sedang menyiapkan sarapan. “Rul, mari sarapan.” Ajak ibuku. “Tak apalah bu. Ibu sarapanlah saya nak keluar dulu, ada temujanji dengan kawan.” Kataku. Aku terus keluar dan masuk ke dalam keretaku.
Apabila sampai di Restoran Indah aku terus mencari tempat letak kereta untuk meletak keretaku. Setelah berada di dalam restoran aku terus mencari kawanku Hafiz. Setelah puas mencari aku melihat seorang lelaki melambaiku. Aku menghampiri lelaki tersebut. “Fiz, maaflah sebab aku lambat.” Kataku. “Tak apalah Rul. Jemputlah duduk.” Kata Hafiz pula. “Engkau apa khabar Fiz?” Tanyaku. Pelayan restoran menghampiri kami dan aku memesan satu set sarapan pagi untukku. Setelah pelayan restoran berlalu dari tempat kami duduk, kami terus menyambung perbualan kami. “Sihat Rul, Engkau pula bagaimana?” Kata Hafiz. “Saya biasa saja Fiz. Sejak ayah saya meninggal dan saya dilantik menjadi pengarah syarikat, saya selalu sibuk dengan kerja.” Kataku. “Baruku teringat bahawa ibuku telah memberitahuku semasa aku berada di tahun ketiga pengajianku bahawa ayahmu telah meninggal.” Katanya lagi.
            Pelayan yang tadi datang semula dan membawa makanan kepada kami. Kami meneruskan perbualan kami sambil menikmati makanan yang dihantar oleh pelayan tadi. Apabila jam menunjukkan pukul 12:00 tengahari aku terus memohon diri untuk pergi ke pejabatku. Kami pun berlalu keluar dari Restoran tersebut dan menuju ke kereta masing-masing.
Setelah sampai di pejabat, aku melihat seorang wanita muda yang sedang menunggu seseorang. Apabila aku masuk ke dalam bilik, setiausahaku terus mengetuk pintu bilikku. Aku mengarahkan supaya setiausahaku masuk. “Tuan, ada tetamu ingin berjumpa dengan tuan.” Beritahu setiausahaku. “Baiklah, suruh dia masuk.” Kataku. Setiausahaku terus keluar dari bilik pejabatku. Tidak lama kemudian satu ketukkan mengejutkanku. Aku mengarahkannya supaya masuk. “Selamat pagi encik Kamarul.” Kata wanita itu. “Selamat pagi, boleh saya bantu saudari?” Kataku. “Saya Nur Azrin dari Hafizal Group ingin membincangkan mengenai projek perumahan yang bernilai RM18juta kepada encik.” Katanya lagi. “Kalau begitu boleh kita berbincang di bilik mesyuarat.” Kataku. Kami keluar dari bilik pejabatku dan menuju ke bilik mesyuarat. Perbincangan kami berjalan sehingga pukul 02:00 petang.
Setelah kembali dari bilik mesyuarat, aku berpesan kepada setiausahau untuk tidak mengangguku kerana aku keletihan. Setelah sampai di bilik pejabat, aku terus mengemas fail-fail yang bersepah di atas meja, setelah selesai aku terus keluar untuk makan tengahari. Semasa memasuki Restoran Secret Recipe aku terpandang seseorang yang sedang menikmati makanan. Dengan langkah yang perlahan aku menghampirinya. “Selamat petang, boleh saya duduk?” Tanyaku. Aku lihat kepalanya mengangguk tanda boleh, aku terus duduk. Belum sempat aku membuka mulut, pelayan restoran datang menghampiri kami. Aku memesan satu set makanan tengahari sahaja. Setelah pelayan tersebut berlalu, aku meneruskan perbualan dengannya.
Hari ini begitu singkat buatku, kerana aku begitu sibuk dengan menyiapkan fail-fail projek dari HI Marketing dan juga dari Hafizal Group. Walaupun aku tidak dapat menyiapkan sepenuhnya kerana kesuntukkan masa. Aku cepat-cepat mengemas segala fail-fail serta menyusunnya dengan kemas. Setelah selesai mengemas barulah aku balik. Sebaik sahaja sampai di rumah aku terus menuju ke tingkat atas. Langkahku terhenti apabila pembantu rumah memanggilku. “Tuan, makanan sudah siap, kalau tuan nak makan tak payah tunggu Puan balik.” Kata pembantu rumah. “Makcik, ibu pergi mana?” Tanyaku. “Puan, pergi kenduri tahlil di rumah encik Azlan.” Katanya lagi. Aku turun semula untuk makan malam. “Makcik tak makan sekali?” Tanyaku lagi. “Tak apalah tuan, saya dah makan.” Kata pembantu rumah.
Setelah selesai makan aku terus naik ke atas untuk menuju ke dalam bilikku. Penatku masih terasa lagi. Pagi ini aku bangun lewat sikit. Cepat-cepat aku pergi ke bilik air untuk mandi. Pagi ini seperti biasa aku ke pejabat. Aku terus ke bilik pejabatku untuk menyambung kerjaku semalam.

No comments:

Post a Comment