Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

BUKU MOTIVASI DIRI(LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN)

MOTIVASI 1
LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

             Antara langkah-langkah cemerlang menghadapi peperiksaan ialah MATLAMAT, RANCANGAN, USAHA, FOKUS.
              Seseorang pelajar mestilah mempunyai MATLAMAT atau TUJUAN. Tanya kepada diri sendiri apakah tujuan ke sekolah? Tentu ada yang menyatakan untuk belajar. Tanya lagi kepada diri anda apakah matlamat ke sekolah? Tentu ada yang menjawab untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
             Untuk mengatur matlamat dan tujuan seseorang pelajar perlu ada RANCANGAN. Terdapat dua rancangan iaitu rancangan jangka masa pendek dan rancangan jangka masa panjang. Rancangan jangka masa pendek ialah rancangan yang boleh diukur iaitu CEMERLANG PEPERIKSAAN. Tetapi rancangan jangka masa panjang pula perlu melihat keupayaan diri sebagai contoh INGIN MASUK UNIVERSITI dan MEMPUNYAI KERJAYA YANG BAIK.
              Selepas membuat rancangan kita perlu berUSAHA. Tiada  rancangan akan tercapai jika tiada usaha. Apabila kita berusaha kita perlu MENGORBANKAN beberapa aspek iaitu TENAGA, MASA, WANG RINGGIT, KELUARGA dan KEPENTINGAN DIRI.
             Untuk berjaya bukan setakat USAHA tetapi perlu ada FOKUS yang berkesan. Fokus ialah tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. Sebagai seorang pelajar kita perlu fokus kepada pelajaran yang diajar oleh guru di dalam KELAS. Selain itu, kita perlu membuat LATIHAN supaya kita benar-benar faham apa yang cikgu ajar. Jika kita tidak faham kita perlu membuat ULANGKAJI dengan lebih terperinci. Namun itu, kita perlu juga fokus kepada KESIHATAN diri supaya apabila peperiksaan kita akan menghadapi dengan tenang.
              Selepas itu kita akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.



Jangan MENDENGAR-BERTINDAK=SIA-SIA
           BERTINDAK-TEKNIK YANG BAIK-MEMBUANG MASA
           AMALAN-DOA=TIADA KEBERKATAN
Seharusnya BERUSAHA+BERDOA+RESTU IBU BAPA=KEJAYAAN SEJATI
HALAMAN 2 dan 3
    


  

No comments:

Post a Comment