Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Monday, November 22, 2021

Cerpen Di Penghujung Sinar

Hari yang memberi harapan kepadaku untuk melangkah ke kolej. Langkahku dijaga rapi. Pagi yang indah ini memberi semangat baru bagiku. Tiba sahaja di pintu kolej, aku dapat rasakan inilah hari yang bertuahku.

Kuliah hari ini berjalan dengan lancarnya. Selesai sahaja kuliah aku terus bergerak ke Cofferia untuk menikmati makanan kegemaranku iaitu roti sardin dan teh O. "Man, kenapa mengelamun ni?" Tegur rakanku. Rakanku itu terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku masih belum menjawab soalannya lagi.

Aku masih leka menjamah roti sardinku. Rakanku masih menunggu jawapan dariku. "Aiman Haris, kamu ni ada masalah? Kalau ada masalah, kongsilah. Mana tahu ada jalan penyelesaian." Sekali lagi rakanku itu bersuara.  Namun aku masih membisu. Tiada perkataan yang harusku susun. Aku sendiri pun kelu memikirkannya.

Rakanku seperti telah berputus asa berbual denganku. Setelah selesainya minum dan makan di Cofferia, kami pun bergerak ke Dewan Kuliah untuk mengikuti kuliah seterusnya. Langkahku yang lemah menyebabkan rakanku itu seperti ingin menarikku.

Setiap kuliah aku rasa seperti pagar yang menghalangku. Kuliah begitu sukar bagiku, aku masih terkapai-kapai dalam lamunan yang tiada noktah. Begitu susah untukku mengikuti kuliah pada hari ini. 

*****

Hari ini aku membuat keputusan untuk pergi membeli tiket bas. Aku perlu balik ke kampung. Malam semalam kakakku telah menelefonku dan menyuruhku supaya balik ke kampung. Aku masih tidak faham kenapa aku kena balik kampung? Persoalan yang timbul itu tidak akan terjawab sekirannya aku tidak balik. 

“Man, nak pergi mana?” Rakan serumah menegurku. Aku separuh terkejut dengan tegurannya. “Aku nak pergi beli tiket Zak.” Jawabku ringkas. Aku terus berlalu tanpa sebarang kata. Rakanku itu juga tak banyak soal. 

Tibanya aku menunggu bas Bandar menyebabku separuh marah kerana begitu lamanya masa berlalu. Fikiranku terus dibawa angin yang bertiup pantas. Rasa bosannya menunggu menyebabkan aku dibawa lamunan yang ku ciptakan sendiri.

Lama juga aku menunggu bas Bandar, akhirnya tiba juga ia. Perjalanan dari penghentian bas ke Bandar Kuala Lumpur mengambil masa yang singkat. Tiba sahaja aku di Kuala Lumpur aku terus menuju ke Pudu untuk membeli tiket bas Express. 

Selesainya aku membeli tiket aku terus ke Pusat Bandar untuk membeli barang keperluan. Tanpa diduga aku bertemu dengan rakan sekelasku. “Man, buat apa kau ke sini?” Tanya rakanku itu. “Beli tiket bas.” Jawabku ringkas. “Kau nak balik kampung?” Rakanku masih menyoalku. “Ya, Lan, hujung minggu ini aku balik.” Jawabku lagi. 

Setelah selesainya kami berborak Razlan mengajakku makan di Restoran yang terletak di Pusat Bandar. Sambil kami makan kami terus berborak. Nasib baik Razlan tidak bertanya kepadaku kenapa aku balik kampung. 

*****

Hari yang ditunggukan telah tiba, pada hari ini aku bangun dan bersiap untuk balik ke kampung. Aku telah memberitahu rakanku Razak bahawa aku akan balik ke kampung hujung minggu ini. Aku akan menaiki teksi untuk ke Pudu supaya aku tidak terlambat waktu berlepas. 

Sebaik sahaja sampai ke kampung, aku terasa seperti akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Langkahku dipercepatkan untuk sampai ke rumah. Sampai sahaja aku ke rumah aku di sambut oleh kakakku. "Assalamualaikum." Aku memberi salam. "Waalaikumussalam, dah sampai kau Man." Kakakku menyambutku di muka pintu.

Aku masuk ke dalam rumah dan terus ke bilikku. Aku masih lagi keletihan. "Man, Mari makan." Muncul satu suara memanggilku. Aku terus pergi ke meja makan.

"Kakak, kenapa saya perlu balik?" Soalan pertama yang aku keluarkan ketika di meja makan. Kakak masih lagi terdiam. "Aiman, kakak suruh kamu balik sebab nak beritahu kamu." Kata-kata kakak terhenti begitu sahaja. Aku kebinggungan dengan reaksi kakak. "Kakak, saya tak faham." Kataku lagi. Aku hilang selera untuk menjamah makanan.

Aku perlu tumpukan sepenuh perhatian dengan kata-kata kakak. Kakak masih lagi mendiamkan diri. Aku mula rasa seperti sesuatu yang kakak sembunyikan kepadaku. "Kakak nak beritahu bahawa kakak menghidap penyakit merbahaya." Muncul satu kata yang membuatkan aku seperti dipukul-pukul. 'Apakah yang baru kakak lafazkan itu.' Aku berfikir dalam hati. 

"Kakak, sakit apa?" Soalku kepada kakak. Kakak mula menangis di depanku. Dia tidak dapat menjawab pertanyaanku.

Aku masih berfikir apakah penyakit yang kakakku hidapi itu. Mataku tidak dapat tidur, aku membuat keputusan untuk keluar dari bilik. Aku lihat kakak masih lagi termenung di ruang tamu. Aku terus menghampirinya.

"Kak, kenapa termenung saja?." Aku memulakan pertanyaan kepada kakak. Aku lihat kakak masih lagi tidak menjawab pertanyaanku. Matanya masih lagi tertumpu ke arah televisyen yang berada di depannya.

Aku hanya terdiam sahaja apabila kakak masih lagi melayan perasaannya. Dengan perlahan kakak memulakan kata-katanya. "Man, kakak minta maaf kalau kakak mengganggu kamu." Kata-kata kakak begitu tersusun. Aku terus berfikir apakah makna katanya itu.

Kini aku dalam dilema. Aku ada dua pilihan samaada aku perlu berhenti belajar dan bekerja ataupun aku teruskan belajar. Apa yang patut aku buat. Aku perlu membantu kakak. 

Hanya kami berdua sahaja yang masih tinggal. Aku perlu membuat keputusan. Kakak kini tidak dapat bekerja kerana sakit. Aku juga perlu menjaganya. Kini pelbagai persoalan yang terdapat dalam fikiranku. 

Pilihan yang amat perit bagiku, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan ketika ini. Aku lihat mata kakak seperti menghadapi kesukaran dalam hidup. “Man, bila kau balik ke Campus? Kakak tahu engkau kesiankan kakak. Engkau jangan bimbang pasal kakak. Engkau pergilah belajar.” luahan hati kakak terhadapku serta persoalan yang timpul dalam diriku amat perit. Aku tahu kakak menyembunyikan pemasalahannya. 

Namun aku tetap gagahkan juga untuk menjawab persoalan kakak. “Kakak, boleh tak Man berhenti belajar dan cari kerja.” itulah jawapan yang aku keluarkan kepada kakakku. Dengan muka yang terkejut, kakak menggeleng kepalanya tanda tidak bersetuju dengan jawapanku itu.

"Engkau terus sahaja belajar. Kakak tak apa-apa. Jangan kau bimbang Man." Sambung kakakku lagi. Aku hanya mampu mengangguk sahaja aku tahu kakak boleh bertahan. Dia kuat orangnya. "Baiklah kak, semoga akak sembuh." Aku membalas kata-kata kakakku. Aku akan terus belajar, itu azamku.

*****

Hari ini aku balik ke hostel semula. Aku lihat kakak sudah menyiapkan sarapan untukku. "Man, mari makan sarapan dulu." Kakakku mengajakku bersarapan. Aku terus melangkah ke meja makan untuk bersarapan bersama kakak. Sepanjang kami makan tiada satu pun patah perkataan yang kami bualkan. "Hari ini Man balik ke hostel semula, akak jaga diri dan kesihatan. Makan ubat bila perlu." itulah kata-kata yang terkeluar dari hatiku. Kakak hanya mengangguk sahaja.

Aku melangkah meninggalkan kakak, aku terus pergi ke terminal bas express dengan menaiki teksi. Hatiku masih bercampur-baur namunku gagahkan juga kerana kakak memberi jaminan dan dorongan kepadaku untuk terus belajar.

Dalam perjalanan, aku masih lagi berfikir. Beberapa kali aku menelefon kakak dan bertanya kesihatan kepadanya. Kakak sentiasa menjawab yang dia sihat dan menasihatiku supaya jangan bimbang. 

Di Stesen Pudu aku terus mendapatkan teksi untuk ke hostel. Sejurus sampai hostel aku terus merebahkan diri.

“Man, bangun.” Rakanku  memanggilku. Aku tidak menyangka bahawa aku tertidur sejurus sahaja sampai ke hostel. Aku memeriksa jam tanganku, rupanya hari sudah malam. Aku terus mengambil tuala dan mandi. 

“Man, jum makan. Aku tahu kau letih selepas balik dari kampung.” Razak mempelawaku makan. Aku terus mengikutinya dan makan bersamanya. “Apa cerita di kampung?” Rakan terus bertanya satu soalan kepadaku, aku masih tidak menjawab pertanyaannya.

Rakanku itu seperti merngerti dan membiarkan aku menghabiskan makananku. Selesai sahaja makan, aku pun terus masuk ke dalam bilik. Rakanku hanya memerhati sahaja kelakuanku. Dia hanya membiarkanku tanpa bertanya apa-apa.

*****

Hari ini aku bangun agak lewat, aku hari ini tiada kelas pada sebelah pagi. Namun petang nanti baruku pergi ke kolej. Aku masih lagi terkenangkan kakakku yang berada di kampung. Aku cuba untuk menelefonnya. Aku bertanya khabar kepada kakak. Aku tahu kakak akan menjawab sihat, namun ternyata kakak sakit. Kakak hanya berpesan kepadaku supaya tidak bimbang dengan kesihatannya.

Selesai sahaja aku menelefon kakak aku pun terus mandi dan bersiap untuk pergi ke kolej. Segarnya badanku selepas selesai mandi. Aku terus berkemas untuk pergi ke kolej. Hari ini langkah agak lambat kerana masih memikirkan kesihatan kakakku. Sampai sahaja ke dewan kuliah, aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Fikiranku masih berada di kampung.

Selesai sahaja kuliah aku terus balik ke hostel. Dalam perjalanan, aku menelefon kakak. Seperti biasa kakak menjawab panggilanku, kakak menasihatiku supaya tidak terlalu bimbang dan tumpukan sepenuhnya terhadap pelajaranku. Aku hanya mampu mengangguk walaupun aku tahu kakak tidak melihatnya.

Sampai sahaja ke bilik hostel aku terus merebahkan diri. Aku rasa tidak berselera untuk makan. "Man, tak makan ke." Sapa rakanku. Aku terkejut dari lamunan. "Zak, bila sampai?" Aku terus bangun. "Baru je sampai. Aku ingat kau tidur. Jum makan aku ada beli nasi ayam ni." Rakanku mengajakku makan. Aku memaksa diriku untuk makan dan teringatkan nasihat kakakku supaya tidak selalu memikirkan kesihatannya.

Pintu bilikku diketuk, aku terus membuka pintu bilikku. Rakanku berdiri di balik pintu. Aku terus mempelawanya masuk. “Man, aku nampak kau lain semenjak kau balik kampung? Engkau ada masalah ke?” Rakanku mula membuka kata. 

Aku tahu rakanku itu melihat perubahanku semenjak aku balik dari kampung. Aku masih berfikir apa yang akanku jawab. Rakanku melihat aku masih terdiam. “Maafkan aku Man, kalau soalanku tadi membuat kau begini. Aku faham, engkau mungkin tidak mahu berkongsi denganku.” Rakanku itu terus beredar dari bilikku. Aku juga tahu yang niatnya untuk berkongsi masalah denganku.

Aku masih berfikir, adakah aku perlu memberitahu masalahku kepada rakanku. Aku masih lagi memikrkannya. Namun masih belum ada jawapan. ‘buat sementara ini biarlah aku seorang sahaja yang mencari jalan penyelesaian.’ fikirku dalam hati. 

*****

Hari ini aku pergi ke kelas seperti biasa. Aku ingin melupakan segala masalah, aku akan mulakan hidup yang baru dan aku menumpukan sepenuhnya kepada pelajaranku seperti nasihat kakakku.

Pagi yang indah memberiku harapan yang tinggi. Kuliah hari ini diikuti dengan penuh penumpuan. Aku tidak lagi berfikir kebimbanganku terhadap kakak.

Tetapi aku masih mengingati kakakku itu. Aku mengharapkan semoga kakak sembuh dari penyakitnya.

Banyak juga tugasan yang diberi pada hari ini. Aku perlu menyiapkan tugasan yang dikehendaki lebih awal supaya tidak kelam kabut.

“Man, kawan kau Razlan panggil.” aku terkejut dengan panggilan dari rakan serumahku. Aku terus pergi berjumpa dengan rakanku itu. “Man, kau ok ke? Aku tengok kau asyik mengelamun saja.” rakanku mula berbicara. “Aku tak apa-apalah, Lan.” sambungku ringkas.

Petang ini Razlan dan aku menyiapkan tugasan bersama-sama. Dia balik ke biliknya menjelang Maghrib. Aku terus masuk semula ke bilikku dan mengambil tuala untuk mandi. 

“Man, kau tak keluar makan ke?” soal Razak kepadaku. “Kalau kau nak apa-apa boleh aku tolong belikan.” sambung Razak lagi. Aku terus memberinya wang untuk membeli makanan. 

Sambil menunggu makanan, aku bersembahyang Maghrib dulu. Aku terus membuka laptopku untuk membuat tugasan yang masih lagi tersisa. Ketukkan pintu bilikku membuatkan aku terjaga dari lamunan. Aku terus membuka pintu bilik. "Man, Jum makan." Rakanku mengajakku makan. Aku mengikutinya.

"Assalamualaikum." Terdengar satu suara yang memberi salam dan ketukkan pintu rumah kami. Razak membuka pintu dan mendapati rakanku Razlan. "Lan, kenapa datang. Jum makan sekali." Razak mengajak Razlan masuk. 

"Man, kau dah siapkan tugasan yang diberi?" Muncul satu persoalan Razlan kepadaku. Aku menjawab soalan itu sambil mengajaknya makan bersama-sama dengan kami. Dia menolak dan memberitahuku yang dia hanya ingin memberitahu bahawa esok tiada kelas. Razlan mengajakku membuat tugasan esok.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda bersetuju. Razak menghidangkan minuman kepada Razlan. Razlan minum dan balik ke bilik hostelnya. 

*****

Hari yang dijanjikan olehku dan rakanku Razlan untuk bersama-sama membuat tugasan. Kami pergi mencari tempat untuk membuat tugasan. Kami pergi ke sebuah Mall untuk mencari line internet yang lancar supaya tugas kami lebih cepat. Oleh kerana hari ini adalah hujung minggu, maka terlalu ramai pengunjung. Kami bersarapan dahulu sebelum mencari maklumat untuk tugasan. 

Aku dan Razlan masih lagi membuat tugasan masing-masing.  Kami leka dengan laptop masing sehingga terlupa masa berlalu dengan pantas. Aku mengajak Razlan makan tengahari di sebuah restoran KFC dalam Mall. Kami makan sambil mencari maklumat assignment. Aku menelefon kakakku dan bertanya khabarnya. Aku katakan kepada kakak bahawa cuti semester nanti aku akan balik kampung. 

Selesai sahaja kami makan, kami menyambung urusan kami mencari maklumat untuk assignment. Aku mengajak rakanku balik ke hostel. 

Sampai sahaja ke bilik hostel aku terus merebahkan diri. "Man, bangun Lan nak jumpa kau." Satu panggilan yang mengejutkanku. Aku terus bangun dari katilku. "Lan, kenapa datang?" Tanyakan kepada Razlan. "Saja datang. Engkau tertinggal laptop tadi. Sebab tu aku hantar." Katanya. Baru aku teringat, petang tadi selepas pergi Mall aku singgah di bilik rakanku itu. 

Hari ini seperti biasa aku pergi ke kelas. Sebelum sampai ke Main Campus aku menelefon dulu kakakku. Sampai sahaja aku ke Main Campus aku terus pergi ke kelas. Dalam kelas hari ini aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatianku terhadap apa yang pensyarah ajar. Aku memikirkan kesihatan kakakku sahaja. 

*****

Hari ini aku merasakan sesuatu yang lain. Aku cuba menghubungi kakakku, tetapi tiada jawapan. Aku mulai gelisah. Ingin sahaja aku balik kampung. Aku terus cuba menghubungi kakakku, kali ini ada jawapan. Aku bertanya kepada kakak, kenapa tidak menjawab panggilanku tadi. Kakakku memberitahu bahawa dia sibuk bekerja. Aku terus bertanya kesihatannya dan memberitahu yang aku bimbang dengan kesihatan kakak. Kakak menasihatiku supaya tidak perlu bimbang. kakak juga menasihatiku supaya menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaranku. Selesai bercakap dengan kakak, aku terus mematikan telefonku. 

Hari demi hari, aku dengan kehidupanku di kolej pada hari ini aku akan menduduki peperiksaan akhir. Aku sentiasa berdoa agar aku mudah menjawab semua soalan dalam peperiksaan. 

Peperiksaan berjalan dengan lancar. Minggu depan aku akan bercuti semester. Hujung minggu ini aku akan pergi membeli tiket bas. 

Hari yang ditunggu telah tiba, aku akan pergi membeli tiket bas bersama-sama rakanku. Kami akan menunggu bas bandar untuk ke Pudu. 

Sampai sahaja ke Pudu, kami terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas.  Selesai urusan membeli tiket bas, aku dan rakanku pergi ke sebuah restoran untuk makan. 

Tiket bas telah dibeli, minggu depan aku akan balik kampung. Aku tidak sabar menanti hujung minggu depan. 

*****

Cuti semester bermula selama sebulan sebelum masuk semester baru. Hari ini aku akan balik ke kampung dan berjumpa dengan kakak. Tidak sabar hatiku untuk bertemu dengan kakak. Aku tahu kakak menghidap sesuatu penyakit. Dengan kepulanganku ini akan membantu kakak.

Bas yang ku naiki telah sampai ke destinasi. Aku segera menurunkan begku dan pergi mendapatkan teksi. Rasa tidak sabar aku untuk menemui kakak. Aku berharap kakak sihat sahaja. 

Sampai sahaja aku ke rumah, aku terus membuka pintu rumah.  Aku mendapati kakak tiada di dalam rumah. Aku mula resah.  Aku terus melepaskan beg dan mencari kakak. Namun tidakku temui juga. Aku terus menelefon kakak, tapi masih tiada jawapan.

Aku mula rasa bimbang dan resah.  Aku terus mencari kakak ke seluruh kampung. Kakakku belum ditemui juga. Aku terus balik ke rumah. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kakak sedang memasak di dapur. "Kakak pergi mana tadi?" Aku memulakan kata sejurus sahaja melihat kakak di dapur. Kakak masih mendiamkan diri dan fokus kepada memasak, aku membantunya menyiapkan makanan. 

Kakak mengajakku makan dahulu, aku melihat raup wajah kakak. Aku tahu kakak menahan kesakitannya. Dia tidak mahu aku bimbang. Tetapi kakak menyembunyikannya dariku. 

*****

Hari ini aku menemani kakak ke hospital. Dalam perjalanan aku dapat membayangkan betapa menderitanya kakak. Aku tahu hari ini keputusan pemeriksaan kakak, samaada kakak akan dibedah atau hanya diberi ubat sahaja. Tumor yang ada pada kepala kakak belum dikenalpasti. 

Setelah menemui doktor, kakak mengajakku minum dahulu. Menurut doktor tumor yang ada dalam kepala kakak hanya darah beku sahaja. Ia boleh diubati dengan memakan ubat pencair darah. 

Doktor memberi ubat pencair darah selama sebulan. Selepas sebulan kakak akan bertemu dengan doktor untuk memastikan darah beku tersebut cair. 

Aku melihat wajah kakak. Kini wajahnya ada seri apabila mengetahui yang tumor di dalam kepalanya bukan kanser. Aku sedar selama ini kakak berasa bimbang dengan keputusan pemeriksaannya. Namun kakak perlu menjaga diri dan menetapkan waktu yang betul untuk makan ubat pencair darah. 

*****

Hari berganti hari. Tidak lama lagi cutiku akan habis. Aku akan balik ke Campus dan menjalankan tugas sebagai pelajar lagi. Aku juga berharap kakak akan menjaga diri dan menepati waktu serta tidak lupa makan ubat. 

Hari ini aku balik semula ke hostel. Sebelum pergi aku berpesan kepada kakak supaya sentiasa menjaga diri dan ingat waktu makan ubat. 

*****

Sampai sahaja aku di bilik hostel, aku terus merebah diri. Bilik hostel masih sunyi kerana rakan-rakanku belum balik lagi.  Aku perlu menyiapkan peralatan untuk semester baru. 

Bosan juga tinggal seorang diri di dalam bilik hostel.  Aku mengambil keputusan untuk keluar membeli belah di sebuah Mall yang berhampiran. Ketika aku keluar dari bilik hostel, telefonku berdering. Aku terus menjawab panggilan telefon. Ternyata rakan sekelasku yang menelefon. Dia mengajakku keluar membeli keperluan. Aku bersetuju dan kebetulan aku juga ingin keluar. 

Kami pergi ke sebuah Mall yang berhampiran hostel. Lama juga kami merayau di dalam Mall. Akhirnya kami masuk ke sebuah kedai alat tulis. Aku membeli alat tulis baru serta buku nota. 

Selesai sahaja kami membeli alat tulis, kami pun makan di sebuah restoran makanan segera di dalam Mall. "Man, apa kata selepas makan kita tengok wayang?" Razlan mengajakku menonton wayang. Dia masih menunggu jawapan dariku. Aku hanya mengangguk kepala sahaja. "Filem apa Lan?" Tanyaku ringkas. "Filem terbaru." Kata Razlan. Selesai sahaja makan aku mengikutnya ke panggung wayang pula.  

Kami balik ke hostel setelah selesai menonton wayang. Sejurus tiba di dalam bilik hostel aku melihat rakan serumahku mengemas barangnya ke dalam almari. 

Aku terus pergi ke bilik dan mencapai tuala untuk mandi. Rasa segar selepas mandi. Aku terus pergi membantu rakanku mengemas barangnya. "Man, kau bila sampai dari kampung?" Tanya rakanku sambil mengemas barang. "Aku baru sampai juga tengahari tadi. Aku terus pergi beli barang di Mall." Jawabku. 

Kami selesai mengemas barang dan terus berbaring ke dalam bilik masing-masing. Aku terlalu penat sehingga tidak sedar sudah tengah malam. Rakanku mengejut dan mengajakku makan. Rasa mengantuk masih ada lagi. 

Dengan malas aku bangun dan mencuci mukaku. Aku lihat makanan sudah tersedia di atas meja. "Aku bawa dari kampung." Tanpa ditanya rakanku berkata. Aku hanya mengangguk sahaja. 

"Assalamualaikum." Bunyi ketukkan dan orang yang yang memberi salam mengganggu kami. Aku menjawab salam dan membuka pintu bilik. Aku mendapati rakanku Razlan yang mengetuk pintu.  Aku mempelawa Razlan masuk dan mengajaknya makan bersama-sama kami. 

Selesai sahaja kami makan, Razlan meminta kebenaran aku dan rakan serumahku untuk bermalam kerana rakan serumahnya belum balik dari kampung. Kami membenarkannya. Aku dan rakan serumahku menyiapkan tempat tidur untuk kami bertiga.

*****

Hari ini permulaan semester baru. Kami sibuk mendapatkan jadual kelas bagi semester baru kami. Di Main Campus juga sibuk dengan pendaftaran pelajar baru. Setelah mendapatkan jadual aku terus menghubungi kakak di kampung. Aku mengingati kakak supaya bersedia untuk berjumpa dengan Doktor minggu depan. 

Razlan mengajakku ke Cofferia untuk makan sebelum balik ke hostel. Aku mengikutinya sahaja. Selesai sahaja makan kami menunggu bas kolej untuk balik ke hostel. 

Kepenatan hari pertama bagi semester baru membuatkanku rebah di atas katil di bilik sejurus sahaja sampai hostel. Rakan serumah mengejutkanku dari tidur. Dia mengajakku makan. Aku melihat jam di telefonku, rupanya jam sudah menunjukkan waktu malam. Aku terus mencapai tuala dan mandi. 

"Man, jom makan. Aku sudah siapkan makanan." Aku mengikut rakanku ke meja makan. Banyak juga makan yang disediakan oleh rakanku itu. "Banyak betul makanan ni, Zak." Kataku kepada dia. "Aku bawa dari kampung." Razak menjawab pertanyaanku. 

"Engkau panggil Razlan sekali. Boleh kita makan bersama-sama." Razak menyuruhkan memanggil Razlan. Aku terus menelefon Razlan. Tidak lama selepas itu, Razlan datang ke bilik kami.  Aku membuka pintu bilik dan mempelawanya masuk. 

*****

Hari ini merupakan kelas pertama dalam semester baru. Aku pergi ke Main Campus bersama-sama rakanku. Hari aku melangkah kakiku ke dalam bilik kuliah. Aku dapat rasakan aura baru ketika melangkah masukkan bilik kuliah. 

Hari ini aku tidak lupa untuk menelefon kakak di kampung, aku bertanya kepada kakak hasil bertemu dengan Doktor tempoh hari. Dia memberitahuku bahawa darah beku yang ada di kepalanya beransur pulih. Alangkah leganya apabila mendengarnya. Aku berharap kakak akan pulih seperti biasa. 

Semangatku untuk menghadiri kelas hari ini begitu bersinar, namun aku masih memiliki perasaan bimbang terhadap penyakit kakak. Aku mengikuti kelas penuh dengan semangat. Aku masih mengharapkan bahawa penyakit kakak akan pulih sepenuhnya dan kakak dapat menjalani kehidupannya seperti biasa. 

"Man, kenapa engkau termenung?" Aku tersedar dari lamunan apabila di sapa oleh rakanku. "Tak ada apa-apalah Lan, cuma teringat kakak di kampung." Jawabku ringkas. Aku mengikuti rakanku itu untuk masuk ke bilik kuliah. 

Selesai sahaja kuliah hari ini aku terus balik ke hostel. Hari ini aku kepenatan. Sejurus sahaja sampai aku terus merebahkan diri dan tidur. Satu ketukkan yang membuatku tersedar dari tidur, rasa malas untukku membuka pintu bilik, namunku gagahkan juga. "Baru balik Zak." Sapaku. "Ya, Man. Aku lupa bawa kunci bilik tadi. Engkau buat apa?" Kata rakanku lagi. "Aku tidur tadi, penat." Jawabku ringkas. Aku tahu dia juga kepenatan. Aku hanya membiarkannya masuk ke dalam biliknya. "Aku ada belikan makanan, aku beli lebih boleh kita makan bersama-sama." Rakanku mengajakku makan bersamanya. Aku hanya mengangguk sahaja. Aku tidak sempat membeli makanan kerana terlalu penat. Aku membuat air untuk kami berdua. 

Selesai sahaja kami makan, aku membantunya mengemas dan membersih pinggan mangkuk. Aku lihat rakanku masuk ke dalam bilik. Aku tahu dia kepenatan juga. Aku membiarkannya masuk ke dalam bilik. 

Aku juga ingin menyambung tidurku namun aku dikejutkan boleh ketukkan dan salam dari luar. Aku terus membuka pintu dan kulihat rakanku Razlan yang berada di luar.

*****

Hari ini aku bersiap-siap untuk pergi ke Main Campus. Seperti biasa aku ada kelas untuk pagi ini. Selesai sahaja aku ke kelas aku terus pergi membeli bahan untuk memasak. Hari ini aku ingin memasak untuk aku dan Razak. Aku juga mengajak Razlan sekali untuk membantuku menyiapkan makanan. 

Hari ini Razak balik lewat sikit sebab dia ada kelas lagi. Kami ada kesempatan untuk memasak sebelum dia balik.

Seperti yang telah dijanjikan, aku dan Razlan balik ke bilik hostelku dan memasak. Tak lupa juga aku menelefon kakakku di kampung dan bertanya khabarnya. 

Selesai sahaja memasak, aku menyuruh Razlan supaya makan bersama kami. Tidak lama kemudian pintu bilik hostelku dibuka, aku mendapati rakanku Razak datang dan aku mengajaknya makan bersama.

Cukup berselera kami makan hari ini. Selesai sahaja makan aku terus membawa pinggan mangkuk yang kotor ke sinki dan membasuhnya. Manakala Razlan pula balik ke bilik hostelnya. Razak pula sudah pun terbaring dalam biliknya. Aku tahu dia kepenatan. Aku hanya membiarkannya sahaja. Selesai membasuh aku terus pergi ke dalam bilikku untuk berehat.

Apabila memikirkan segala yangku hadapi, aku dapat merasakan bahawa semua ini suatu permainan hidup. Penderitaan yang dialami olehku tidak akan berakhir jika tiada kesabaranku. Aku berharap semua penderitaan kakak akan berakhir.

Semoga semua ini berakhir dengan baik. Aku berjanji kepada kakak bahawa aku akan menamatkan pengajianku. Kehidupanku seperti di penghujung sinar. Semoga sinar terakhir akan terus bersinar.

**Tamat**

Royal Brooke

20 November 2021

10:16 pagi

Sabtu