Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Tuesday, December 6, 2011

DUHAI CINTA EPISOD 1
Babak 1
Pelakon:
Pak Samad – bapa Ramli
Mak  Minah – ibu Ramli
Razak – Adik Ramli

Suasana dingin dengan tiupan angin yang mendamaikan keadaan.
Lokasi : Rumah Pak Samad
Pak Samad tengah duduk berehat melepaskan keluhan.
Pak Samad : Aduh!(keluhnya). Hari macam nak hujan saja.
Mak Minah: Yalah bang.... tapi tak tahulah bila nak turunnya. (pantas melihat ke langit)
Pak Samad : Minah, ada Ramli telefon?
Mak Minah: tak adalah bang... mungkin dia sibuk agaknya.
Mak Minah pun keluar pentas
Dari jauh kelihatan anak muda masuk pentas
Razak         : Assalamualaikum ayah.
Pak Samad  : Waalaikumussalam. Kamu dari mana?
Razak           : Dari sungai tadi. (terus duduk bertentangan dengan ayahnya)
Mak Minah masuk dan membawa minuman
Pak Samad  : Buat apa Kamu pergi sungai?
Razak           : Sajalah ayah. Tengok pemandangan.
Mak Minah : Bang, Razak minumlah kopi panas ni. (beralih kepada Razak) Kamu ini tak ada kerja lain? Asyik pergi ke sungai saja.
Razak           : Yalah mak.
****Pentas tutup****

Babak 2
Pelakon:
Raudah – isteri yang taat
Pak Zaki – Bapa Raudah
Mak Peah – ibu Raudah
Suasana hujan rintis-rintis
Lokasi: Rumah Pak Zaki
Pak Zaki sedang menonton berita tengahari
Kedengaran bunyi telefon
Telefon: ringgggg………ringggg…….ringgggg
Mak Peah mengangkat telefon
Mak Peah: Assalamualaikum, siapa ni?
Raudah    : Waalaikumussalam mak, Raudah ni.
Mak Peah: Oooo…… Kau Raudah. Ada apa telefon ni?
Raudah     : Saja nak tanya khabar mak dan ayah.
Mak Peah: Mak dan Ayah kau sihat saja. Bila kamu nak balik kampung?
Raudah     : Cuti nanti mak. Ingat nak balik kampung abang Ramli dulu ada kenduri doa selamat sikit.
Mak Peah: Oooo……….. patutlah ayah Ramli jumpa ayah kau tadi.
Raudah     : Mak, dah tahulah ni. Kalau macam tu mak dan ayah pergi tak?
Mak Peah: Ya, mak dan ayah kau pergi nanti.
Raudah     : Yalah mak, Raudah ada kerja ni. Assalamualaikum.
Mak Peah: Waalaikummussalam.
Telefon di letak.
Mak Peah menghampiri Pak Zaki
Mak Peah: Abang, Raudah telefon tadi.
Pak Zaki    : Ya, apa dia kata?
Mak Peah: Dia tak kata apa-apa, Cuma tanya khabar saja.
Pak Zaki    : (Sambil menghisap rokok daun) Yalah. Cuti ni dia balikkah?
Mak Peah: Balik bang, sebelum dia ke sini dia pergi kenduri doa selamat di rumah Samad dulu. (Sambil  berdiri dan melangkah ke dapur.)
****Pentas tutup****

Babak 3
Pelakon:
Ramli – seorang suami
Raudah – isteri yang taat

Suasana kelihatan cerah
Lokasi: Dalam kereta
Ramli sedang memandu kereta Produa MYVInya
Raudah: Abang, berapa jauh lagi nak sampai? (Sambil memandang jalan raya)
Ramli    : Tak jauh lagi ni. Ada telefon ayah ke?
Raudah: Ada bang.
Ramli    : Ayah cakap apa?
Raudah: Bukan ayah yang jawab tapi mak yang jawab.
Ramli    : Dah beritahu mak ke kita nak pergi ke rumah abang dulu ni?
Raudah: Dah. Mak dan ayah pun pergi kenduri tu.
Ramli    : Oooo…….macam tu ye.
Kedua-dua kelihatan senyap sehingga sampai ke halaman rumah.
****Pentas tutup****

Babak 4
Pelakon:
Raudah – isteri yang taat
Mak  Minah – ibu Ramli
Mak Peah – ibu Raudah

Suasana riuh dengan beberapa orang perempuan yang bergotong-royong memasak.
Lokasi: Dapur di rumah Pak Samad
Kelihatan Mak Peah dan Mak Munah memotong bawang
Mak Peah    : Kak Munah, kenduri ni untuk apa?
Mak Munah: Kenduri ni untuk si Razak nak masuk Universiti.
Mak Peah     : Oooo……. Bila si Razak nak pergi Universiti ni?
Mak Munah: Minggu depan.
Mak Peah     : Mana si Ramli dan Raudah ni? (Melihat di bawah tanah) si Razak tu ambil bidang apa kat Universiti nanti?
Mak Munah: Entahlah dia kata sebelum mula kenduri ni mereka sampai. Si Razak belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.
Mak Peah     : Oooo……. Begitu.
Kelihatan Raudah masuk dan bersalaman dengan tetamu.
Raudah         : Mak…… (Sambil bersalaman dengan Mak Peah dan Mak Munah)
Mak Peah     : Panjang pun umur kamu Raudah, mak baru saja sebut nama kamu.
Mak Munah: Kenapa lambat sampai?
Raudah        : Jalan raya penuh dengan kereta tadi. Apa yang perlu bantu mak?
Mak Munah: Tolong potongkan kentang tu saja.
Raudah        : Yalah mak. (Sambil mengambil kentang dan pisau)
****Pentas tutup****
Babak 5
Pelakon:
Pak Zaki – Bapa Raudah
Pak Samad – bapa Ramli                               
Razak – Adik Ramli
Ramli – seorang suami

Suasana riuh dengan kanak-kanak dan beberapa orang lelaki tua, dewasa dan remaja.
Lokasi: Ruang tamu rumah Pak Samad
Kelihatan Pak Samad berborak dengan Pak Zaki
Pak Samad: Zaki, macam mana dengan kerja kau? (Sambil mengambil sebatang rokok dan menghisapnya)
Pak Zaki     : Biasa saja Samad. Majlis kenduri ni untuk apa?
Pak Samad: Majlis ni untuk anak aku si Razak tu. Dia nak belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.
Pak Zaki     : Oooo……. Mana si Razak?
Pak Samad: Ada tu. (menunjuk ke arah kelompok anak muda)
(Ramli mendekati ayah dan ayah mentuanya)
Ramli          : Ayah, pukul berapa nak mulakan doa selamat ni?
Pak Samad: Kejap lagi mulalah tu. Tok Imam pun dah sampai.
Kelihatan Tok Imam menerima isyarat dari Pak Samad untuk memulakan doa selamat.
Semua tetamu senyap untuk mengikuti doa selamat yang dibaca oleh Tok Imam.
Setelah selesai membaca doa selamat kelihatan anak muda termasuk Razak mengangkat hidangan dari dapur.
Juadah dihidangankan dan tetamu menikmati juadah.
Setelah selesai majlis kelihatan kesemua tetamu pulang. Tinggallah Pak Samad, Pak Zaki, Ramli dan Razak.

Pak Zaki     : Razak, bila kamu pergi mendaftar?
Razak         : Minggu depan Pakcik.
Pak Samad: Razak, kamu dah kemas barang-barang yang kena dibawa nanti.
Razak         : Belum lagi ayah. Esok malam barulah kemas.
Pak Zaki    : Kamu kena tengok betul-betul barang yang kamu nak bawa.
Razak         : Yalah Pakcik.
Pak Samad: Kami disini mendoakan kejayaan kamu.
Razak         : Yalah ayah.
Ramli         : Razak, kamu bolehlah pergi ke rumah abang bila di Kuala Lumpur nanti. Kalau kamu ada apa-apa kamu telefon saja abang.
Razak         : Baiklah abang.
Pak Zaki     : Samad, aku balik dulu ya.
Pak Samad: Yelah Zaki.
Ramli          : Ayah, esok kami ke rumah ayah ya. (beralih ke arah Pak Zaki)
Pak Zaki     : Yelah Ramli. Kamu cuti sampai bila?
Ramli         : Sampai minggu depan ayah.
Kelihatan Mak Munah, Mak Peah dan Raudah masuk.
Selepas Mak Peah bersalaman dengan Mak Munah dan Raudah, kelihatan Pak Zaki pula bersalaman dengan Pak Samad, Ramli dan Razak.
****Pentas tutup****

 EPISOD 1 TAMAT