Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

KEHIDUPAN MANUSIA:TEKNIK HIDUP BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 3
BELAJAR BERFIKIR

Belajar
Habit Belajar

            Terdapat kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi mengenai cara-cara belajar yang lebih berkesan. Antara pakar-pakar tersebut ialah Prof.W.Weiten dan Prof.M.A.Lloyd dalam buku mereka 'Psychology Applied To Modern Life' memberi panduan seperti:
  1. Rancang jadual waktu belajar.
  • Jangan belajar ikut mood.
  • Buat keputusan bila kita patut belajar.
  • Buat jadual belajar setiap hari.
  • Susun jadual.
  • Ambil sikap yang realistik apabila membuat jadual.
  • Tanya diri sendiri.
  • Pakar pengurusan Alan Lakein dalam kajiannya menyatakan bahawa manusia suka membuat kerja yang senang dan ringan dahulu, akibatnya kita menunda dari membuat kerja-kerja yang sukar, besar dan penting pada penghujung masa. Hal demikian kerana kita menyangka ada masa yang lebih banyak. Akibatnya kita tdak cukup masa.
     2. Cari tempat yang sesuai untuk belajar.
  •  Tempat belajar yang tiada gangguan.  
     3.  Beri ganjaran pada diri sendiri selepas selesai belajar.
  • Untuk mendorong diri supaya belajar.
  • Ganjaran berbentuk Niat.
HALAMAN 12 dan 13

Teknik-Teknik Belajar
Terdapat beberapa teknik iaitu:-
  1. Teknik membaca
  • Terdapat dua jenis iaitu membaca secara aktif dan membaca secara pasif
  • Membaca secara aktif ialah membaca dengan terancang atau selektif. Manakala membaca secara pasif ialah membaca tetapi tidak terancang.
  • Prof.E.P.Robinson dalam bukunya Effective Study memperkenalkan teknik membaca yang terbukti berkesan yang dinamakan oleh beliau SQ3R Method. Ia merupakan sistem belajar yang mempunyai lima langkah iaitu Survey(Tinjau), Question(Soalan), Read(Baca), Recite(Sebut) dan Review(Ulang) atau nama bahasa melayunya Kaedah TBU2S.

  • Tinjau(Survey)
Supaya mendapat gambaran kadar dahulu.
  • Soal(Question)
 Tukar judul menjadi soalan.
  • Baca(Read)
 Baca bahagian-bahagian yang dipilih.
Baca sambil otak kita mencari jawapan kepada soalan yang dibuat.
  •  Sebut(Recite)
 Ucapkan jawapan seperti kita bercakap dengan diri sendiri. Perpatah orang tua-tua, baca supaya telinga dengar.
 Sebut guna perkataan kita sendiri.
  • Ulang(Review)
Ulang apa yang kita baca supaya ingatan kita lebih tajam.
HALAMAN 14 dan 15

Mengingat
Menajam Daya Ingatan
             Pakar-pakar psikologi telah mengkaji bidang ingatan semenjak tahun 1885. Dalam 122 tahun ini mereka telah mencipta teknik-teknik yang dapat menajamkan daya ingatan. Ini berguna kepada pelajaran. Antaranya:-
  1. Berlatih secukupnya.
  •  Prof.W.C.E.Krueger, menghafal sesuatu maklumat, kita haruslah mengulang-ulang apa yang kita sudah hafal.
  • Prof.B.K.Bromager dan R.E.Mayer membuat kajian apabila menghafal sesuatu berulang-ulang akan menguatkan lagi fahaman.
    2.  Agih-agihan latihan.
  • Prof.E.B.Zechmeister dan S.E.Nyberg membuat kajian cara berkesan iaitu mengasih-agihkan latihan daripada belajar secara tertumpu.
  • Untuk belajar 10 jam agihkan kepada 2 jam sehari dan belajar selama 5 jam.
   3.  Kurangkan gangguan.
  • Prof.P.W.Thorndike dan B.Hayes Roth membuat kajian mengenai faktor-faktor yag membuatkan kita lupa.
  • Faktor utama adalah gangguan.
  • Kurangkan gangguan dengan cara membaca nota-nota ringkas sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
  4.  Susunkan maklumat.
  • Prof.Gordon Bower mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi ingatan kita.
  • Maklumat perlu disusun terlebih dahulu sebelum menghafal. Selain itu, kita perlu membuat sedikit ringkasan sebelum menghafal.
HALAMAN 16 dan 17
 Berfikir
Kemahiran Berfikir

          Kepetahan bercakap lahir daripada kemahiran menyusun perkataan, penguasaan perbendaharaan kata, serta bunga-bunga bahasa. Hal demikian diperdebatkan dengan bahan-bahan rujukan yang banyak dan pengetahuan mengenai bermacam-macam konsep kepetahan jenis ini tidak ada kaitan dengan kemahiran berfikir.
HALAMAN 18
 
Prinsip Berfikir
 
       Orang yang mahir berfikir perlu ada prinsip-prinsip berfikir. Antara prinsip berfikir adalah:-
  1. Sentiasa bersikap membina.
         Selalunya orang yang berfikir kebanyakkannya adalah orang yang berfikir secara negatif. Pemikiran mereka kekurangan unsur-unsur membina dan menerbitkan idea-idea.
     2.  Berfikir secara simple(ringkas).
          Tabiat yang suka melihat apa-apa sahaja perkara dengan cara-cara yang sukar dan rumit hanya elok untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain bahawqa kita adalah pemikir yang hebat.
     3.  Sentiasa mencari-cari pilihan lain, tanggapan lain dan idea-idea baru.
            Pemikir-pemikir yang tidak mahir sibuk mencari SATU jawapan yang betul dan selepas menemui jawapan itu mereka akan mempertahankannya dengan degil.
    4.  Tidak suka bertelahag pendapat.
            Bagi menajamkan otak, caranya dengan menajamkan persepsi. Ini lebih berkesan dibuat tanpa bahas dan debat.
    5.   Memisahkan ego daripada pemikiran.
            Halangan utama untuk menjadi pemikir ialah ego kita. Kita perlu belajar menerima hakikat bahawa kita mungkin salah dan idea orang lain mungkin lebih baik.
    6.   Merendah diri.
            Sombong, bongkak dan angkuh adalah ciri-ciri orang yang tidak mahir berfikir.  Memang, adalah sukar hendak merendahkan diri kepada orang-orang yang penuh prasangka, buta akal, berfikiran sempit dan terbukti salah.
HALAMAN 19 dan 20

*****TAMAT*****
*TAMAT 3 BAHAGIAN MOTIVASI
*AKAN MUNCUL BAHAGIAN 4 IAITU BAHAGIAN KHAS.
    "ANTOLOGI PUISI MERDEKA"