Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Tuesday, December 28, 2021

Cerpen Erti Persahabatan


Begitu indahnya apabila aku duduk termenung di pantai yang damai. Laut yang luas deras laju seperti mengejar sesuatu yang tidak tahu di mana ia berhenti. Hari yang cerah bertukar menjadi murung seperti aku yang kini tidak mengerti apa itu persahabatan. Permikiranku terlalu berat apabila memikirkan persoalan yang melanda.
Sahabatku kini entah ke mana, kiniku keseorangan menagih rindu terhadapnya. "Lan...o....Lan." Suara yang memanggilku. "Apa yang kau menung tu, Lan?" Soal suara itu lagi. "Ya, Tak ada apa-apalah, Man." Jawabku kepada suara tadi. Rupanya rakanku, Azman. "Lan, sudah tiga bulan Mus pergi." Kata Azman lagi. Aku seperti memikirkan sesuatu. Aku, Azman dan Mustafa adalah rakan karib sejak dari kecil lagi. Kami selalu bermain di tepi pantai, bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi kini kami berpisah membawa diri masing-masing. Aku dan Azman masih lagi duduk di kampung manakala Mustafa pula membawa diri ke bandar.
Hari ini aku menuju ke peti surat di depan rumahku untuk mengambil surat-surat. Sekali lagi aku termenung membaca sampul-sampul surat. Mataku tiba-tiba beralih ke satu surat yang ditujukan kepadaku. Aku terus membuka sampul surat itu sambil duduk di atas kerusi di depan rumahku.
'Menemui sahabatku Razlan, aku berhadap warkah ini tidak menganggu saudara. Aku memohon maaf jika aku lambat menghantar surat kepada saudara. Sebelum itu aku ingin menanyakan khabar kepada saudara dan Azman. Harap saudara dan Azman berada dalam keradaan sihat. Mula-mula aku ingin menceritakan kepada saudara berdua bahawa aku kini sudah ada kerja. Kerja yang ku maksudkan bukanlah kerja yang lumayan gajinya namun cukup untuk menampung kehidupanku di sini. Dengan ini aku mengakhiri surat ini. Sekian terima kasih.
Sahabatmu
Mustafa"
Tidak lama selepas aku membaca surat itu rakanku Azman datang. "Lan...Lan." Dia memanggilku. " Ya, Man." Aku menghulurkan surat itu kepadanya, lalu dia membaca.
  Hari ini aku dan Azman membalas surat dari Mustafa. Di dalam surat itu kami menyatakan betapa kami merinduinya. 
Pada keesokkan hari, kami akan mengirimkan surat tersebut kepada Mustafa. Azman balik awal petang ini kerana kami akan ke pejabat pos pada awal pagi esok.
*****
Hari ini aku bangun awal pagi kerana telah berjanji dengan Azman. Aku dan Azman akan pergi ke pejabat pos untuk mengirim surat kepada Mustafa. 
Sampai sahaja kami di pejabat pos. Kami terpaksa menunggu lama disebabkan keadaan pejabat pos yang agak sibuk dengan pelbagai jenis urusan.
Selesai sahaja urusan aku dan Azman balik, dalam perjalanan balik kami sempat membeli Akhbar. Aku singgah ke tepi pantai sambil membaca Akhbar yang kubelikan tadi. 
Sedang leka aku membaca Akhbar Azman bersuara. "Lan, apa kata kita pergi ke bandar." Aku terkejut dengan cadangannya. Dia juga mencadangkan kepadaku untuk mencari pekerjaan di bandar. "Biar aku fikir dulu, Man. Lagipun kita tiada bajet untuk ke sana." Jelasku kepadanya. 
Aku masih lagi berfikir. Tercetus satu ideaku "Man, apa kata kalau kita kumpul duit dulu." Azman mula berfikir. "Boleh juga, tapi bagaimana?" tercetus persoalan dari Azman membuatku berfikir. Betul juga apa yang dia katakan. Aku masih lagi terdiam dan berfikir. “Apa kata kita berniaga.” Ideaku tercetus lagi. “Kita berniaga ikan yang ayah kita dapat. Wang upah dari berniaga itu kita simpan untuk menampung wang tiket dan perbelanjaan kita ketika di bandar.” Jelasku lagi. Azman masih lagi terdiam dan tidak bersuara. “Bagus juga idea tu.” Dia menpersetujui ideaku.
Petang ini kami berbincang dengan ayah kami masing-masing. Aku menunggu ayahku balik dari laut. Dari jauh aku melihat susuk badan seseorang berjalan menuju ke rumah. “Assalamualaikum.” Orang itu memberi salam kepadaku. “Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam tersebut. Aku terus membantu ayahku membawa hasil dari laut ke dalam rumah. 
Aku membiarkan ayah pergi ke bilik air untuk mandi. Setelah ayah duduk berehat menikmati sajian berita petang di ruang tamu, aku menghampirinya. “Ayah, saya ada perkara yang ingin dibincangkan. Boleh tak?” Aku memulakan kata-kata. Ayah terus menolehku “ Ada apa perkara yang nak dibincangkan.” Kata ayah dengan penuh perhatian.
“Saya dan Azman ingin memulakan perniagaan. Kami nak jual ikan segar yang di tangkap oleh ayah dan ayahnya.” Kataku dengan penuh berhati-hati. “Di mana kamu nak berniaga?” Ayah bertanya kepadaku. Aku masih berdiam diri dan memikirkan jawapannya. “Itu kami belum putuskan. Sekiranya ayah bersetuju baru kami putuskan.” Sambungku lagi. “Kalau begitu baiklah, kamu bincang dulu dengan Azman.” Ayahku bersetuju dengan cadanganku.
*****
Pagi yang indah ini aku berjoging seperti biasa. Tapi kali ini aku ada satu tujuan iaitu menunggu keputusan dari Azman. Lama juga aku menunggu, aku melepaskan lelah di tepi pantai. "Lan, maaflah aku lambat." orang yangku tunggu telah pun tiba. "Ish! Kau ni Man, terkejut aku. Lain kali beri salam dulu." Aku berkata kepadanya. "Baik, bos. Maaf aku salah. Assalamualaikum." Dia mengakui kesalahannya.
"Waalaikumussalam. Man, bagaimana keputusan yang engkau dan ayah kau bincangkan. Dia bersetuju ke?" Aku tidak sabar ingin tahu keputusan itu. Azman masih lagi terdiam. Sepertinya satu perkara buruk akan berlaku. "Ayahku bersetuju dan dia cadangkan supaya kita menggunakan tanah lapang yang ada di depan rumahku." Barulah aku berasa lega dengan jawapan Azman itu. "Engkau pula bagaimana? Ayah kau setuju?" Sambung Azman lagi. Aku mengangguk kepalaku dan berkata "Alhamdulillah, setuju juga. Aku pun nak cadangkan kepada kau supaya menggunakan tanah lapang di depan rumah kau." "Kalau begitu bila kita nak mulakan perniagaan?" Azman seperti tidak sabar lagi nak berniaga. "Minggu depan bolehlah. Minggu ni kita bersihkan dulu kawasan tu." Cadangku lagi. Dia hanya mengangguk kepalanya tanya setuju. 
*****
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, seawal sembilan pagi aku sudah berada di hadapan rumah Azman, namun Azman belum lagi tiba. Aku mengemas apa yang perlu di dalam gerai yang telah dibina oleh ayah Azman. "Lan, awal kau datang pagi ni." Aku dikejutkan dengan panggilan rakanku Azman. Dengan terkejut aku menjawab, "Engkau ni Man, tak beri salam. Dahlah buatku terkejut." Dia serba salah "Maaflah Lan, Assalamualaikum." Aku faham dengan perangai dia. Bagiku itu hanyalah gurauan kami sahaja. "Waalaikumussalam, macam tulah." Dia terus membantuku mengemas apa yang patut.
Dari jauh aku melihat susuk tubuh ayahku dan Pak Hassan menghampiri kami. "Assalamualaikum." Pak Hamid memberi salam. Kami menjawab salamnya. "Banyak dapat ikan segar Pak hamid" Azman menegur ayahku. "Alhamdulillah, adalah rezeki kita hari ini." Pak Hamid terus mengarahkan kepada kami supaya membungkus ikan-ikan segar itu. Kami terus mengambil plastik dan menimbangnya. Setiap satu bungkus kami akan jual dengan harga dua ringgit. 
Kami mendapati ada dua puluh bungkus ikan yang diperolehi oleh Pak hamid dan dua puluh lima bungkus ikan yang diperolehi oleh Pak Hassan. Kami catat di dalam buku kira-kira supaya memudahkan kami nanti.
Seperti yang dijangka, hari ini ikan-ikan segar yang kami jual telahpun habis. Kami terus menutup gerai kami dan mengira jumlah yang telah kami dapat serta menolak upah yang kami dapat. "Alhamudilillah. Banyak juga keuntungan yang kita dapat. Kalau begini tak lama lagi kita akan pergi ke bandar." Azman bersuara sambil melihat angka yang dicatat di atas buku kira-kira. Aku menyerahkan wang ikan segar ayah Azman kepadanya serta memasukkan wang upahku ke dalam tabung. 
Begitulah rutin seharian kami sehinggalah kami membuka tabung kami dan mengira jumlah yang ada. Untuk minggu ini sahaja kami telah mengumpulkan sebanyak seratus lima puluh ringgit seorang. Ini bermakna ada tiga ratus dalam tabungan kami. "Nampaknya sudah cukup untuk pergi ke bandar ni." Cadangku kepadanya. "Apa kata kita hentikan dulu peniagaan memandangkan wang sudah mencukupi. Kita boleh beritahu keluarga  kita bahawa kita nak ke bandar mencari pekerjaan." Sambungku lagi. Azman bersetuju dengan cadanganku.
Selepas kami makan malam, malam ini aku akan memberitahu keluarga hasratku untuk ke bandar. Aku melihat ayah sudahpun duduk menanti waktu Isyak sambil menonton tv. “Ayah, saya bercadang nak ke bandar untuk mencari pekerjaan bersama Azman. Mustafa kata tempat kerjanya ada jawatan kosong.” Aku memulakan kataku kepada ayah. Ayah terus memalingkan mukanya ke arahku. “Bagaimana dengan gerai ikan tu?” Satu pertanyaan yang diajukan kepadaku. 
Aku masih lagi perlu mencari alasan yang munasabah. “Sebenarnya kami berniaga pun untuk mengumpul wang bagi membeli tiket bas sahaja. Oleh kerana wang itu sudah mencukupi, jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti berniaga.” Kataku lagi. Ayah masih lagi terdiam dan berfikir. Akhirnya ayah mempersetujui dan mengizinkanku untuk pergi ke bandar. Aku berasa lega dengan keputusan yang ayahku ambil.
Aku perlu memberitahu Azman tentang perkara itu. Aku terus menghantar mesej kepada Azman dan bertanya kepada Azman bagaimana dengan keputusan keluarganya pula.
Lama juga menunggu baru ada mesej dari Azman. Ayah dia juga bersetuju. Aku terus menghantar mesej kepada Mustafa yang kami akan pergi ke bandar. Esok kami akan membeli tiket bas ke bandar. Jadi malam ini aku terus berehat.
*****
Seperti yang dijanjikan, hari ini akan dan Azman akan membeli tiket bas. Kami pergi ke pekan dengan menaiki motor. Tidak ramai juga orang membeli tiket pada hari ini. Selesai sahaja urusan membeli tiket Azman mengajakku makan dahulu sebelum pulang.
"Engkau mesej tak dengan Mus?" Azman bertanya kepadaku. Aku hanya mengangguk sahaja.
Sampai sahaja di rumah aku terus menyiapkan beg pakaianku serta mengemas apa yang patutku bawa di bandar nanti. 
Malam ini aku tidur awal kerana esok aku dan Azman berangkat ke bandar.   
*****
Aku bangun awal pada hari ini. Aku dan Azman akan menaiki teksi untuk ke terminal bas. Aku sudahpun menghantar mesej kepada Mustafa bahawa kami akan bertolak pada waktu pagi. Mustafa juga sudahpun memohon cuti untuk menjemput kami di terminal bas di sana. 
Aku memeriksa semua begku sebelum dibawa turun dari rumah. "Assalamualaikum, Lan. Dah siap?" Aku mendengar rakanku Azman memanggilku. Aku terus pergi mendapatkan rakanku itu. Sebelum manaiki teksi aku bersalam-salaman dengan keluargaku dan juga keluarga Azman. Ibu bapa Mustafa juga mengirimkan sesuatu kepada Mustafa. 
Seperti yang dijanjikan kami menaiki bas pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam bas aku melihat Azman sudahpun tidur. Aku hanya membiarkannya sahaja. Jauh juga perjalanan yang kami tempuhi. Mataku juga menggantuk. Aku cuba melelapkan mataku sementara masih belum sampai ke destinasi. 
Sampai sahaja ke destinasi, aku mengejutkan Azman. Kami turun dari bas dan pergi ke bangunan terminal bas. Kami menunggu Mustafa mengambil kami. Aku menelefon mustafa dan menyatakan bahawa kami telahpun sampai. "Lan, Man. Maaf aku lambat." Aku dan Azman terkejut dengan panggilan itu, lalu aku menoleh ke arah suara itu.  
"Mus, engkau apa khabar?" Azman menegurnya. "Aku biasa je. Mana beg korang. Jomlah kita makan dulu baru balik rumah." Sambung Mustafa lagi, kami mengikutinya pergi ke arah keretanya. Kami di bawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. 
Selesai sahaja kami makan, Mustafa membawa aku dan Azman ke rumah sewanya. "Besar juga rumah sewa kau ni Mus." Aku melihat sekeliling rumah. Mustafa menunjukkan kepada kami bilik kami. "Ini bilik korang, rehatlah dulu. Esok aku ajak korang pergi tempat kerja pula." Kata Mustafa lagi. Kami hanya mengangguk kepala sahaja. 
Aku dan Azman mula mengemas beg kami. Aku lihat Azman sudah pun tidur kerana kepenatan. Aku terus mengambil tuala dan pergi ke bilik air. Pada mulanya aku bertanya dengan Mustafa. Dia menunjukkan kepadaku bilik air. Aku terus pergi ke dalam bilik air. 
Selesai sahaja mandi aku terus membantu Mustafa menyiapkan makanan. Aku lihat Azman baru sahaja keluar dari bilik. 
Malam ini kami semua berjemaah bersama-sama. Selesai sahaja berjemaah kami menyiapkan makanan untuk kami makan malam. Malam ini terasa meriah kerana kami dapat makan bersama-sama. 
Oleh kerana kepenatan seharian kami terus masuk tidur. Malam berlalu begitu sahaja. Aku dan rakanku dibuai mimpi-mimpi indah.
*****
Hari ini begitu indah sekali. Aku dan Azman bangun pagi dan menikmati hari pertama kami di bandar. Mustafa pula menyuruh kami bersiap dan bersarapan pagi sebelum kami pergi ke tempat kerja. Kami bergegas untuk menyiapkan diri dan pergi ke meja makan. 
  Sampai sahaja di tempat kerja, Mustafa mengajak kami bertemu dengan pengurus di situ. Mustafa memperkenalkan kami kepada pengurusnya dan kami terus mendapat pekerjaan dan memulakan kerja. 
Balik sahaja kerja, kami kepenatan. Hari ini hari pertama aku dan Azman kerja. Banyak yang perlu kami belajar dari semua staf lama termasuk Mustafa. Hujung minggu nanti aku akan menulis surat untuk dikirim ke kampung. "Lan, Man, jom makan." Mustafa mengajak kami makan. "Apa rancang korang hujung minggu ini?" Sambung Mustafa lagi. "Aku nak menulis surat di kampunglah Mus." Aku menjawab pertanyaannya. Aku melihat Azman sedang menyuapkan makanannya dan terdiam. 
Kami menikmati makan malam kami tanpa apa-apa suara.
*****
Hujung minggu ini aku menulis surat untuk dihantar ke kampung. Selesai sahaja aku menulis aku terus ke dapur, aku lihat rakanku Mustafa sudahpun berada di dapur untuk memasak. Aku terus membantunya. "Mana Azman, masih tidur lagi?" Tanya Mustafa kepadaku. "Dia tengah menulis surat untuk dihantar ke kampung." Kataku sambil membantunya.
"Hujung minggu ini tak pergi ke mana-mana?" Aku bertanya kepada Mustafa. "Engkau nak keluar?" Mustafa menjawab sambil menyiapkan sarapan. "Kebetulan juga barang dapur sudah berkurangan, bolehlah kita keluar." Sekali lagi Mustafa berkata. "Engkau panggil Azman, kita sarapan bersama-sama." Kata Mustafa lagi. Aku terus memanggil Azman untuk makan bersama-sama.
Aku dan Azman mengikut Mustafa pergi membeli barang dapur di sebuah pasar raya. Mustafa menunjukkan kepada kami sebuah peti pos. Kami memasukkan surat yang kami bawa ke dalam peti pos. 
Setelah lama membeli barang, Mustafa mengajak kamu makan di sebuah restoran di dalam bangunan pasar raya. Kami mengikutnya. Banyak juga yang kami beli. Aku dan Azman membantunya membeli barang untuk keperluan kami. 
Banyak juga tempat yang kami pergi ketika keluar pada hujung minggu. Kami balik dalam keadaan keletihan. Masing-masing berehat di dalam bilik sejurus sahaja sampai ke rumah. 
Apabila sedar dari tidur, aku melihat Mustafa mengemas barang yang kam beli tadi. Aku terus membantunya. 
Aku, Azman dan Mustafa bekerja di tempat yang sama, cuma pengalaman sahaja yang membezakan kami. Mustafa mempunyai pengalaman dalam kerjanya. Dialah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku dan Azman. 
Hari ini aku menerima surat dari kampung dan dalam surat tersebut menyatakan bahawa ayahku dan ayah Azman menjadi rakan kongsi dan membuka gerai ikan segar.
Aku gembira dengan berita tersebut. Aku juga akan membantu keluargaku dengan sedaya upaya. "Lan, kenapa mengelamun ni? Aku dikejutkan dengan teguran dari Mustafa. "Tak ada apa-apalah Mus, surat di kampung ni. Ayahku dan Ayah Azman membuka gerai ikan segar di kampung." Kataku lagi.
Begitulah rutin harian kami. Pada hari bekerja kami akan pergi bekerja dan pada hujung minggu pula kami akan keluar pergi berjalan-jalan bersama-sama. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Semoga persahabatan kami akan kekal sehingga ke akhir hayat kami,
**Tamat**
TigerMalay87
Salinan: 29 Disember 2021
Rabu
09:59 pagi
Royal Brooke

Monday, December 20, 2021

Cerpen Cinta Novelis


'Suatu ketika aku datang menghampirinya, namun dia berpaling memandang ke arah lain. Ini yang membuatku tidak mengerti dan aku pasti suatu hari nanti dia akan kembali menatapku. Aku yakin itu akan terjadi.' Jari jemariku menari-nari menaip sesuatu di laptopku.
Aku masih memandang skrin laptopku. Setiap kata yang terluah akan aku ciptakan untuk menjadi cerita yang bakal memikat hati setiap pembaca yang menanti ceritaku. 
"Azizul Azli, engkau buat apa tu?" Satu suara menegurku. Aku terus menoleh ke belakang dan mendapati rakanku memerhatiku. "Tidak buat apa-apa." Balasku sambil menutup laptopku.
Rakan serumahku pergi ke arah laptopnya. Aku pula terus mengambil tuala dan pergi mandi.
Hari ini aku ada temujanji dengan seseorang. Aku terus berkemas dan menjinjit beg laptopku. "Zul, engkau nak pergi mana?" Rakan serumah menegurku. 
"Aku nak pergi keluar sekejap. Ada temujanji." jawabku ringkas. Rakanku itu terus menumpukan perhatian semula ke arah laptopnya.
Aku terus berlalu meninggalkannya. Dalam perjalanan menuju destinasi aku terserempak dengan seseorang. Namun aku hanya membiarkan sahaja perasaanku itu.
Sampai sahaja aku ke destinasi yang dijanjikan, aku terus masuk ke dalam sebuah restoran. Mataku terus meliar mencari seseorang.
Aku melihat seseorang dari suatu sudut yang paling hujung. Dia seperti menunggu seseorang. Aku terus bergerak ke arahnya.
"Assalamualaikum Cik." Aku memberi salam kepadanya. Dia menolehku dan menjawab salamku. "Waalaikumussalam. Awak encik Azizul Azli?" Dia mendonggak kepalanya dan menjemputku duduk. 
"Saya Asrina Ridzuan, Penolong penerbit Syarikat Penerbitan Buku Ikhlas Baca Berhad. Awak penulis yang penerbit saya maksudkan. Saya ingat awak seorang penulis wanita." Katanya sambil memperkenalkan diri.
"Ya saya penulis itu." Balasku lagi. Aku memberinya manuskrip yang telahku siapkan. Dia juga memberi jaminan bahawa manuskrip itu akan disemak secepat mungkin.
Selesai sahaja bertemu dengan penolong penerbit, aku terus beredar dari restoran itu dan balik ke rumah sewaku.
Aku mengharapkan bahawa manuskirp itu diterima oleh Syarikat Penerbitan tersebut.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam dan mengetuk pintu rumah sewaku. Aku mendapati tiada jawapan. Lalu aku mengambil kunci dan membukanya. Aku mendapati rakanku sedang tidur.
Aku tidak mahu mengejutnya. Aku terus pergi ke meja tulisku dan membuka laptopku. Aku mula menaip sesuatu di laptopku. 
"Assalamualaikum." Aku mendengar bunyi ketukkan dan suara orang memberi salam. Aku gagahkan juga untuk membuka pintu rumah sewaku. Aku lihat rakan serumahku sedang nyenyak tidur.
Aku mendapati rakan sekelasku di muka pintu. "Engkau Ri, kenapa?" Aku bertanya kepada rakanku. "Saja datang sini. Tadi aku datang engkau tak ada. Kata Lan engkau keluar ada temujanji." Jawabnya lagi.
Aku memperlawanya masuk. Rakan serumahku baru sahaja bangun dari tidur. "Engkau Ri, bila sampai?" Rakanku itu baru menyedari kehadiran Fikri.
"Engkau masih menulis lagi Zul?" Terbit satu soalan dari rakanku Fikri. Aku mengangguk sahaja kepala sambil menghidangnya minuman. "Tadi aku ada temujanji dengan penerbit sebuah Syarikat buku. Aku hantar manuskrip sebuah novel baru." Sambungku lagi. 
Dia hanya mengangguk sambil meneguk air yang telah dihidangkan. Kami berborak panjang. Antara yang diborakkan adalah kelas kami esok. Aku masih lagi menuntut di sebuah Universiti dalam bidang penulisan. Aku juga giat menulis novel dan menghantar karyaku di Syarikat penerbitan.
Telefonku berbunyi, aku terus menjawab panggilan tersebut. Ternyata ia panggilan yang aku tunggu. Panggilan dari Syarikat Penerbitan. Syarikat tersebut memberitahuku bahawa novelku akan diterbitkan tidak lama lagi. 
Selepas mendapat panggilan dari Syarikat penerbitan tersebut aku rasa bermulalah misiku sebagai penulis. 
Hari ini aku ada kelas, jadi aku bersiap awal sebelum pergi kuliah. Ternyata hari ini novel pertamaku akan keluar. Sejurus sahaja selesai kuliah aku terus ke bangunan Syarikat Penerbitan itu.
Seperti yang dijanjikan, aku sampai ke bangunan syarikat Penerbitan Ikhlas Baca Berhad. Aku menemui penerbit buku yang menghubungiku. Dalam pertemuan itu aku diberitahu bahawa novelku sedang dalam pencetakan dan akan memasuki pasaran tidak lama lagi. Aku juga ditunjukkan gambar muka depan novelku.
Dia juga memberiku naskah bercetak pertama novelku. Aku membelek-belek naskah itu. Di dalamnya terdapat biodataku. Aku tersenyum apabila melihat hasil karyaku yang pertama.
Penerbit itu mengucapkan tahniah kepadaku dan memberitahuku bahawa itu satu permulaan bagiku untuk melebarkan sayap dalam dunia penulisan. Aku berjanji akan menghantar lagi karyaku kepada Syarikatnya.
Aku tiba di rumah sewaku dalam keadaan keletihan. Aku melihat rakan serumah menyiapkan makanan di dapur. Oleh kerana aku keletihan, aku terus masuk ke dalam bilikku.
Aku terlelap sehingga malam. Apabilaku sedar, hari telah pun malam. Aku terus bangun dan mencapai tuala serta pergi mandi. "Zul, lewat kau balik hari ini. Engkau pergi mana tadi?" Rakanku memulakan perbualan denganku sejurus sahaja aku selesai bersolat Maghrib.
"Lepas kelas tadi aku terus berjumpa dengan penerbit buku." Jawabku sambil mengeluarkan naskah novel pertamaku dan menyerahkan kepadanya. Dia begitu kagum denganku. 
"Hebat kau Zul, sudah ada novel karya kau sendiri." katanya lagi sambil membelek-belek novel itu. "Itu baru permulaan, belum hebat lagi. Aku masih perlu berusaha lagi." Balasku lagi. "Aku nak baca novel ni boleh?" Tanyanya kepadaku sambil menunjuk-nunjukkan novel itu.
Aku hanya mengangguk sahaja kepadanya. Aku membiarkannya membaca novelku itu. Aku terus keluar untuk makan malam. Malam ini aku pergi ke warung tak jauh dari rumah sewaku. "Zul, mari duduk sini." Rakan sekelasku Fikri memanggilku. Aku terus mendekatinya dan mengambil tempat duduk. "Engkau pergi mana Lepas kelas tadi?" Dia menyoalku lagi. "Aku ada temujanji dengan sebuah Syarikat Penerbitan tadi." Jawabku ringkas. 
"Novel pertamaku bakal terbit tidak lama lagi. Novel tu dalam proses pencetakan." Sambungku lagi. " Hebatnya kau Zul, engkau sudah keluarkan novel." Katanya lagi.
"Tak ada hebat sangatlah Ri. Baru novel pertama." Aku menyuapkan makanan yang telahku pesan. 
Aku balik ke rumah sewaku dalam keadaan kekenyangan. Aku lihat rakan serumahku telahpun tidur. Aku terus masuk ke dalam bilik. 
Hari ini aku pergi ke kampus awal pagi kerana kuliah hari ini awal. Aku masih terasa mengantuk kerana semalam aku tidur lewat untuk menyiapkan satu bab novel baruku.
Pihak Syarikat Penerbitan menelefonku dan menyatakan bahawa novel pertamaku telah selesai pencetakan dan akan dipasarkan dalam masa terdekat. 
*****
Sudah seminggu novel pertamaku di pasaran. Pihak Syarikat Penerbitan menyatakan kepadaku bahawa seratus ribu novel telah terjual dalam tempoh seminggu. Mereka juga bertanya kepadaku bilaku hantar novel baruku kepada mereka. Aku hanya menjawab dalam masa terdekat novel baruku akan siap.
Hari ini aku bersama-sama rakanku keluar membeli belah di sebuah Mall. Ketika di dalam Mall aku sempat singgah di kedai buku Popular. Alangkah terkejutnya aku bahawa novelku antara Top Five dalam senarai buku-buku terlaris. 
"Engkau menung apa tu Zul?" Lamunanku terhenti apabila ditegur rakanku. Aku tidak menjawab hanya tersenyum sahaja  
Dalam perjalanan mencari tempat makan aku terpandang seseorang. Seperti orang itu aku kenali namun fikiranku masih samar-samar. Sudah dua kali aku menjumpainya namun aku masih gagal mengingatinya. Aku terus mengikuti rakanku masuk ke dalam sebuah Restoran. 
Masih memandangnya. Tapi aku gagal mengingatinya. "Zul, apa kau pandang?" Rakanku menegur. Aku tersedar dari lamunanku. "Zul, novel kau Cinta Lestari tu tersenarai dalam Top Five novel terlaris di kedai buku tadi." Kata Rakanku lagi.
Sambil makan tiada yang kami bualkan. "Zul, engkau tengok apa? Berkenan dengan mereka." Sambung rakanku lagi. Aku menjelingnya. Dia menyambung suapannya. 
Aku masih cuba mengingati seseorang. Seperti telah lama kukenali. Aku tidak mampu mengingatinya lagi. Aku cepat-cepat menghabiskan makananku. 
Aku berdiri dan menuju ke kaunter bayaran. Ketika aku berjalan menuju ke kaunter bayaran aku terserempak dengan gadis tadi. Aku cuba mengingatinya kembali, namun masih gagal. Aku biarkan ingatanku terus berlalu. 
Sejurus selesai membayar, aku kembali mendapatkan rakanku. Aku dapati rakanku sedang rancak berbual dengan sekumpulan gadis tersebut. Aku memanggilnya dan mengajaknya balik ke rumah sewa.
Dia terus memandang dan menghampiriku. Kami terus berlalu dari restoran itu. "Siapa mereka tadi?" aku memulakan pertanyaan kepada rakanku. "Mereka student seni lakonan di Kampus kita." Jawabnya lagi.
"Patutlah macam kenal saja." Aku berkata lagi dan rakanku terus menjelingku. Dia seperti ingin kepastian. Aku terus beralih arah memandang ke jalan raya sambil menunggu bas.
Lewat juga kami sampai ke rumah sewa. Aku dan rakanku berpisah sebaik sahaja sampai di bangunan rumah sewa. Aku terus membuka laptopku dan menyambung penulisanku. Namun fikiranku tak fokus kepada penulisanku tetapi masih mengingati apa yang telah aku temui tadi. Seingatku, aku seperti telah mengenalinya dulu tapi aku tidak pasti bila.
Aku menutup laptopku dan berbaring di atas katil. Aku tidak tahu kenapa fikiranku buntu. Aku juga tidak dapat melelapkan mataku. Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Aku lihat rakan serumahku sedang menonton tv sambil membuat tugasannya. 
"Zul, engkau tak menulis?" Terbit satu pertanyaan darinya kepadaku. "Tak ada idea nak sambung Lan." Jawabku sambil duduk menonton tv bersamanya. "Assalamualaikum." bunyi ketukkan dan suara orang memberi salam menganggu kami yang sedang menonton tv. Rakan serumahku membuka pintu dan mendapati rakanku Fikri. "Masuklah Ri." Rakanku memperlawa Fikri masuk.
"Engkau ada di rumah Zul. Aku baru dapat info dari ketua kelas. Esok tiada kelas. Jadi aku nak ajak kau pergi buat tugasan di luar." Fikri mengajakku untuk keluar pada keesokkan hari. Aku hanya mengangguk kepalaku tanda setuju.
Seperti yang dijanjikan aku dan Fikri keluar untuk membuat tugasan yang diberikan di luar. Rakan serumahku pula telah pergi ke kelasnya. Kami keluar pergi ke sebuah Mall yang tidak jauh dari rumah sewa. Untuk mencari Wifi yang lancar kami pergi ke tempat rehat di dalam Mall. 
Hari ini tidak terlalu ramai kerana belum hujung minggu lagi, jadi suasana tempat rehat di Mall agak sunyi. Aku dan Fikri mencari tempat duduk dan memulakan tugasan mencari maklumat di Internet. Tiada sebarang perbualan pun kerana masing-masing sibuk dengan tugasan.
Telefonku berdering dan aku menjawabnya. Pihak Syarikat Penerbitan memberitahuku bahawa novel pertamaku telah mencecah sejuta naskah yang terjual. Aku bersyukur kerana novel itu diminati oleh ramai pembaca. Aku perlu menyiapkan novel kedua dalam tempoh terdekat.
"Siapa call?" Pertanyaan Fikri membuatku terkejut. "Makwe ke? Sambung Fikri lagi. "Taklah, Syarikat Penerbitan yang call. Dia orang tanya bila nak hantar novel baru." Jawabku sambil menaip sesuatu di dalam Laptopku.
"Wow! Dah tulis novel baru ke?" Sekali lagi Fikri bertanya kepadaku. "A'ah. Tapi belum siap lagi." Jawabku ringkas. 
Aku terus menyambung tugasanku. Selesai sahaja aku membuat tugasan aku memandang ke arah Fikri. Aku lihat dia begitu khusyuk dengan tugasannya. "Ri, jom makan. Aku laparlah." Aku mengajaknya makan. Dia terus menghentikan jari jemarinya yang rancak menari membuat tugasan. 
Kami terus menuju ke Restoran di dalam Mall. Di sudut yang tidak jauh dari tempat kami duduk aku terpandang seseorang. Puasku fikirkan namun belumku temui jawapan. "Zul, kenapa mengelamun ni?" teguran Fikri mengejutkan lamunanku. 
"Zul, cuba kau lihat di sana. Student seni lakonan yang kita jumpa tempoh hari." Kata Fikri sambil menunjuk ke arah mereka. Aku hanya mengangguk sahaja kepalaku. Fikri terus mendekati mereka. Dia mengajakku bersamanya. Pada mulanya aku malu tapi dia menarikku untuk mengikutinya. Aku terpaksa akur. "Assalamualaikum, hai semua. Ini rakan saya Azizul Azli." Fikri memberi salam dan memperkenalkan aku kepada mereka. Aku hanya mengangguk sahaja.
Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri. "Hai, saya Asyikin. Awak ni penulis novel Cinta Lestari yang baru keluar tu ke?" aku hanya malu-malu sahaja. "A'ah, dia nilah penulis novel Cinta Lestari tu." Sambung Fikri lagi. Aku hanya memerhati sahaja perbualan antara Fikri dan juga mereka. Aku mengambil tempat duduk. Makanan yang kami pesan sudah pun dihidangkan. 
"Awak ni macam pernah saya kenal." Salah seorang dari mereka menghampiriku. Aku juga seperti mengenalinya namun aku tidak ingat. "Saya Nur Azrin." Sambungnya lagi. Aku masih teragak-agak untuk menjawab. Aku hanya tersenyum sahaja. Fikri memerhati gelagatku "Dia pemalu sikit." Fikri menyampuk. Aku hanya menjeling sahaja ke arahnya.
Jantungku berdebar apabila dia menyatakan bahawa dia mengenaliku. Tapi aku masih gagal mengingatinya. Aku membiarkan sahaja perasaan itu. Dia berlalu mendapatkan rakannya semula. Fikri pula masih tersengih-sengih melihat gelagatku yang malu-malu.
"Zul, kenapa Nur Azrin macam kenal engkau?" Persoalan Fikri itu membuatku terhenti mengunyah makananku. Aku menjelingnya. Dia memberi reaksi seperti serba salah apabila mengajukan persoalan itu. Aku ingin memberitahunya namun aku batalkan hasratku itu. 
Aku juga masih belum ada jawapan setiap persoalan itu. Aku lihat Fikri menuju ke arah kaunter pembayaran dan menbayar makanan. Aku masih lagi dilema perasaan dan persoalan yang membuatku jauh mengelamun. Aku masih memikirkan persoalan dan cuba mengingatinya. Bukan mudah untukku mengingatinya kerana masih samar-samar.
"Zul, jom kita balik." Lamunanku terganggu dengan ajakkan rakanku itu. "Tadi Nur Azrin ada beritahu bahawa kau pernah satu sekolah dengannya. Sebab itu dia kenal engkau." Sambung rakanku lagi.
Aku mula mengingati sesuatu, namun masih terlalu awal. Fikri hanya membiarkan sahaja aku berfikir. Sesampai sahaja aku ke rumah sewa. Aku terus ke bilik dan cuba menyambung penulisanku. Namun fikiranku masih melayang-layang. Cepat-cepat aku fokus kepada laptop di depanku. Kali ini aku cuba untuk menaip sesuatu di laptopku. Rasa mengantuk menyebabku berhenti untuk menaip dan aku terus merebahkan diriku di atas katil.
Aku terkejut dengan panggilan telefonku. Rupanya rakanku membuat panggilan. Dia memberitahuku bahawa esok ada kelas. Selepas sahaja aku menjawab telefon aku terus mencapai tuala mandi. Aku lihat rakan serumahku masih membuat tugasannya di dalam bilik. 
Malam ini seperti biasa aku menyambung tugasan yang masih tersisa. "Zul, bila engkau balik?" Aku terkejut dengan pertanyaan rakan serumahku. "Petang tadi. Waktu engkau belum balik. Aku penat terus tidur. Aku tak sedar engkau balik." Jawabku sambil menaip tugasanku. Dia juga menyambung tugasannya.
Selesai sahaja membuat tugasan aku terus menyambung penulisanku pula. Aku perlu menghabiskan novel baruku itu. Sebelum aku menyambung novelku aku teringat pula kisah tengahari tadi. Aku masih lagi berfikir siapa gerangan Nur Azrin. Fikri kata dia bersekolah denganku dulu. Puas juga aku memikirkanya sehingga tidak dapat fokus menyambung penulisanku.
Aku menutup laptopku dan terus pergi ke dalam bilik untuk berehat.
*****
Hari ini aku pergi ke kampus awal pagi. Kelasku bermula pagi ini. Sebelum masuk ke kelas aku pergi bersarapan dahulu di kantin. Ketika aku bersarapan pagi aku terpandang sekumpulan pelajar wanita yang sedang bersarapan. Aku lihat salah seorang dari mereka menjelingku.
Dia terus menghampiriku. "Awak ni Azizul Azli, kita pernah bertemu di Mall tempoh hari." Aku cuba mengingatinya. "Awak Nur Azrin kan. Maaflah hari tu saya diam sahaja bila awak tanya." Aku mengumpul kekuatan untuk berkata-kata kepadanya.
"Rin, jom pergi kelas." Salah seorang rakannya memanggil. Dia terus beredar dari situ. "Zul, siapa tadi?" Aku dikejutkan dengan teguran dari rakanku. "Kenalan kita masa di Mall hari tu." Jawabku lagi. Dia terus duduk di depanku sambil bersarapan.
Selesai sahaja sarapan kamipun pergi mengikuti kelas. Kelas hari ini berjalan dengan lancar. Sementara menunggu kelas seterusnya aku dan rakanku pergi ke pondok rehat di dalam kampus. Aku mengambil kesempatan menaip novel baruku yang tersisa.
Rakanku pula mengambil kesempatan yang ada membeli minuman di kantin yang tidak jauh dari kampus. Aku pula masih giat menaip sesuatu tanpa menyedari perkara berlaku di sekelilingku. “Assalamualaikum.” satu suara memberi salam mengangguku menyiapkan novel. Aku mendonggak kepalaku untuk memastikan siapa gerangan yang memberi salam.
Aku lihat seseorang yang ku kenal memberi salam kepadaku. Aku menjawab salamnya dan menjemputnya duduk. “Awak buat apa? Saya menganggu awak?” Sambungnya lagi. “Tengah menyiapkan novel baru. Tak menganggu pun.” Kataku ringkas.
"Assalamualaikum." Rakanku pula memberi salam dan menyerahkan minuman yang dibelinya kepadaku. "Cik Azrin pun ada. Mana lagi kawan-kawan yang lain." Sambung Fikri lagi. Aku menyambung tugasku kembali sambil minum. Lama juga dia berborak dengan kami. Selepas itu dia pun meminta diri untuk pergi ke kelasnya. 
"Zul, berapa lama Azrin duduk di sini tadi?" Soalan rakanku itu mengejutkanku. "Baru sahaja beberapa minit sebelum kau balik dari kantin." Jawabku sambil menyambung tugasku lagi. 
Lama juga kami duduk di dalam pondok rehat. Tiba waktu kami kembali mengikuti kelas lagi. Kami terus beredar dari situ dan menuju ke bilik kuliah.
Hari ini kelas kedua yang merupakan kelas terakhir selesai dan kami pun balik ke rumah sewa dengan menaiki bas. Sampai sahaja di rumah sewaku, aku terus masuk dalam bilik. Oleh kerana novel baruku belum siap lagi aku terus menyambung novel baruku itu.
"Lan, lambat balik hari ini." Aku menegur rakan serumahku yang baru sahaja balik. "Ada kerja sikit di kampus tadi. Jom kita makan, aku ada belikan makanan." Jawab rakanku sambil mengajakku makan.
"Assalamualaikum, Zul." aku terdengar suara seseorang memberi salam. Aku terus membuka pintu dan memperlawa Fikri masuk. "Engkau Ri, jom makan sekali." Rakan serumah mengajak Fikri makan bersama kami.
"Ri, kenapa engkau datang petang ni? Ada beritakah?" Soalku kepadanya. Dia memberitahuku bahawa ramai rakan sekelas kami bersetuju namaku untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kampus. Aku terkejut dengan berita itu. 
"Aku tidak sesuailah Ri." Kataku setelah mendengar penjelasannya. Menurutnya lagi semua rakan sekelas kami bersetuju.
Aku menolak cadangan Fikri itu. Fikri masih terdiam apabila aku menolak tawaran dari rakan-rakan sekelasku. Aku tidak mahu melibatkan diri dalam politik. Itu adalah antara sebabku menolak. Aku hanya membiarkan Fikri berfikir. Aku terus mengambil makananku. Fikri masih lagi diam membisu. Rakan serumahku mengajak Fikri makan sekali dengan kami. 
*****
Hari ini di kampus agak sibuk dengan proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kampus. Rakan-rakan sekelasku masih memujukku untuk menjadi calon pilihan raya. Namun aku menolak dan menasihati mereka supaya memilih rakan yang layak untuk menjadi calon. Mereka akur dengan keputusanku. 
Aku duduk di pondok rehat di dalam kampus, sambil melihat gelagat rakan-rakan yang menghantar borang pencalonan untuk pilihan raya aku mengambil kesempatan menyambung penulisanku. "Assalamualaikum, Azizul." Aku dikejutkan dengan suara orang memberi salam. Aku mendonggak dan mendapati seseorang yang aku kenali. Aku menjemputnya duduk di hadapanku.
Kami terus berborak sehingga satu suara memanggilku. Aku menoleh ke arah suara itu dan mendapati suara itu datangnya dari rakanku Fikri. "Rancak berborak tadi aku tengok. Ada apa-apa ke? Fikri mengusikku. Tidak sempat aku mengeluarkan kata-kata dia terus menyambung katanya itu.
Banyak juga yang telah diceritakan kepadaku. Baruku ingat siapa Nur Azrin, dia sekampung denganku dan bersekolah yang sama denganku. Namun kami tidak pernah bertegur sapa ketika di sekolah. Apabila melihat gelagatku, Fikri terus pergi ke kantin untuk membeli sesuatu. Aku pula masih menyambung penulisanklu.
Fikri kembali dengan membawa minuman dan roti untuk santapan kami dua. Aku berhenti menaip dan berehat. Keadaan di kampus masih lagi riuh dengan suara pelajar. Aku dan Fikri mengambil keputusan untuk balik ke rumah sewa.
Sesampai sahaja aku ke rumah sewa aku terus masuk ke dalam bilik dan mencapai tuala untuk mandi. Aku lihat rakan serumahku belum balik lagi. Aku tahu dia sibuk mengurus proses penamaan calon yang akan selesai petang ini. Esok dan hari seterusnya pula akan diadakan kempen oleh calon-calon pilihan raya. 
Aku terus membuka laptopku dan menyambung penulisanku yang akan siap tidak lama lagi. Ketika aku pergi ke arah meja tulisku aku melihat naskah novel pertamaku. Baru aku teringat yang rakan serumahku meminjam naskah pertamaku. Di atas novel itu terdapat sekeping nota. Aku membaca nota itu dan tersenyum sendirian.
Aku terus membuka laptopku dan menyambung tugasku untuk menulis novel baru yang tersisa beberapa bab sahaja lagi. Seseorang menghantar mesej kepadaku. Aku melihat nombor telefon yang aku tidak ketahui. Aku pun bertanya siapa pemiliknya. Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui pemilik nombor tersebut. Aku terus membalas mesej itu dan bertanya dari mana dia memperolehi nomborku.
Dia mengajakku keluar makan. Aku akan pertimbangkan sahaja ajakkannya. Selepas itu aku menyambung penulisanku. “Assalamualaikum, Zul. Busy ke? Aku dikejutkan dengan panggilan dari rakanku. Aku terus menoleh ke belakang. “Baru balik ke Lan.” Aku terus menghentikan tugasanku. “Banyak kerja di kampus hari ini. Aku dengar engkau pun nak kena calon untuk perwakilan pelajar betul ke?” Aku terus memandang rakan serumahku itu. “Tak adalah. Cuma cadangan rakan-rakan sekelasku sahaja. Tapi aku menolak.” Kataku lagi kepadanya.
Rakanku itu terus masuk ke biliknya untuk berehat. Aku menyambung penulisanku. 
Tidak lama selepas itu rakan serumahku mengajakku makan di warung yang terletak tidak jauh dari rumah sewa. Aku bersetuju dengan ajakkannya dan mengemas laptopku. 
Tidak jauh dari warung tersebut kami bertemu dengan Fikri dan mengajak Fikri sekali singgah ke warung tersebut. Dalam warung malam ini ramai juga pelajar yang singgah makan. Ada juga kempen dari calon-calon wakil pelajar. Aku sempat berbisik dengan Fikri berkenaan calon wakil pelajar bagi fakulti seni penulisan. Menurutnya lagi fakulti kami menghantar dua nama. Oleh sebab, aku menolak maka fakulti kami hilang seorang calon yang sepatutnya tiga calon bertanding.
Selesai sahaja makan malam kami pun berangkat balik ke rumah sewa. Sejurus sampai rumah aku terus menyambung tugasku untuk menulis beberapa lagi bab dalam novel baruku sebelum menghantar kepada Syarikat Penerbit. Aku menerima mesej lagi dari seseorang. Kali ini dia mengajakku bertemu di pondok rehat selepas kelas esok. Aku hanya memberi jaminan akan berada di sana.
*****
Hari ini aku pergi ke kampus seperti biasa. Di kampus hari ini, begitu kecoh dengan kempen-kempen dari beberapa calon wakil pelajar. Ada di antaranya yang mengantung poster calon-calon bertanding.  
Kelas hari ini berjalan seperti biasa. Oleh kerana pihak Universiti membenarkan kempen selama tiga hari bermula hari ini maka kampus berada dalam keadaan yang riuh dan kecoh dengan suara kempen.
Oleh kerana aku ada temujanji di pondok rehat, maka aku menunggu rakanku itu. Lama juga masa yang aku ambil untuk menunggu. Dalam masa yang terluang, aku membuka laptopku dan menyambung penulisanku yang hanya tinggal dua bab sahaja. 
"Assalamualaikum, maaf lambat. Baru habis kelas." Satu suara yang mengejutkanku. Aku menjawab salam dan menjemputnya duduk.
Aku menghentikan penulisanku dan mengajaknya pergi ke kantin. Pertama kali aku rasa jantungku berdegup dengan pantas. Selepas membeli makanan di kantin aku mengajaknya makan bersamaku. Kami masih terdiam dan tidak berkata apa-apa sambil menjamah makanan. 
Masih lagi dalam keadaan senyap, aku menyembunyikan perasaan yang selama ini aku pendam. Tidak dinafikan bahawa satu perasaan yang tidak terluah.
Aku cuba untuk meluahkan, namun tiada dayaku. Aku tidak berani untuk meluahkan isi hatiku. Lama juga aku tenung wajahnya. Namun perasaanku kuat. Dia memohon diri untuk balik ke rumah sewanya. 
*****
Hari ini kami cuti kerana Pilihan Raya diadakan di kampus. Aku bangun dan bersiap ke kampus untuk membuang undi. Aku bersama-sama dengan rakan serumahku dan juga Fikri pergi ke kampus menaiki bas. Di dalam bas kecoh dengan kempen yang belum berakhir.
Sampai sahaja ke kampus aku dan juga rakan-rakanku terus pergi ke kantin dahulu untuk minum pagi. Oleh kerana masih ramai pelajar yang membuang undi maka kami menunggu di pondok rehat. Di kesempatan ini aku membuka laptopku dan menyambung penulisanku. 
Selesai sahaja aku menyambung penulisanku, Fikri mengajakku berbaris. Suasana membuang undi begitu kecoh dengan pelbagai aksi dari pelajar. 
Letih juga berbaris menunggu giliran, aku terus pergi ke pondok rehat. Sementara menunggu Fikri aku membuka laptopku dan menghabiskan novel baruku. 
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam mengangguku. Aku menjawab salam dan mendonggak kepalaku. Aku terus menjemputnya duduk. "Buat apa kat sini?" Soalnya lagi.
"Tengah tunggu kawan." Jawabku ringkas. Aku masih menumpukan perhatianku pada skrin laptopku. Aku tidak dapat memandang wajahnya, apabilaku pandang wajahnya seperti ada sesuatu yang menarikku. "Assalamualaikum, Zul. Azrin pun ada." Satu lagi suara yang memberi salam. Aku mendonggak dan mendapati rakanku Fikri.
Fikri mengajakku dan Azrin pergi ke kantin sebelum kami balik ke rumah sewa. Aku hanya mengikutinya sahaja. "Tak apalah Fikri. saya balik dulu. Assalamualaikum." Azrin menolak perlawaan Fikri untuk makan di kantin. Aku tahu mungkin dia terguris dengan layananku. 
*****
Hari berganti hari. Akhirnya novel baruku telah siap. Aku akan menghantar manuskripnya kepada Syarikat penerbitan pada hujung minggu ni. Aku cuba untuk menghantar mesej kepada Azrin. Aku memohon maaf kerana bersikap dingin terhadapnya. 
Lama juga aku menunggu dia membalas. Akhirnya dia pun membalas mesejku. Aku mengajaknya bertemu di sebuah Restoran pada hujung minggu ini. Dia bersetuju dengan ajakkanku.
Seperti yang dijanjikan aku pergi menghantar manuskrip kepada Syarikat penerbitan dan juga temujanji dengan Azrin. 
Kakiku melangkah ke dalam bangunan Syarikat penerbitan. Ketika aku melangkah ke dalam bangunan aku ditegur oleh Asrina penolong penerbit. "Awak nak hantar manuskrip novel baru awak?" Dia menegurku dan menyuruhku mengikutnya. Aku mengeluarkan manuskrip dan menyerahkannya kepada penerbit yang kami temui. 
Selepas sahaja aku menyerahkan manuskrip, Asrina mengajakku makan di sebuah Restoran, namun aku menolak kerana ada temujanji. Sesampai sahaja di Restoran yang dijanjikan aku mencari kelibat Azrin. Aku lihat dia berada di satu sudut, aku menghampirinya. "Assalamualaikum, maaf lambat." Aku memberi salam dan meminta maaf kepadanya. Dia menjawab salamku dan menjemputku duduk. "Saya baru selesai hantar manuskrip novel baru saya kepada penerbit. Sebab tu lambat." Sambungku lagi.
"Tak apa, saya pun baru sampai juga." Katanya pula. Kami memesan makanan. Kami masih mencari bahan untuk diborak. Apabila makanan sampai kami terus menyuapkan makanan tanpa berkata sepatah pun. Kami masih membisu. "Awak masih ingat ketika kita masih bersekolah." Muncul satu kata darinya yang membuatku terkenangkan kisah lalu. Aku tidak mampu berkata. 
Aku masih lagi diam. Namun dia berusaha membuatku mengingati masa lampau. Aku mula mengingati sedikit demi sedikit. Aku membayar makanan di kaunter. Selesai membayar aku terus menghampirinya. "Hari masih awal, apa kata kita tengok wayang." Dia mengajakku menonton wayang. Aku hanya mengikutinya sahaja. Pada mulanya aku ingin mengajaknya, namun dia lebih dahulu mengajakku. Aku lihat di telefonku ada satu mesej yang belum di baca. Aku membaca mesej tersebut ternyata mesej tersebut dari penolong penerbit, namun bukan memberitahuku tentang manuskrip yang aku hantar tadi tapi ingin mengajakku keluar dengannya. 
Sampai sahaja di pangung wayang aku terus membeli tiket wayang. Tapi dia ingin membayar tiket wayang. Namun aku menolak. Selepas membeli tiket, masih ada masa untuk membeli belah di dalam Mall. Dia mengajakku membeli sesuatu sebelum kami menonton wayang. Aku juga ingin membeli barang dapur. 
Kami menonton wayang. Dalam masa dua jam kami menonton. Selesai menonton kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah sewa. Semenjak pertemuan itu aku masih berfikir, apakah perasaanku terhadapnya. Aku juga berfikir kenapa penolong penerbit mengajakku keluar. 
"Zul, kenapa menung ni?" Satu persoalan yang mengangguku. Aku cepat bepaling ke arah suara itu. "Tak ada apa-apalah Lan. Cuma berfikir apa nasib menuskrip novel kedua ni." Jawabku sambil menyembunyikan perasaanku. "Banyak betul engkau beli barang dapur," Sambungnya lagi. "Saja je aku beli barang banyak-banyak supaya kita tak perlu makan kat luar." Kataku kepadanya lagi. 
"Assalamualaikum." Suara yang memberi salam dan diselang-selikan dengan ketukkan pintu menggangu kami. Aku dan rakan serumahku menjawab salam serta aku membuka pintu rumah. "Engkau pergi mana sepanjang hari ni Zul?" Kata Fikri sebelum aku mempelawanya masuk. 
"Aku hantar manuskrip novel baru." Jawabku sambil mempelawanya masuk. "Betul ke kau hantar manuskrip ni, atau kau keluar dengan Azrin? Terbit satu lagi persoalan dari Fikri. 'Macam mana pula Fikri tahu' Kataku dalam hati. 
"Engkau ada girlfriend Zul." Kata rakan serumahku sambil menghidangkan minuman kepada kami. "Tak adalah, kawan biasa saja." Jawabku tanpa teragak-agak. "Betullah kau keluar dengan Azrin tadi." Sambung Fikri lagi.
Aku hanya mengangguk kepala sahaja.  "Tadi lepas aku hantar manuskrip novel baruku, aku terus jumpa Azrin. Aku yang buat temujanji dengannya. Sebab aku nak minta maaf je dengannya." Sambungku dengan panjang lebar. "Lepas jumpa apa korang buat?" Fikri seperti berminat sahaja nak dengar ceritaku. 
"Kita orang makan-makan sahajalah, lepas tu beli belah, itu je." Kataku lagi. "Tak pergi tengok wayang ke?" Satu pertanyaan yang mengejutkanku. Sepertinya Fikri tahu semuanya. Aku masih lagi diam tanpa kata. Deringan telefonku menganggu kamu berbual. Aku menjawab panggilan telefon tersebut. 
"Siapa call? Girlfriend ke?" Muncul persoalan yang mengusikku. Aku hanya terdiam sahaja. Aku baru sahaja dihubungi oleh Asrina dan dia mengajakku keluar. "Tak adalah Ri penolong penerbitan Syarikat penerbitan. Dia nak jumpa aku esok. Mungkin pasal manuskrip yang aku hantar tadi." Jawabku panjang lebar. 
"Wow! Jangan-jangan novel terbaru kau akan keluar." Sampuk rakan serumahku sambil menghidang air kepada kami. Dia menjemput kami minum. Dia pula membuat tugaasannya semula. Lama juga kami berborak, antaranya mengenai tugasan kami. Aku juga mahu menulis novel baru.
*****
Seperti yang dijanjikan hari ini aku pergi berjumpa dengan Asrina. Sampai sahaja aku di tempat yang dijanjikan aku terus menunggu Asrina. "Assalamualaikum, maaf sebab lambat." Aku menjawab salam dan menoleh ke arah datangnya suara salam tersebut. Rupanya Asrina yang datang. Aku menjemputnya duduk dan memesan makanan. 
"Dah lama sampai? Maaflah lambat sikit tadi. Ini naskah novel baru awak." Sambungnya lagi lalu memberiku naskah novel baruku. Aku lihat naskah tersebut dan tersenyum sendirian. Muka depannya sahaja sudah menarik. Dia juga menyatakan bahawa novel baru ini akan diterbitkan. 
Aku berterima kasih kepadanya dan aku akan menghantar lagi novel-novelku kepada Syarikatnya. Dia juga mengucapkan tahniah kepadaku. Panjang juga perbualan kami sehingga tidak sedar bahawa waktu hampir tengahari. Asrina mengajakku makan tengahari sekali sebelum balik. Aku terus memanggil pelayan Restoran dan memesan makanan untuk kami. 
Telefonku berdering dan aku menjawab panggilan. Rakanku Fikri memberitahu kepadaku bahawa petang ini ada perjumpaan kelas. Setelah selesai makan aku memohon diri kerana aku perlu cepat untuk ke kelas. Sampai sahaja ke kampus aku terus pergi ke bilik kuliah. "Zul, engkau pergi mana? Pagi tadi aku pergi ke rumah engkau tak ada. Azlan kata kau pergi temujanji." Fikri menengurku. 
"Semalam aku dah beritahu kau aku pergi jumpa penolong penerbit." Jawabku sambil menayangkan naskah novel baruku. "Ingatkan engkau pergi dating." Katanya sambil mengusikku. Setelah perjumpaan petang itu aku dan Fikri balik ke rumah sewa. Aku merenung telefonku. Aku dapati ada mesej yang belumku baca, aku terus membuka mesej itu. 
"Kenapa tersenyum ni?" Soalan Fikri membuatku terkejut. "Tak ada apa-apalah." Aku terus membalas mesej tersebut. Satu lagi mesej aku terima dan aku membacanya serta membalasnya. Sampai sahaja aku ke rumah sewa, aku terus masuk ke dalam bilik dan berbaring. Aku masih memikirkan persoalan dari Asrina dan juga Azrin. Persoalan itu membuatku buntu, aku tidak boleh membuat keputusanku. 
Aku terus mencapai tuala dan mandi agar aku segar dan dapat menghilangkan keletihanku. Badanku mula segar setelah mandi. "Zul, jom makan. aku sudah sediakan makanan." Ajakkan rakan serumahku Azlan aku balas dengan senyuman. "Jap lagi aku makan. aku nak solat Maghrib dulu." Jawabku. Selesai sahaja aku solat, aku terus ke meja makan. 
'Engkau pergi mana dari pagi tadi sehingga petang? Pagi tadi Fikri ada datang. Waktu tu aku nak pergi kampus. Aku suruh dia call kau." Katanya lagi. "Aku pergi jumpa penolong penerbit. Dia kata novel baruku akan terbit. Lepas tu Fikri call, aku terus ke kampus sebab ada kelas." Aku menjawab sambil makan. 
Kenyang juga aku malam ini, lepas itu aku terus pergi ke dalam bilik dan menyambung tugasanku. "Zul, Fikri panggil." Azlan memberitahuku. "Engkau Ri, ada apa?" Tanyaku kepada Fikri, Aku mempelawanya duduk. "Engkau dah siap tugasan. Esok tarikh akhir menghantar tugasan kita. 
Aku memberitahunya bahawa aku sudahpun siap tugasan. "Aku dah siap pun tugasan. Sekarang ni aku tengah tulis novel baru." Azlan membawa air dan biskut untuk dihidangkan kepada kami. "Engkau tulis novel lagi. Cepat betul." Fikri menyambung lagi sambil minum air yang dihidangkan.
*****
Hari ini aku agak lewat bangun kerana semalam aku tidur lewat. Pagi ini aku ada kelas. Aku lihat sepuluh panggilan telefon dari rakanku Fikri. Aku terus menelefonnya dan dia memberitahuku bahawa kelas di tunda sementara. Jadi aku ada masa untuk bersiap dan menunggu bas ke kampus. Sampai sahaja aku di kampus aku terus mencari Fikri. 
"Engkau lambat kenapa Zul." Satu suara yang mengejutkanku. Aku menoleh ke belakang dan mendapati rakanku Fikri. "Aku lambat bangun tadi. Semalam aku tidur lewat sebab menghabiskan dua bab novel baruku." Balasku. Fikri memberi makanan dan minuman kepadaku dan menyuruhku bersarapan.
"Jom kita pergi kelas." Fikri mengajakku pergi ke kelas. Aku mengikutinya. Hari ini kelas berjalan seperti biasa. Aku bernasib baik pada hari ini kerana kelas bermula agak lewat dan aku sempat ke kampus. 
Aku mengajak Fikri makan di kantin. Aku menerima mesej dari penerbit dan menyatakan bahawa novel keduaku telah berada di pasaran. Selain dari mesej penerbit aku juga menerima mesej dari Asrina. Mesej kali ini bukanlah berkaitan dengan novelku tetapi berkaitan dengan perasaanku. Aku masih tidak membalas mesej itu.
"Kenapa Zul?" Lamunanku terhenti apabila Fikri mengejutkanku. "Tiada apa-apa." Jawabku sambil menyuapkan makananku. 
"Assalamualakum." Kami dikejutkan dengan suara orang memberi salam. Fikri menoleh. "Waalaikumussalam, Azrin, Asyikin. Jemputlah duduk." Fikri menjemput mereka duduk. Aku masih lagi menyuapkan makananku dan tidak sedar mereka datang. 
"Zul, Azrin dan Asykin datang." Fikri menepuk badanku barulah aku sedar kehadiran mereka. "Novel terbaru awak sudah ada di pasaran. Ini saya beli satu. hebat ceritanya." Kata Asyikin sambil memegang novel itu. "Tak cakap pun Zul." Fikri mengambil novel tersebut dan membacanya.
Aku hanya tersenyum sahaja sambil menghabiskan makananku. Apabila aku memandang Azrin, aku masih tidak memberinya jawapan kepada persoalannya tempoh hari. Aku juga masih tidak dapat menyatakan sesuatu kerana aku dalam dilema.
Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Apabila melihatku terdiam, Fikri mengusikku. Aku hanya menjeling sahaja ke arahnya. Asyikin memohon diri kerana mereka ada kelas. Tinggallah aku dan Fikri sahaja yang menunggu kelas seterusnya. 
"Zul, Kenapa engkau diam je bila di hadapan Azrin?" Fikri mula menyoalku. Aku masih menumpukan mataku di skrin laptopku. Aku masih tidak menjawab persoalannya lagi. Fikri membiarkan aku terus dengan fikiranku. Fikri mengajakku pergi ke kelas. Aku menutup laptopku dan mengikutnya berjalan ke bilik kelas.
*****
Hujung minggu kembali lagi. Aku masih lagi dengan penulisanku. "Zul, engkau tak keluar ke?" Rakanku Azlan menegurkan ketika dia bersiap-siap untuk keluar. "Taklah. Aku nak siapkan beberapa tugasan. Engkau nak pergi mana?" Aku masih lagi memandang skrin laptopku. "Aku nak pergi keluar beli barang." Sambungnya lagi dan terus berlalu pergi.
Setelah Azlan keluar, rumah sewa kelihatan sunyi sehingga tidak sedar aku menghabiskan dua bab sekali. "Assalamualaikum." Bunyi ketukkan dan suara si pemberi salam memyedarkanku, lantasku bangun dan membuka pintu rumah. "Engkau Fikri, aku ingat siapalah tadi." Fikri masuk dan terus ke bilikku. "Engkau menulis lagi Zul." Fikri berkata sambil memandang skrin laptopku. Aku hanya mengangguk kepalaku sahaja.
"Engkau tak keluar ke?" Aku memandangnya dan bertanya kepadanya. "Aku malaslah nak keluar." Dia menjawab pertanyaanku. "Apa kata kita makan tengahari di warung." Dia mengajakku keluar makan di warung yang tidak jauh dari rumah sewa. Aku bangun dan mencapai tuala untuk mandi. Manakala FIkri pula menungguku sambil membaca naskah novel baruku. Ketika aku bersiap, aku menerima satu mesej. Mesej tersebut mengajakku keluar. Aku membalas dan menyatakan bahawa tidak dapat keluar hari ini, namun esok baru aku boleh keluar.
"Lambat kau bersiap?" Fikri berkata sebaik sahaja dia melihat aku keluar. Aku dan Fikri terus keluar dan berjalan menuju ke arah warung. Kami mengambil tempat duduk dan memesan makanan. Aku dan Fikri berborak sehinggalah makanan sampai. "Apa perasaan kau terhadap Azrin?" Muncul satu persoalan yang membuatku separuh terkejut. Aku menjeling Fikri dan dia bertndak balas dengan menjelingku untuk kepastian.
Dia menunggu jawapan dariku. Aku masih mendiamkan diri. Tanpa berkata aku menghabiskan makananku. "Zul, kenapa diam? Ada yang tak kena ke antara engkau dan Azrin.?" Sekali lagi Fikri mengajukan persoalan kepadaku. Aku masih tidak menjawab soalannya. "Kenapa engkau tanya pasal Azrin? Engkau sukakan dia ke?" Muncul satu pesoalan dariku. Kini tiba giliran Fikri pula menjelingku.
"Aku cuma tanya engkau apa perasaan kau terhadapnya. Sebabnya dia suruh aku tanya." Sambung Fikri lagi. "Dia suruh engkau tanya aku?" Aku masih dalam kebinggungan. "A'ah! Dia kata dah beberapa kali dia tanya kau tapi engkau tak jawab." Fikri menghabiskan makanannya. Aku masih lagi dalam dilema. "Sebenarnya aku tak tahu nak pilih siapa." Aku tidak dapat menghabiskan kata. "Kenapa pula? Siapa pula selain Azrin. Asyikin?" Fikri memandangku serius. "Bukan Asyikin tapi penolong penerbit dari Syarikat Penerbitan tu. Dia juga bertanya kepadaku tentang perasaanku terhadapnya." Aku memberi penjelasan kepada Fikri.
"Jadi engkau pilih siapa?" Sekali lagi Fikri ingin kepastian. Aku masih lagi mendiamkan diri sambil menghabiskan minumanku. Fikri mengajakku balik ke rumah sewa dan menasihatiku supaya fokus menyiapkan tugasan yang diberi. 
*****
Hari ini aku keluar seperti yang dijanjikan. Aku akan bertemu dengan seseorang. Aku akan memberanikan diri untuk berterus terang dengannya. Seperti yang dijanjikan aku pergi ke sebuah Restoran. Dari satu sudut aku melihat susuk badan seseorang yang aku kenali. Aku mendekatinya dengan mengumpul kekuatan yang ada. "Assalamualaikum." Aku memberi salam dan dia pun menoleh ke arahku. "Maaflah sebab lambat. Maklumlah kena tunggu bas lagi." Sambungku lagi. "Tak apa. Saya pun baru sampai." Dia menjemputku duduk.
Hari ini aku bertekad untuk berterus terang kepadanya. Aku tidak mahu lagi memendam perasaan. Setiap kata aku susun dengan sempurna, "Saya nak berterus terang kepada awak mengenai perasaan saya kepada awak. Oleh kerana saya masih belajar dan awak pula sudah ada kerja." Aku berterus terang dengannya. Dia hanya terdiam apabila aku membuka kata.
Aku tahu kerana keberanianku berterus terang menyebabnya tidak seperti selalu. “Saya minta maaf andai apa yang saya luahkan ini akan melukai hati awak. Saya hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap pelajaran saya sahaja akan ingin mencapai cita-cita saya. Saya harap awak faham.” Aku menghabiskan kata-kataku. Aku tidak mahu dia terus terluka dengan kata-kataku ini.
“Saya hanya menganggap awak rakan saya juga seperti rakan-rakan saya yang lain.” Aku menghentikan kata-kataku. Aku memulakan topik baru pula. Aku mengajaknya makan. Aku terus memanggil pelayan Restoran dan memesan makanan. Aku lihat dia masih lagi berdiam diri seperti tidak mahu memesan apa-apa. Aku cuba sedaya upaya untuk memujuknya. “Saya balik dululah.” Aku terkejut dengan kata yang baru diucapkan olehnya. Dia terus melangkah pergi. Aku membatalkan pesananku dan mengejarnya. Namun aku terlambat.
Aku cuba menghubunginya, namun tiada jawapan. Aku menghantar mesej memohon maaf kepadanya. Sambil aku menunggu bas dan melihat telefonku namun aku kecewa kerana dia tidak membalas mesejku. Dalam keadaan kecewa aku terus menaiki bas. 
*****
Malam tadi tidurku tidak lena. Bangun sahaja dari tidur pagi ini aku terus melihat telefonku. Ada satu mesej yang belumku baca. perlahan-lahan aku membuka mesej itu. 'Saya minta maaf pasal semalam saya terus balik apabila mendengar penjelasan awak. Saya tahu yang saya terburu-buru tanpa memikirkan cita-cita dan impian awak. Kalau awak tak kisah boleh saya jadi kawan awak.' Selesai sahaja aku membaca mesej tersebut aku terus membalasnya. 
Dia juga menyatakan bahawa novel baruku telah terjual. Aku terus mencapai tuala untuk mandi. "Zul, siapa mesej tu. Awek ke?" Ketika aku menuju ke bilik mandi rakan serumahku menengurku. "Taklah, kawan sahaja. Dia kata novel baruku sudah ada di pasaran." Kataku sambil menuju ke bilik mandi. "Assalamualaikum." Dari dalam bilik mandi aku mendengar suara seseorang memberi salam. Aku juga mendengar suara Azlan menjemput orang itu masuk. Selesai mandi aku terus keluar dan berjalan ke arah bilik. Aku lihat rakanku Fikri datang. "Fikri, kenapa datang pagi-pagi ni. Tak ada kelas ke?" Aku terus menegurnya ketika menghampiri pintu bilik. "Zul, kelas dibatalkan pagi ni." Fikri memberitahuku dari luar bilik. 
Aku keluar dari bilik dan menyiapkan sarapan pagi. Aku lihat rakan serumahku bersiap untuk pergi ke kelasnya. "Lan, tak sarapan dulu ke?" Aku mengajak rakan serumahku sarapan. "Maaflah Zul, aku kena cepat. Assalamualaikum." Azlan terus keluar dari rumah. 
"Engkau semalam pergi mana?" Fikri memulakan bicaranya sambil minum. "Aku pergi jumpa Asrina semalam." Jawabku ringkas. "Engkau sudah beritahu dia jawapan kau?" Sambung Fikri lagi. "Aku sudah jelaskan kepadanya. Pada mulanya dia diam sahaja dan terus pergi. Baru je tadi dia mesej dan kami bersetuju untuk menjadi kawan sahaja. Dia juga beritahu aku yang novel baruku sudah ada di pasaran." Jelasku lagi.
"Bagaimana pula dengan Azrin. Dia juga menunggu jawapan dari kau. Aku dengar dia rakan sekolah dulu." Fikri menambah air di dalam gelasnya. Aku masih lagi berfikir. "Nantilah aku jumpa dia." Kataku ringkas. Aku membiarkan Fikri minum air yang telahku buat. Aku pergi ke dalam bilik dan melihat telefonku. 
"Fikri, petang ni ada kelas ke?" Aku tanya kepada Fikri dari bilik. "A'ah! Zul." Jawabnya. "Zul, aku balik dulu. Nak bersiap." Sambungnya lagi. Aku juga bersiap-siap untuk pergi ke kelas.
*****
Petang ini suasana di kampus tidak seriuh pada waktu pagi. Oleh kerana jam baru sahaja satu setengah petang, aku dan Fikri mengambil kesempatan untuk pergi ke kantin. Kelas petang ini pada jam dua petang, jadi kami ada masa setengah jam lagi untuk makan tengahari. Selesai sahaja makan kami terus ke bilik kuliah. 
Selesai sahaja kelas aku dan Fikri mengambil keputusan untuk balik ke rumah sewa sahaja. Banyak juga tugasan yang diberikan oleh pensyarah tadi. Aku perlu siapkan secepat mungkin. Hujung minggu ini aku dan Fikri merancang untuk menyiapkan tugasan bersama-sama. Tidak lama lagi akan tiba musim Final Exam. Maka aku harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaranku. Aku juga menghentikan sementara penulisanku.
Aku melihat ada satu mesej dari telefonku. Mesej tersebut mengajakku bertemu. Aku tahu inilah mesej yang aku tunggu-tunggukan. Aku berjanji dengannya akan bertemu pada hari Ahad ini. "Siapa mesej? Awek kau ke?" Aku dikejutkan dengan teguran dari rakanku Fikri. "Azrin mesej. Dia nak jumpa aku hari Ahad ini." Jawabku tanpa teragak-agak. Aku tahu Fikri sudah membaca mesejku dari jauh.
Sampai sahaja di rumah sewa aku terus ke bilik dan mencapai tuala untuk mandi. "Zul, hujung minggu ini engkau balik kampung ke?" Rakan serumahku bertanya kepadaku sejurus sahaja aku selesai mandi. "Taklah Lan, aku ada tugasan yang perlu disiapkan sebelum exam." jawabku sambil membuat air minuman. 
Aku mengambil tempat di sebelahnya di ruang tamu. Dari jauh aku mendengar bunyi deringan telefonku. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menjawab panggilan tersebut. Sejurus sahaja menjawab panggilan aku terus bersiap-siap untuk keluar.
"Engkau nak pergi mana Zul?" Azlan bertanya kepadaku dengan hairan. "Aku nak keluar kejap. Fikri ajak aku keluar." Aku menjawab dan terus membuka pintu rumah.
Sampai sahaja tempat yang dijanjikan aku terkejut. "Maaflah Zul, Asyikin kata dia orang ajak kita keluar makan. Tu yang aku call kau." Aku hanya terdiam sahaja. Kami memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak. Aku tidak begitu banyak berborak dengan mereka dan memilih untuk diam sahaja.
Makanan yang kami pesan telah pun sampai. Kami berhenti berborak dan menghadap makanan yang baru sahaja sampai. Tanpa sebarang katapun kami menjamah makanan di hadapan kami. 
*****
Hujung minggu telahpun tiba, seperti yang dijanjikan oleh kami berdua Fikri. Kami akan membuat tugasan pada hari ini. Fikri telah sampai pada awal pagi tadi, sejurus sahaja Azlan balik ke kampungnya. Aku membuat sarapan pagi dan menyambut Fikri datang. 
"Mana Lan?" Fikri bertanya kepadaku. "Lan balik kampung hujung minggu ini." Aku menjawab pertanyaannya. Kami berborak sambil minum pagi. Selepas itu Fikri mengeluarkan laptopnya. Aku terus masuk ke dalam bilik dan mengambil laptopku. “Ri, engkau tidur sini malam ni.” Aku mengajak Fikri tidur bersamaku pada malam ini. “Boleh juga. Kebetulan rakan serumahku sudah balik kampung.” Balasnya lagi.
“Engkau jadi ke jumpa Azrin esok?” Kata Fikri lagi. Aku hanya mengangguk kepalaku sahaja. Fikri balik ke rumah sewanya dan membeli makanan. Aku pula mengemas rumah dan menyediakan air minuman. Sementara menunggu Fikri, aku membuka laptopku dan menyambung tugasanku. Sambil membuat tugasan aku melihat juga telefon. Ada satu mesej yang belum di baca. Aku membaca mesej itu. 
"Assalamualaikum, Zul." Aku terdengar satu suara yang memberi salam dan mengetuk pintu rumah. Aku terus pergi membuka pintu dan mendapati rakanku Fikri. "Engkau Fikri, ingatkan siapalah tadi." Fikri masuk dan meletakkan makanan di atas meja. "Jom kita makan dulu. Lepas tu baru sambung balik tugasan." Fikri mengajakku makan.
Malam ini aku ditemani oleh rakanku Fikri. kami sama-sama membuat tugasan. Lewat juga kami tidur kerana menghabiskan tugasan kami. 
*****
Pagi ini aku bangun awal kerana ada temujanji. Aku lihat Fikri telahpun bersiap untuk balik ke rumah sewanya. Aku terus mencapai tuala dan mandi. Aku bersiap-siap dan terus keluar menunggu bas untuk menuju ke Pusat Bandar. Lama juga aku tunggu bas. Oleh kerana terlalu lama aku terus menahan teksi untuk menuju ke Pusat bandar.
Sampai sahaja aku ke Pusat Bandar aku terus memasuki sebuah Mall yang telah dijanjikan. Lama juga aku menunggu di tempat rehat. "Assalamualaikum, lama dah menunggu. Maaf lambat." Aku mendengar suara memberi salam. Aku terus menoleh ke arah suara tersebut. "Tak apalah, saya pun baru sahaja sampai. Apa kata kita sarapan dulu." Kataku lagi dan mengajaknya sarapan pagi.
Kami bersarapan pagi di sebuah Restoran yang terletak di dalam Mall tersebut. Aku perlu berterus terang. Namun aku tidak mahu sejarah berulang. Kami memesan minuman dan makanan. 
Dia masih lagi diam tanpa kata-kata. "Bagaimana dengan pelajaran awak?" Aku memulakan pertanyaan kepadanya. Dia menjelingku dan berkata. "Biasalah, banyak sangat tugasan. Tak lama lagi Final Exam. Jadi kena fokus untuk ulangkaji dan membuat tugasan. 
Aku akui apa yang dia luahkan. Sememangnya sibuk dengan pelajaran pada masa ini. Makanan dan minuman yang kami pesan telahpun sampai. Kami menjamah dahulu makanan dalam keadaan senyap. 
"Mengenai jawapan yang awak pernah tanya kepada saya dulu. Saya ingin berterus terang kepada awak." Selesai sahaja menjamah makanan aku terus membuka sesuatu kata yang selama ini aku pendam. Namun aku cuba meneruskan kata-kataku. "Bukan saya tidak suka. Seperti apa yang awak ceritakan dulu ketika kita bersekolah, saya ada menaruh perasaan terhadap awak. Namun saya pendamkan sahaja ketika itu." Aku seperti hilang kata-kata pula apabila menatapnya.
"Tetapi, kini kita sama-sama menuntut dan perlu fokus kepada pelajaran kita masing-masing untuk membina masa depan kita. Saya harap awak faham apa maksud saya." Aku menghabiskan kata-kataku penuh berhati-hati. Aku tidak sanggup menatapnya.
"Saya faham apa yang awak katakan itu. Saya cuma mahukan kepastian sahaja kerana saya takut yang saya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja." Satu luahan yang begitu menarikku. 
Selepas pertemuanku dengan Azrin membuatku rasa satu perasaan yang aku sendiri tidak faham. Apabila aku balik dari pertemuan itu aku terus merehatkan diri dalam bilikku. 
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam dan mengetuk pintu rumah. Aku terus membuka pintu dan mendapati rakanku Azlan balik dari kampung. Banyak juga barang yang dia bawa balik. Aku membantunya membawa semua barang ke dalam rumah. 
Aku terus membuat air dan menyerahkan kepadanya. "Banyak barang dari kampung, Lan." Aku memulakan kata-kataku. Kami berbual sambil minum. 
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam dan ketukkan pintu rumah. Aku membuka pintu rumah dan memperlawa rakanku Fikri masuk. "Lan, bila engkau balik?" Fikri bertanya kepada Azlan. "Baru je balik." Azlan menjawab pertanyaan Fikri sambil mengemas barangnya. Aku menghidangkan Fikri minuman.
"Zul, bagaimana hubungan engkau dengan Azrin?" Fikri membuat pertanyaan yang begitu pedih buatku. Aku cuba mengelak dari persoalan itu. "Takkanlah engkau menolak kot." Sambung Fikri lagi. "Aku masih belum bersedia lagi. Aku perlu fokus kepada pelajaran. Dia pun juga masih belajar dan perlu fokus kepada pelajarannya." Panjang lebar aku jelaskan kepada Fikri. Fikri hanya tersenyum sahaja. "Jadi engkau tidak menolaklah hubungan engkau dengan Azrin?" Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasanku. 
"Itu aku tak dapat nak jelaskan. Kalau ada jodoh, adalah." Aku menjawab pertanyaannya lagi. Aku lihat dia seperti memahami apa yang aku katakan. 
Kini aku hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan misiku untuk menulis karya-karya baru. Itulah yang harus aku fikirkan. 
Fikri memahami matlamatku. Dia sudah tidak lagi bertanya. Aku lihat dia telah faham apa yang telahku sampaikan kepadanya. Kami masih berborak. Fikri memohon diri untuk balik ke rumah sewanya. Tinggallah aku seorang diri. Aku memerhati gelagat rakan serumahku. Dia berada di dalam bilik. 
"Lan, engkau buat apa?" Aku menghampirinya. Dia separuh terkejut dengan sapaanku.. "Aku tengah buat tugasan. Apa kau borak dengan Fikri tadi. Aku dengar engkau ada girlfriend. Betul ke?" Aku hanya tersenyum dengan apa yang dia katakan. 
Aku terus membuka laptopku dan menyambung tugasanku. Aku melihat telefonku dan membuka mesej yang belumku baca. Aku hanya tersenyum sahaja apabila membaca mesej. "Zul, kenapa tersenyum? Mesej dari girlfriend ke?" Aku hanya menjeling sahaja ke arah Azlan. 
*****
Sudah menjadi rutin harian kami, pada hari ini aku pergi ke kampus. Hari ini aku menghantar tugasan yang telah diberikan. Ketika aku berehat di pondok rehat aku terserempak dengan Azrin dan rakan-rakannya. Aku hanya tersenyum sahaja.
"Apa kau pandang tu?" Aku terkejut dengan sapaan rakanku Fikri. "Aku pandang dia orang tu." Dengan muka terkejut aku memberitahu Fikri. "Ooo. Azrin dan rakan-rakannya. Jomlah kita tegur mereka." Kata Fikri dan mengajakku mendekatinya mereka. 
Selepas sahaja pertemuanku dengan Azrin aku dapat merasai satu perasaan yang tidakku duga. Namun aku pantas menghindari perasaan tersebut. Aku perlu berusaha meneruskan impianku dan seterusnya mencapai cita-citaku untuk menjadi novelis pada masa akan datang. 
**Tamat**
19/12/2021
Ahad
10:03 pagi
Royal Brooke