Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Friday, June 17, 2011

BUKU MOTIVASI DIRI(PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN)

MOTIVASI 2
PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN 


            Terdapat enam faktor kecemerlangan iaitu PERSEKITARAN BELAJAR YANG SESUAI. Persekitaran semasa belajar mestilah TIADA GANGGUAN, SELESA, mempunyai CAHAYA MATAHARI yang baik, pelajar juga boleh MENAMPAL GAMBAR untuk ketenangan minda.
           Selain itu pelajar yang cemerlang perlu MOTIVASI dan mempunyai SIKAP POSITIF YANG TINGGI. Di dalam memotivasikan diri pelajar perlu mempunyai PENGALAMAN, DORONGAN dari ibubapa, menCARI KEPERLUAN untuk menjadi cemerlang dan juga pelajar perlu ADAKAN MATLAMAT. Untuk mencapai sesuatu matlamat seorang pelajar perlu mempunyai usaha yang gigih.
           Di samping itu, seorang pelajar juga perlu ada STRATEGI BELAJAR YANG EFEKTIF. Strategi belajar in bermaksud sikap pelejar yang efektif. Pelajar yang efektif perlu mempunyai MATLAMAT YANG JELAS, CARA MEMBACA yang betul, CARA MEMBUAT NOTA, CARA BERFIKIR, CARA BELAJAR yang berkesan dan CARA MENDENGAR.
HALAMAN 4

Wednesday, June 15, 2011

Pejuang(BAHAGIAN KHAS) Sajak Akhir

Pejuang,
Pahit getir kau hadapi;
Menhadapi perjuangan ini,
Memperjuangkan jiwa dan raga.

Pejuang,
Engkaulah wiraku;
Engkau tak putus asa,
Berjuang demi Negara dan bangsa.

Pejuang,
Walaupun kau sudah tiada;
Namun namamu tetap ada,
Namun jasadmu masih ada.

Pejuang,
Kau tetap dikenang;
Dikenang kerana jasamu,
Jasa yang tiada ternilai.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 27

Jiwa(BAHAGIAN KHAS)


Indah sungguh pagi ini,
Seperti indahnya jiwa ini;
Angin yang bertiup di pagi ini,
Mengindahkan lagi jiwa ini.

Bila jiwaku indah,
Tidakku tahu keindahan hatiku;
Bila kukenangkan hidup ini,
Ada yang pahit dan ada yang manis.

Pahitnya rasa tidak dapat ditelan,
Bila hati ini mengharungi cabaran;
Akan tetapi bila kukenang,
Manisnya rasa semanis madu.

Kuingin menenangkan jiwa,
Jiwa yang dikenang tak habis jua;
Kerana terlalu panjang seperti pokok pinang,
Sungguh susah ingin dilupakan.

Jiwa ini,
Penuh naluri yang tak ternilai;
Bagaimana mahu kuhindari,
Segala yang dihadapi.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 26

Hidup Ini(BAHAGIAN KHAS)

Indahnya hidup ini,
Hidup yang pelbagai onak;
Onak ranjau yang mencabar,
Mencabar jiwa untuk bersyukur.

Hidup ini,
Walaupun Kau bersifat sementara;
Tetapi kau seperti selamanya,
Hakikatnya kau sementara.

Hidup ini,
Hidup yang penuh cabaran;
Cabaran yang mencabar,
Bersedialah untuk menempuhinya.

Hidup ini,
Hidup yang penuh dugaan;
Dugaan yang tak disangka,
Ia akan datang sendiri.

Manusia,
Kau perlu bersabar;
Bila menempuhi cabaran,
Cabaran dan dugaan hidup ini.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 25

Hujan(BAHAGIAN KHAS)

Hujan,
Kau turun membasahi bumi;
Kau turun memberi rezeki,
Kau turun atas kehendak Ilahi.

Hujan,
Kau turun berserta kilat;
Kau turun berserta angin,
Sehingga pokok melambai-lambai.

Hujan,
Kau sumber rezeki;
Rezeki yang dianugerahi,
Dianugerahi oleh Ilahi.

Hujan,
jika tiadamu;
Munusia akan pupus,
kerana haus.

Hujan,
Kau turun memberi rahmat dan rezeki;
Rahmat dari Ilahi,
Rezeki dari Ilahi.

Zulkaini
03.04.2007
HALAMAN 24

Kehidupan(BAHAGIAN KHAS)

Hidup ini,
Penuh dengan cabaran;
Ombak yang mengila,
Memusnahkan lautan.
Hidup ini,
Penuh liku-liku;
Liku-liku yang pelbagai,
Ada yang pahit, ada yang manis.

Hidup ini,
Begitu pahit denga dugaan;
Dugaan yang tidak dapat di tahan,

Walaupun pokok yang tinggi,
Ia akan tumbang juga bila ditiup angin kencang.

Kehidupan ini,
Ibarat laut yang luas;
Adanya laut adanya ombak,
Begitu juga hidup ini adanya kematian.

Zulkaini
03.04.2007
HALAMAN 23

Merdeka(BAHAGIAN KHAS)

Merdeka,
Ertinya bebas;
Bebas ibarat burung yang bebas,
Bebas dari belenggu yang membelenggu diri.

Merdeka,
Saat itu aku tiada;
Akan tetapi aku kenal,
Sehingga kini.

Merdeka,,
Sudah 50 tahun Negaraku merdeka;(2007)
Bebas dari penjajah,
Keranamu pejuang.

Zulkaini
07.03.2007
HALAMAN 22

Saturday, June 11, 2011

(Untuk Renungan) KEHIDUPAN MANUSIA

Angin bertiup kencang,
Kilat memancar menerangi bumi;
Guruh sabung-menyabung,
Hujan turun dengan lebat sekali.

Air mengalir terus membentuk sungai,
Sungai mengalir terus ke Laut;
Laut bergelora menahan ombak,
Ombak memukul sehingga ke Pantai.

Hidup juga penuh cabaran,
Cabaran yang perlu diharungi;
Diharungi dengan penuh dugaan,
Dugaan yang datang tidak dipeduli.

Jangan dipeduli,
Tetapi mencari;
Mencari jalan penyelesaian,
Penyelesaian untuk terus hidup.

Hidup ini sungguh perit,
Bila mencari kehidupan;
Tentu akan menempuhi ombak,
Ombak itu adalah kematian.

Zulkaini
04/04/2007

HALAMAN 1

KAWAN

Kusebut namamu,
Tentu kausetia.

Kusebut namamu,
Tentu kaujujur.

Kusebut namamu,
Tentu kauamanah.

Kaukawanku,
Mesti setia;
Jujur dan,
Amanah.

Zulkaini
04/05/06

Friday, June 10, 2011

DADAH

Dadah,
Musuh semua.

Dadah,
Perosak bangsa.

Dadah,
Pencemar Negara.
Dadah,
Pembunuh nombor 1.

Zulkaini
04/05/06

Jasa Guruku

Guruku kau ibarat,
Lilin yang membakar diri;
Menerangi kegelapan malam,
Tak peduli dirimu lagi.


Guruku Kau,
Memberikan segala-galanya;
Tak kira waktu,
Kau tetap berkhidmat.

Guruku,
Kau tak jemu;
Memberi khidmat,
Kepada sesiapa saja.

Guruku,
Kau tak jemu;
Memberi tunjuk ajar,
Kepada anak didikmu.

Zulkaini
01/05/06

PAHLAWAN

Kusebut namamu,
Semuanya kenal;
Keranamu seorang,
Pahlawan.

Kesebut namamu,
semua tertanya-tanya;
Keranamu seorang,
Pahlawan.

Pahlawan,
Engkau pergi;
Meninggalkan nama,
Nama yang harum.

Pahlawan,
Engkau pergi;
Disebut orang,
Keranamu adalah perjuang.

Pahlawan,
Engkau pergi;
Meninggalkan kesan,
Kesan yang mendalam,
Keranamu pahlawan.

Zulkaini
24/04/06

KAUPERGI MENINGGALKAN NAMA(Sajak Untuk Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba)

Manusia insan yang lemah,
Tidak dapat menahan kehendak;
Kehendak Tuhan yang esa.

Adakalanya manusia kalah,
Kalah menahan maut;
Maut yang datang tak siapa tahu,
Kerana maut kehendak Tuhan.

Ada yang pergi meninggakan,
Meninggalkan harta;
Meninggalkan pangkat,
Meninggalkan keturunan.

Tetapi kaupergi meninggalkan,
Meninggalkan nama;
Nama yang disanjung,
Disanjung oleh dunia.

Kerana kegagahanmu,
Memimpin rakyat;
Membimbing bangsa.

Zulkaini
23/04/06

Guruku

Guruku,
Tak jemu memberi pengajaran;
Tak jemu memberi petunjuk,
Tak jemu mengajarku.

Guruku,
Engkau berkhidmat memberikan;
Segala ilmu yang ada padamu,
Penuh dengan keikhlasan.
Guruku,
Engkau sungguh berjasa;
Mendidikku tanpa jemu,
Sehingga aku berjaya.

Zulkaini
19/04/06

KANAK-KANAK





Kanak-kanak,
Anugerah Tuhan;
Kepada sesiapa saja,
Untuk menyerikan kehidupannya.

Tetapi megapa,
Ada manusia yang tidak bersyukur;
Setelah dianugerahkan,
Seorang anak.

Mengapa manusia,
Bersikap kejam;
Terhadap kanak-kanak,
Yang tidak mengerti.

Mengapa manusia,
Sanggup membuang;
Kanak-kanak yang dilahirkan,
Yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Mengapa tidak,
Menyayanginya;
Membelainya,
Mendidiknya.

Zulkaini
17/04/06

REMAJA

Remaja,
Sedarkahkau;
Duniamu hanya sekali,
Tidak akan berulang lagi.

Remaja,
Sedarkahkau;
Kau perlu memanfaatnya,
Supayakau akan dapat apa yang kaucari.

Remaja,
Sanggupkahkau;
Terjebak dalam,
Perangkap dadah.

Remaja,
Sanggupkahkau;
Melihat ibu-bapamu,
Menangis keranamu.

Rmaja,
Sedarlah;
Bahawa masa itu emas,
Lakukan perkara yang brfaedah,
Dalam usia remajamu.

Zulkaini
17/04/06

DUNIA

Dunia,
Kau membuat manusia leka;
Leka dengan tanggungjawab,
Tanggungjawab terhadap agama.

Dunia,
Mengapakau mahu manusia leka;
Leka mengejar kekayaan,
Kekayaan dunia hingga lupa,
Kekayaan akhirat.

Dunia,
Mengapakau mahu manusia leka;
Leka mengejar harta dunia,
Harta yang sementara.

Dunia,
Tentukau tahu;
Kau hanya sementara,
Kau hanya seketika saja.

Dunia,
Tentukau tahu;
Kau akan musnah,
Kau akan hancur.

Zulkaini
17/04/06

KENAPAKAU MANUSIA

Kenapakau manusia,
Tidak sedar dalam mimpi;
Mimpi yang memerangkapmu,
Ke alam yang durjana.

Kenapakau manusia,
Tidak sedar lagi;
Hidup di dunia ini,
Hanya sementara saja.

Kenapakau manusia,
Tidak sedar lagi;
Agama yang suci,
Islam yang benar
 Kenapakau manusia,
Tidak sedar lagi;
Tuhan yang satu,
Tuhan yang besar.

Kenapakau manusia,
Tidak sedar lagi;
Tuhan yang berkuasa,
Allah satau-satunya Tuhan kita.

Zulkaini
17/04/06

BUNGA RAYA

Bunga raya,
Bunga kebangsaan Malaysia;
Bunga kebanggaannya,
Bunga kemegahannya.

Bunga raya,
Lima kelompak;
Lambang rukun Negara,
Kemegahan Negara.

Bunga raya,
Satu warna;
Lambang perpaduan Negara,
Kaya dengan kaum dan agama.

Bunga raya,
Bunga yang mulia;
Bunga yang kaya,
Bunga yang setia.

Zulkaini
15/04/06

PERTEMUAN

Pertemuan,
Satu perkataan yang indah;
Tidakku dapat melupakannya,
Kerananya aku tidak sunyi.

Pertemuan,
Tidak disangka;
Selepasmu ada lagi perkataan,
Perpisahan itulah dia.

Inginku ketahui mengapa ada perpisahan,
Tetapi tiada jawapan;
Hanya aku tahu antara mereka,
Adalah ada kaitan.

Tetapku mengharap,
Selepas perpisahan itu;
Ada lagi pertemuan.

Zulkaini
14/04/06

ILMU

Ilmu,
Engkaulah yangku cari selama ini,

Ilmu,
sekarang sudahku temui.

Ilmu,
Tetapi sekarang engkau belum mencukupi.

Ilmu,
Aku akan terus mencarimu.

Zulkaini
13/04/06

Persahabatan


Ibarat bunga yang berkembang,
Menghasilkan madu untuk sekawan lebah;
Dia datang apabila gembira,
Dia datang apabila sedih,
Itulah sahabat sejati.

Ingin berdoa untuk kesejahteraannya,
Semoga hidup dirahmati-Nya;
Tidakku mahi kehilangannya,
Keranaku tahu dia setia.

Tetapi takdir Ilahi menentukannya,
Kehilanganmu bukan selama-lamanya;
Kerana kehilanganmu mempunyai tujuaan,
Tujuanmu hanya satu,
Menuntut ilmu di rantau orang.

Zulkaini
12/04/06

MAULIDULRASUL

Maulidulrasul,
Hari yang bahagia;
Kelahiran seorang rasul,
Muhammad namanya.
Maulidulrasul,
Ulang tahun rasul kita;
12 Rabiulawal,
Menjadi saksi setiap tahun.
Tanggal 12 Rabiulawal,
Pada setiap tahun;
Hari yang mulia,
Sambutan pemuh kemeriahan.
Pendidikan menjana ummah,
Tema Maulidulrasul tahun ini;(2006)
Kerajaan berharap rakyat mengerti,
Apa yang ingin dcapai.
Zulkaini
12/04/06

Sedarkahkau Manusia

Sedarkahkau manusia,
Ketamakkankau menghansurkannya;
Dunia yang penuh dengan keganasan,
Keganasan yang menyeksakan isinya.
Sedarkahkau manusia,
Segala-galanya yang dilakunya;
Bukan kehendakmu jua,
Tetapi kehendak musuh kita.

Sedarkahkau manusia,
Siapakah musuh kita?;
Sudah tentu kita tahu,
Syaitan itu musuh kita.
Jadi fikirkan,
Apa yang perlu kita lakukan;
Doa perlindungan saja,
Kepada Allah kita minta.

Zulkaini
11/04/06

Kesepian Hidupku

Bilaku renung kembali,
Sejarah hidupku ini;
Sudah tentu hatiku kini,
Sedih kerana terharu ini.

Bilaku ingat kembali,
Bertapa hati ini;
Terasa terharu,
Apabila mengingatinya.

Kini diriku sudah sepi,
Kenangan yang lalu;
Hanya tinggal sejarah,
Kesepian hatiku kini,
Kerana permergiaan dua insan yang dikasihi.

Dulu mereka ini,
penyeri hidup ini;
Apabila aku dahagakan,
Kasih sayang darinya.

Tetapi kini dia sudah pergi,
Pergi bukan bererti berpisah;
Tetapi pergi menyahut seruan Ilahi,
Dia pergi buat selama-lamamya.

Kini  diriku  sudah sepi;
Tiada lagi tawa gembiraku;
Hanya senyum dapatku lemparkan,
Pada semuanya.

24/10/2005
Zulkaini

Wednesday, June 8, 2011

Kesedaranku

Kiniku sedar,
Dimana hatiku;
Kiniku sedar,
Bertapa peritnya diriku.

Kesedaranku,
Di alam yang nyata;
Hnaya diriku yang tahu,
Akan kenyataannya.

Ini adalah hakikatnya,
Hidup yang serba moden;
Setiap manusia muncul melakukan kejahatan,
Tak kenal siapa yang menjadi mangsa kekejaman.

Hakikat ini adalah nyata,
Sudah tiada keperimanusiaan;
Di bumi yang fana,
Hanya dengan kejahatan.

Kini sudah tak kenal lagi,
Siapa yang berkuasa;
Sudah lupa kini,
Segalanya dipenuhi dengan dosa.

24/10/2005
Zulkaini

Diariku

Engkaulah aku,
Engkaulah diriku;
Engkaulah teman dukaku,
Engkaulah tempatku luahkan.
Engkau adalah penyjukku,
Engkau jugalah racunku;
Hanya kaulah penawarnya,
Seagala isi hatiku di dalam gengamanmu.
Engkau kutatap setiap hari,
Segala luahanku di dalam hatimu;
Apa yang ada padamu adalah rahsiaku,
Hanya kau dan aku saja yang tahu.
Hanya kau saja yang faham segala masalahku,
Engkau tempatku mencari penyelesaian;
Sagala masalah yang dihadapiku,
Aku akan menyelesaikannya.


Tiada yang rahsia bagiku lagi,
Segalanya telah diluahkan;
Hanya kepadamu yang mengerti,
Segala-galanya yang aku luahkan.


24/10/2005
Zulkaini

Ramadhan

Ramadhan hari mulia,
Hormatilah harinya;
Ia adalah hari ujian untuk semua,
Adakah dapat makhluk buktikannya.

Ramadhan hanya muncul setahun sekali,
Ia tak datang berkali-kali;
Hargailah hari ini,
Supaya kita dapat keberkatan dari Ilahi.

Ramadhan jika disempurnakan,
Dengan amalan yang mulia;
Sudah tentu kita temui satu jalan,
Itulah jalan yang bahagia.

Carilah satu malam,
Di bulan ramadhan ia muncul;
Hanya untuk semalam,
Itulah malam Lailatur-Qadar bersamaan dengan seribu bulan.

Ramadhan,
Selepas bulan ini;
Muncul satu bulan,
Itulah bulan yang baik,
Bulan itu adalah bulan kemenangan,
Bulan syawal itulah dia.

Jadi banyakkan amal dibulan ini,
Supaya dapat segala yang kurang;
Jangan takut mahu lakukan,
Syaitan jin dan iblis semua diikat oleh Tuhan.
Tiada segala hasutannya,
Di bulan ini;
Dapat kita hidu aman,
Apabila bulan ini muncul.

24/10/2005
Zulkaini