Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Wednesday, September 5, 2018

Cerpen Peluang Terakhir

"Peluang Terakhir"

Hari pertama aku melangkah kakiku di bandar, aku rasa berbeza kerana selepas ini aku akan menjalankan kehidupan bersendirian diperantauan.

       "Rina......." Muncul satu panggilan dari sahabatku. Aku tahu dia sudah lama menungguku. Aku menghampirinya lalu bersalaman dengannya. "Ira, Engkau apa khabar?" Tanyaku ringkas. "Aku sihat sahaja. Aku laparlah, jom kita makan dulu." Katanya lagi. Aku cuma mengangguk sahaja dengan ajakkannya.

       Kami mencari tempat makan. Dalam perjalanan, kami tidak banyak berbual. Kami berhenti dan memasuki sebuah kedai makan lalu mengambil tempat duduk. Aku dan Ira telah kenal lama, semenjak dari sekolah lagi. Kami tinggal satu kampung. Selepas habis sekolah Ira mendapat kerja di sebuah Syarikat di bandar manakala aku pula berada di kampung sehinggalah aku berhijrah ke bandar untuk bertemuduga di Syarikat tempat Ira bekerja. Aku sentiasa berdoa agar aku akan mendapat kerja ini.

       Selesai sahaja makan, Ira membawaku ke rumah sewanya. Aku hanya mengikutinya sahaja. Rumah sewa Ira tidak jauh dari tempat Ira bekerja. Sampai sahaja kami di rumah sewa, Ira menunjukkan aku bilik tidur. "Rina, ini bilik tidur kau. Letak saja beg kau dalam bilik tu." Katanya sambil menunjukkan bilik itu. Aku hanya mengangguk sahaja.

       Pagi ini terasa segar. Aku lihat Ira sedang memasak sarapan di dapur. Aku terus ke dapur untuk membantu Ira menyediakan sarapan. "Rina, kau dah siapkan fail untuk temuduga?" Timbul satu pertanyaan Ira kepadaku. "Alhamdulillah, semuanya sudah siap." Jawabku pendek.

        Selesai sahaja bersarapan Ira membawaku ke Syarikatnya. Tanpa sepatahpun pertanyaan dariku. Aku hanya memikirkan persoalan yang timbul dalam benak hatiku sahaja. Aku berharap sangat semoga temuduga ini berjaya.

        Dengan perasaan yang bimbang dan takut aku gagahkan juga kakiku untuk melangkah ke dalam bilik penemuduga. Aku sembunyikan perasaan gemuruhku. Aku menggunakan segala yang diajar oleh Ira kepadaku semalam.

       Selang 10 minit masa berlalu aku masih lagi di dalam bilik temuduga. Pelbagai soalan yang diajukan kepadaku. Semuanya aku jawab dengan tenang dan memuas hati penemuduga yang berada di depanku.

        Setelah selesai, akupun keluar dari bilik temuduga. Kelegaan dapatku rasai setelah berjaya melepasi sesi temuduga. Tidakku sangka bahawa pihak Syarikat memilihku dan aku akan mula bekerja bersama Ira pada keesokkan harinya.

       Waktu masih terlalu awal kerana Ira belum lagi habis kerja. Aku pergi ke cafe yang terletak di tingkat bawah. Ketika dalam perjalanan ke cafe tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rupanya kawanku Ira yang menghubungiku dan menyatakan bahawa dia menungguku di cafe. Aku mempercepatkan langkahku untuk ke cafe. Setelah tiba di cafe aku melihat kawanku melambai-lambai ke arahku. Aku menghampirinya.

       "Rina, bagaimana dengan temuduga tadi?" Tanya Ira. Dalam kepenatan aku duduk sambil menjawab pertanyaannya "esok aku boleh mula kerja." Jawabku ringkas. "Kalau begitu esok kita pergi bersama-samalah." Cadang Ira kepadaku. Aku bersetuju dengan cadangannya.

        Selesai sahaja Ira habis kerja, aku dan Ira terus balik ke rumah sewa. Aku lihat Ira dalam keadaan keletihan. Dia terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat. Aku membiarkan Ira berehat. Dalam keadaan letih aku masuk ke dalam bilik dan terus mencapai tuala untuk mandi. Selesai sahaja mandi aku terus menunaikan solat fardhu asar.

         Aku pergi ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam. Di dapur aku mendapati Ira lebih dulu memasak makan malam. "Rina, jom makan." Ajak Ira. "Aku ingat nak masak tadi. Kau bila pula pergi ke dapur?" Kataku pula. "Baru saja keluar dari bilik. Aku panaskan saja makanan yang kita beli tadi." Jawab Ira.

       Selesai sahaja makan, kami terus bersama-sama mencuci pinggan-mangkuk yang kami gunakan. Ira terus menerangkan kepadaku tentang tugas yang bakal aku tempuhi esok. Aku mengangguk tanda faham dengan penerangannya.

        Hari ini adalah permulaan bagiku bekerja sebagai pembantu di Syarikat AH Industri Berhad. Aku dan Ira kerja sebagai pembantu di bawah pemasaran Syarikat.      Hari ini kami pergi ke Syarikat dengan menaiki motosikal milik Ira. Sampai sahaja di Syarikat aku terus mencari Ketua Unit pemasaran. Sebelum aku mula diberi tugas. Manakala Ira pula terus masuk ke dalam pejabat untuk memulakan tugas.

         Sebelum aku diperkenalkan kepada staf yang bertugas di situ, ketua pemasaran menerangkan kepadaku beberapa tugas. Aku terus di bawa ke pejabat untuk diperkenalkan kepada staf yang lain.

******************

          Azizul Hafiz berlega-lega di ruang menunggu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Dia menunggu pemandunya yang belum lagi sampai. "Maaf encik... Traffic jam tadi." Suara pemandu mengejutkannya. Azizul terus bergerak mengekori pemandunya. Azizul di bawa oleh pemandunya ke rumah kediaman Tan Sri Arifin Husni.

          "Assalamualaikum, mama." Azizul Hafiz memberi salam sejurus sahaja sampai di muka pintu rumah. Tidak lama kemudian kelihatan seorang perempuan tua menjawab salamnya. "Waalaikumussalam, Zul dah sampai. Marilah masuk." Jawab perempuan itu lalu memanggil pembantu rumahnya.

            Azizul Hafiz duduk di atas sofa melepaskan kepenatan. Pembantu rumah membawa segelas air kepadanya. "Zul, naiklah ke atas lepas tu pergi mandi. Nanti mama siapkan makanan." Kata mamanya. Azizul Hafiz hanya mengangguk dan mengikut arahan mamanya itu.

          "Zul, mari turun ke bawah, kita makan bersama-sama." Ajak Ibu Azizul Hafiz sambil mengetuk pintu biliknya. Daun pintu bilik di buka. Azizul Hafiz turun dan menuju ke meja makan. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan ayahnya. "Zul, mulai esok kamu boleh ambil alih urusan Syarikat." Kata ayahnya. Azizul masih lagi berfikir. 'Apa yang harus aku lakukan.' Bisik Azizul Hafiz.

           Azizul Hafiz masih lagi berfikir cadangan ayahnya itu. Sekiranya dia menolak maka punahlah harapan ayahnya untuk menjadikannya pewaris tunggal. "Zul, apa keputusan kamu dengan cadangan ayah tadi." Ibunya muncul dari dapur dan membawa secawan kopi untuknya. Azizul Hafiz masih lagi termenung. Dia terkejut dengan kehadiran ibunya.

            Tanpa disedari oleh Azizul Hafiz ayahnya menghampirinya dan ibunya di ruang tamu. "Ayah faham kamu masih penat kerana kamu baru sahaja balik ke sini." Ayahnya mula membuka bicara. "Kamu berfikirlah dulu dan duduk berehat dulu. Kalau kamu sudah bersedia barulah kamu ambil alih." Sambung ayahnya lagi.

*************

       "Rina, hari ini kita akan menyambut CEO baru." Kata Ira kepada Rina. Ira dan Rina berbual sehingga ke depan pejabat. "Siapa CEO baru tu Ira?" Soal Rina yang dari tadi berfikir. Ira masih lagi menyusun kata-katanya. Perjalanan mereka telah menghampiri bilik pejabat masing-masing. Pertanyaan Rina hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang jawapan.

        Ketua Jabatan Pemasaran Syarikat masuk dan memberi arahan supaya semua staf berkumpul di bilik mesyuarat. Sebaik sahaja menerima arahan tersebut semua staf termasuk Rina dan Ira mengekori Ketua tersebut. Tiba sahaja di bilik mesyuarat mereka terus menggambil tempat duduk masing-masing.

       "Assalamualaikum semua." Ketua Jabatan memberi salam. Kelihatan seorang pemuda yang bergaya penampilannya. Rina mula kenal siapa gerangan pemuda itu. "Saya ingin perkenalkan kepada semua staf CEO baru Syarikat AH Industri Berhad iaitu Encik Azizul Hafiz bin Tan Sri Arifin Husni." Ketua Jabatan memperkenalkan pemuda tersebut sebagai CEO baru.

       Rina bagaikan hendak pitam bila Ketua Jabatan memperkenalkan CEO baru Syarikat tempatnya bekerja itu. CEO baru telah berada di depannya. Dia seperti hilang arah. "Rina, saya kenalkan kepada kamu CEO baru Syarikat" Kata ketua jabatan kepadanya. "Encik Azizul, ini Nur Adrina pembantu pemasaran Syarikat." Ketua jabatan memperkenalkan Rina kepada Azizul.

      Azizul terpaku apabila memandang wajah Rina. Dia seperti telah kenal lama dengan Rina. Rina yang masih malu-malu menunjukkan mukanya kepada Azizul.

      Apabila Azizul berada dalam pejabatnya, dia berfikir dalam hati bahawa wanita yang baru sahaja diperkenalkan kepadanya tadi sebagai pembantu pemasaran Syarikatnya. Dia seperti telah kenal lama dengan wanita itu.

      Rina seperti ingin berhenti dari kerjanya. Dia tidak mahu peristiwa lama berulang lagi. "Rina, aku tengok engkau ni selalu termenung sahaja. Kenapa?" Ira menyoalnya. Soalan Ira itu dibiarkan sahaja berlalu. Ira kebinggungan dengan perangai rakannya itu. Dia kehilangan akal untuk bertanya lagi. Ira hanya membiarkan Rina dengan pemikirannya.

***********

      Seperti kebiasaan rutin harian Rina dan Ira. Mereka pergi ke pejabat seperti selalu. Cuma pada hari ini Ira nampak satu perubahan pada wajah Rina. "Ira, aku nak letak jawatanlah." Terbit satu ayat dari Rina yang membuatkan Ira terkejut dengan perkataan Rina itu. Dia berhenti dan mengadap Rina. "Kenapa engkau nak meletak jawatan pula?" Tanya Ira kepada Rina.

       Soalan itu dibiarkan bermain-main dalam fikirannya. Rina terus membuat kerjanya tanpa menoleh Ira yang ternanti-nanti akan jawapannya. "Nur Adrina, CEO panggil awak." Muncul seseorang di depannya dan menyatakan bahawa CEO ingin berjumpa. Rina tidak dapat mengelak dari berjumpa dengan seseorang yang pernah melukainya itu.

        Pintu pejabat CEO diketuk perlahan-lahan. Azizul yang berada di dalam menjemputnya masuk. Perlahan-lahan Rina melangkah memasuki pejabat CEO. Tanpa berkata apa-apa, Rina berdepan dengan CEO muda itu. "Sila duduk." Azizul memulakan katanya dengan memerintahkan Rina duduk.

        'Mengapa aku yang dia panggil.' Bisik hatinya. "Awak Nur Adrina binti Zainuddin, pembantu pemasaran Syarikat." Dengan perlahan Azizul membuka katanya. Rina hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Azizul hanya memerhati sahaja. Rina seperti ingin menyembunyikan suaranya dari Azizul.

        Selepas bertemu dengan CEO muda, Rina berasa lega. Azizul seperti telah melupakannya. Rina kembali ke pejabatnya. Namun dia masih terfikir adakah dia perlu meletak jawatan. Permikirannya kini buntu. Apakah tindakan seterusnya.

        Azizul seperti telah kenal lama dengan Rina. Dia seperti mengerti perasaan Rina bila bertemu dengannya. Rasa serba salah apabila dia tidak berterus terang dengan Rina bahawa dia mengenalinya.

       Namun apakah perasaan Rina sekiranya dia berterus terang. Adakah Rina akan menerimanya kembali. Inilah yang menyebabkan Azizul takut untuk berterus terang. Dia juga takut Rina akan meletak jawatan.

*********

       Hari Ahad merupakan hari cuti bagi Ira dan Rina. Ira dan Rina mengambil kesempatan hujung minggu pergi ke pasar raya. "Rina, engkau memang nak letak jawatan?" Ira memulakan perbuatan sejurus selepas mereka duduk di atas kerusi rehat dalam pasar raya itu. Rina terkejut dengan pertanyaan dan terdiam. Ira faham perasaan Rina. Dia membiarkan Rina duduk dan berehat. "Rina, apa kata kita pergi makan." Rina hanya mengangguk tanda setuju. Rina masih lagi terdiam. Dia mengekori Ira ke kedai makan yang berhampiran.

       "Rina kenapa engkau diam sahaja." Ira memulakan perbualan selepas membuat pesanan makanan. Rina masih lagi terdiam. Dia memohon diri untuk pergi ke tandas. Ira hanya melihat kelibat Rina yang berlalu ke tandas. Dalam perjalanan ke tandas, Rina terlihat kelibat Azizul yang tengah makan di meja yang tidak jauh dari tempat mereka duduk.

        Azizul ketika itu masih menghadap makanan di hadapannya. "Sedapnya engkau makan Zul." Rakan yang di tunggu oleh Azizul datang kepadanya. "Engkau ni tak pandai beri salam." Tegur Azizul kepada sahabatnya itu. "Maaflah Zul. Assalamualaikum." Sahabatnya itu pun memberi salam.  "Waalaikumussalam, Man." Jawab Azizul kepada sahabatnya Aiman. Aiman mengambil tempat di hadapannya dan membuat pesanan makanan.

        "Zul, tadi aku jumpa Rina." Terkejut Azizul dengan kata-kata Aiman itu. "Aku tengok dia lebih cantik dari dulu." Aiman menyambung katanya. Azizul masih lagi terkejut dengan kata-kata Aiman itu dan terdiam. Aiman meneruskan perbualannya dengan Azizul walaupun Azizul tidak menjawab dan terus terdiam. "Zul, engkau masih cintakan Rina?" Terbit satu pertanyaan Aiman kepada Azizul. Azizul mendongak dan menatap muka Aiman. Aiman berasa pelik dengan tingkah laku Azizul. "Tak apalah Zul. Aku nak ke tandaslah." Kata Aiman dan meminta izin kepada Azizul.

          Aiman berasa bersalah dengan kata-katanya tadi. "Zul, aku minta maaflah kalau kata-kata aku tadi membuatkan engkau marah." Kata Aiman dengan kesal. Azizul masih lagi diam. Mereka beredar dari meja makan itu selepas selesai Azizul membayar.  "Encik Azizul Hafiz..." tegur Ira yang juga berada di kaunter bayaran. "Ya saya." Kata Azizul pendek. "Awak ni Nur Asmira, pembantu pemasaran Syarikat ya."    Sambung Azizul lagi. Ira hanya mengangguk selepas selesai membuat pembayaran.

        Ira terus beredar dari situ dan bertemu dengan Rina. "Rina, kau tahu siapa yang aku jumpa." Ira berbisik dengan Rina. "Tak tahu." Balas Rina pendek. "CEO muda Syarikat kita, encik Azizul Hafiz." Rina separuh terkejut. Namun dia terdiam sahaja. 'Patutlah Aiman ada.' Fikir Rina dalam hati.

        Mereka terus berlalu dari situ dan pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Rina terus masuk dalam bilik untuk berehat. Fikiran Rina melayang-layang. Dia terbayang-bayang masa lalu di mana dia bertemu dengan Azizul. Azizul merupakan kekasih pertamanya ketika itu mereka masih belajar di sebuah Institusi dalam bidang peniagaan. Ketika itu mereka saling mencintai antara satu sama lain.

       Entah mengapa tiba-tiba Azizul pergi meninggalkannya. Sehingga ke hari ini Rina masih lagi merasai luka yang ditinggalkan oleh Azizul. Namun kini Azizul tiba-tiba muncul sebagai ketuanya. Terbit satu persoalan di dalam hatinya, adakah dia perlu meletak jawatan supaya dia boleh melupakan kisah silamnya itu. "Rina, Jom makan. Aku dah masak makanan untuk kita." Lamunannya terhenti apabila dikejutkan dengan panggilan dari rakannya Ira.

       "Rina, aku nampak engkau lainlah sekarang ini. Engkau ada masalah?"Ira mula membuka bicara. Rina masih lagi menyuap makanannya ke dalam mulut. Ira cuba sedaya upaya mengajak Rina bersembang. "Rina, aku tengok CEO muda kita tu sukakan engkau saja." Sekali lagi Ira bersuara. Kali ini Rina memberi respon dengan kata-kata Ira. Rina terus berdiri dan masuk ke dalam biliknya. Ira semakin kebingungan dengan perangai Rina.

       "Rina, mari kita makan." Ajak Ira sambil mengetuk pintu bilik Rina. Tidak lama selepas itu daun pintu bilik di buka oleh Rina. Dia terus pergi ke bilik air untuk membasuh muka. "Rina, kenapa ni? Engkau ada masalah?" Ira menyoalnya sebaik sahaja Rina duduk di atas kerusi. "Tak ada apa-apalah." Jawab Rina ringkas.

       "Engkau macam sembunyikan sesuatu saja." Sambung Ira lagi. Namun Ira tidak dapat meneka apa sebenarnya yang dialami oleh sahabatnya itu. Apabila Ira bertanya begitu, Rina mendapati yang sahabatnya itu mengetahui apakah yang dia sembunyikan.

    Ira masih dalam persoalan. Rina pula perlu segera menyelesaikan segala masalahya. Dia perlu menjauhi Azizul. "Ira, esok aku tak pergi kerja." Terbit satu kata yang penuh makna dari Rina. "Kenapa? Engkau tak sihat?" Pertanyaan ingin tahu Ira memuncak kali ini. "Aku nak letak jawatanlah. Lepas tu balik kampung." Jawapan Rina itu masih tidak memuaskan hati Ira.

       "Kenapa perlu letak jawatan?" Sekali lagi Ira mengeluarkan pertanyaan kepada Rina. Rina masih lagi berfikir menyusun segala jawapan. "Aku nak jauhkan diri dari Azizul." Terbit satu jawapan dari hati Rina yang membuatkan Ira terkejut. Dia seperti ingin tahu siapakah Azizul. "Siapa Azizul tu?" Pertanyaan Ira kali ini membuatkan Rina terdiam. Dia perlu berterus terang atau diamkan sahaja.

        Ira masih lagi ingin mengetahui persoalannya itu. Namun Rina seperti tidak mahu menyatakan sebarang jawapan. Dia seperti mengelak dari pertanyaan Ira itu. Rina mempercepatkan suapan supaya Ira tidak bertanya lagi. Dia perlu merahsiakannya. Ira pula masih menanti dengan perasaan ingin tahu.

        Rina beredar dari meja makan meninggalkan Ira yang masih menanti persoalan yang belum ada jawapan. Ira merasa pelik dengan sikap Rina semenjak adanya CEO baru. Seperti dia mengenali CEO itu. Perasaan ingin tahu Ira berbuak-buak apabila Rina menyatakan yang dia ingin menjauhi Azizul.

**********

        Pagi ini Ira pergi kerja dengan seribu pertanyaan. Dia juga telah diamanahkan oleh Rina untuk menyerahkan surat letak jawatan kepada ketua mereka. Tiba sahaja di pejabat, hatinya berdebar dengan soalan yang bakal dijawab olehnya. Rina membuat keputusan untuk balik ke kampung pada hari ini.

         Ira mengetuk bilik ketua dengan perlahan-lahan. Ketua menjemputnya masuk. Dia masuk dan menyerahkan surat letak jawatan kepada ketuanya. Ketuanya terkejut dan mendonggak kepalanya. "Ini untuk apa?" Tanya ketuanya. "Ini surat letak jawatan dari Nur Adrina." Jawab Ira ringkas. "Kenapa dia nak meletak jawatan?" Sekali lagi ketuanya bertanya kepada Ira. Ira seperti hilang arah apabila ditanya oleh ketuanya itu.

         Deringan telefon ketuanya telah menghentikan sesi soal jawab antaranya. Setelah ketuanya menjawab. Ketuanya beralih kepada Ira dan menyatakan bahawa CEO ingin bertemu dengan Rina. Apa yang harus mereka lakukan kerana Rina telah pun berangkat balik ke kampung. Ketua menyuruhnya keluar dan menyambung tugasnya kembali. Ira masih lagi dilema dengan persoalan ketuanya tadi. Dia cuba menghubungi Rina.

          Rina terkejut dengan panggilan telefonnya. Dia terus menjawab panggilan tersebut. Ira menyatakan bahawa CEO ingin bertemu dengannya. Rina terus mematikan telefonnya. Ira terkejut dengan perangai Rina itu. Ketua pemasaran Syarikat bertemu dengan CEO Syarikat serta membawa surat peletakan jawatan dari Rina. Alangkah terkejutnya Azizul dengan perbuatan Rina itu.

         Azizul masih menatap surat itu. Dia perlu membawa Rina balik bekerja di Syarikatnya. Tapi dia tidak tahu apa caranya. Azizul memanggil rakan Rina iaitu Ira. Buat pertama kalinya Ira berdepan dengan CEO Syarikat mereka. Ira seperti tidak berkata apa-apa. Ira hanya berfikir tujuan CEO memanggilnya. Sampai sahaja bilik CEO dia mengetuk pintu bilik. Dari dalam Azizul menyuruhnya masuk. Ira mendapati surat letak jawatan dari Rina di atas meja Azizul.

         Ira seperti terkejut dengan surat tersebut. Azizul melihat riak muka Ira apabila Ira melihat surat tersebut. "Awak kawan Nur Adrina?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Azizul kepada Ira. "Ya." Jawab Ira ringkas. Sambil menunjukkan surat itu Azizul memandang Ira. "Kenapa Nur Adrina menulis surat ini" Sekali lagi Ira memandang muka Azizul tak tahu apa yang perlu dia jawab.

          Semenjak pertemuan Ira dengan Azizul. Ira semakin ingin tahu apakah hubungan antara Rina dan Azizul. Dia perlu mendekati Azizul untuk mendapatkan maklumat. Tapi perasaan Ira pula berbelah bahagi. Antara berani dan takut. Ira memendamkan sahaja perasaan ingin tahu itu.

***** 2 bulan kemudian *****

       "Assalamualaikum Ira, aku Rina ni." Rina memberi salam kepada Ira. Ira separuh terkejut dengan panggilan telefon dari Rina. "Waalaikummussalam Rina, engkau apa khabar? Lamanya tak dengar suara kau." Jawab Ira separuh terkejut. Mereka berbual panjang. Rina memberitahu Ira bahawa dia akan pergi ke Kuala Lumpur sekali lagi kerana mendapat surat tawaran kerja di sebuah Syarikat. Dia juga mahu Ira menjemputnya di penghentian bas ekspress.

         Kali kedua Rina menjejakkan kakinya di bandar yang pernah menjadi tempat pekerjaannya. Lama juga Rina menunggu Ira di terminal bas. Dari jauh Rina melihat rakannya itu. Diapun melambai-lambai tangannya ke arah Ira. Ira melihat lambaian Rina dan mendekatinya. "Rina, engkau apa khabar?" Ira menanyakan khabar kepada Rina. "Aku sihatlah." Jawab Rina. "Engkau ada temuduga di mana?" Tanya Ira lagi. "Aku dapat tawaran kerja di Syarikat TM Industri Bhd." Kata Rina lagi. Ira seperti pernah dengar nama Syarikat itu. Tapi dia tidak berapa jelas sangat dengan nama Syarikat itu.

         Ira membawanya ke rumah sewa. Setelah sampai ke rumah sewa, Ira menunjukkan biliknya. "Tak berubah bilik ni." Kata Rina seperti teruja. Ira hanya membiarkan sahaja Rina masuk ke dalam bilik. Ira terus pergi ke dapur untuk menyediakan makanan.

         Hari ini Rina akan pergi temuduga di Syarikat yang baru. Ira hanya menghantarnya sahaja ke Syarikat itu. Dia sampai sahaja ke pejabatnya dalam keadaan letih. Ketuanya memanggil Ira supaya masuk ke pejabatnya. Ira mengetuk pintu pejabat ketuanya. Diapun masuk sebaik sahaja ketuanya memberi arahan. Ira disuruh menghantar fail projek kepada CEOnya. Ira meneliti fail tersebut. Alangkah terkejutnya apabila Ira membaca nama Syarikat yang tertera di atas fail itu.

        'Ini macam Syarikat yang di temuduga oleh Rina' Katanya dalam hati sambil mengetuk pintu bilik CEOnya. Ira masuk ke dalam bilik pejabat CEO dan memberikan fail di tangannya. Ira membuka pertanyaan kepada Azizul. "Tuan Azizul, apa hubungan Syarikat tuan dengan TM Industri Bhd ni?" Azizul mendonggak kepalanya ke arah Ira. "Kenapa awak nak tahu?" Azizul bertanya balik kepada Ira.

         Ira menyatakan kepada Azizul yang rakannya bekerja di situ. Azizul sekali lagi mendonggak kepalanya. ‘Rakan Ira yang dimaksudkannya tentu Rina.’ Fikir Azizul dalam hati. Ira keluar dari bilik pejabat CEO dengan seribu pertanyaan. Namun Ira pendamkan sahaja soalan itu. Ira terus berlalu dan pergi semula ke pejabatnya.

        Rina bekerja sebagai setiausaha kepada CEO Syarikatnya. Dia memeriksa jadual CEO Syarikatnya. Pada hari ini Aiman ada temujanji dengan seorang CEO yang merupakan rakan kongsi Syarikatnya. Alangkah terkejutnya apabila membaca nama Syarikat tersebut. Tapi dia cuba memendamkan perasaannya dan cuba melupakannya.

       "Nur Adrina, awak pergi bersama saya berjumpa dengan rakan kongsi Syarikat." Aiman memberi arahan kepada Rina. Rina hanya mengangguk kepalanya sahaja. Pemikiran Rina mula melayang-layang. Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikirannya. Ingin sekali dia mengelak dari bertemu dengan Azizul. Namun apakan daya perhubungan antara Azizul dan Aiman bukan sekadar rakan kongsi Syarikat sahaja tetapi rakan karib.

         Jadual hari ini adalah pertemuan antara Azizul dengan Aiman di sebuah Restoran. Rina sebagai Setiausaha Aiman telah lama bersiap. Walaupun hatinya berdebar namun dia sembunyikan debarannya. Aiman muncul di belakang Rina. Rina terkejut dengan kehadiran Aiman. Rina berjalan mengekori Aiman ke kereta. Rina masih terdiam di sebelah Aiman. Aiman hanya memerhati sahaja Rina. Dia kenal dengan Rina ketika belajar bersama Azizul dulu. Azizul memperkenalkan Rina sebagai kekasih Azizul ketika itu.

       "Nur Adrina, kenapa termenung?" Tanya Aiman. Rina terkejut dengan pertanyaan itu. Dia cuba menyembunyikan perasaannya kepada Aiman. "Tak ada apa-apa." Jawab Rina ringkas. Aiman tahu Rina menyembunyikan sesuatu darinya. Aiman terus memandu sehingga sampai ke Restoran yang dijanjikan.

          Azizul menunggu Aiman sampai. Dia memesan makanan tengah hari bersama dengan Setiausaha barunya. Azizul melantik Ira sebagai Setiausahanya yang baru. Dari jauh kelihatan Aiman dan Rina berjalan ke arah mereka. Aiman mendekati Azizul dan bersalaman sesama mereka. Aiman memperkenalkan Setiausahanya kepada Azizul.

          Mereka berbincang mengenai projek sehingga waktu petang. Selesai sahaja berbincang. Aiman beredar bersama-sama Rina. Dalam kereta, Aiman melihat perubahan Rina. "Nur Adrina, saya hantar awak balik ke rumah sajalah." Aiman berkata kepada Rina. Rina hanya terdiam dan mengangguk kepalanya sahaja.

         Sampai sahaja Rina ke rumah. Dia keletihan dan terus masuk ke dalam bilik. "Rina marilah keluar." Terdengar suara Ira dari luar mengajak Rina keluar. Rina membuka daun pintu bilik dan keluar mendekati Ira. Tidak lama kemudian Rina mendengar bunyi deringan telefonnya. Dia melihat screen telefonnya. Kelihatan tiada nama pemanggil.

        Dia menjawab panggilan itu. Terdengar suara seorang lelaki. Dia seperti kenal dengan suara itu. Azizul bertekad untuk berterus terang dengan Rina dan menelefon Rina. Dia mendapatkan nombor Rina dari fail Rina ketika Rina bekerja di Syarikatnya. Pada mulanya dia takut untuk menelefon Rina kerana dia tahu Rina mungkin tidak akan menjawabnya.

         Azizul cuba menelefon Rina. Deringan itu di jawab. "Assalamualaikum. Siapa ni?" kedengaran suara lembut Rina. Azizul seperti terpukau dengan suara itu. Rasa gementarnya apabila mendengar suara yang telah lama dia tidak dengar. "Boleh saya tahu, ini Nur Adrina binti Zainuddin." Jawab Azizul tanpa memperkenalkan dirinya.

         Rina tidak berpuas hati dengan pertanyaan pemanggil itu. "Ya, saya Nur Adrina binti Zainuddin. Awak ni siapa?" Sekali lagi Rina bertanya kepada pemanggil. Azizul terdiam seketika. Dia seperti ingin bertemu dengan Rina. "Saya CEO Syarikat yang cik pernah bekerja dua bulan lalu. Saya ingin bertemu dengan awak." Kata Azizul sekali lagi. Rina seperti kenal dengan pemanggil itu. Rina berfikir dalam hati.   Apa yang harus dia buat. Adakah dia bertemu dengannya. Azizul menanti jawapan dari Rina.   Kedengaran Rina meletakkan telefonnya.

          "Siapa telefon Rina?" Soal Ira. Rina terkejut dengan soalan Ira itu. "Azizul telefon. Dari mana dia dapat nombor aku?" Jawab Rina dan memandang Ira dengan pandangan tajam. "Mungkin dalam fail engkau ketika bekerja di sana." Kata Ira. Dia tahu yang Rina cepat marah. Azizul pernah meminta fail bekas pekerja Syarikatnya itu. Tak tahu pula apa tujuannya.

          "Apa katanya Rina?" Soal Ira. Rina masih mencari kata-katanya. "Dia nak jumpa aku." Jawab Rina. "Jumpalah dia." Balas Ira. 'Ira tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.' Fikir Rina. Sampai masanya Rina perlu berterus terang dengan Ira siapa sebenar Azizul. "Rina, aku minta maaf dengan engkau. Sebenarnya aku yang bagi fail resume engkau kepada Azizul selepas dia memberitahu kepadaku siapa engkau di sisinya." Kata-kata Ira itu mengejutkannya.

           Tidak disangka-sangka Ira telah mengetahuinya lebih dulu. "Kenapa engkau tidak memberitahuku awal-awal tentang hubungan engkau dengan Azizul. Engkau sepatutnya memberitahuku lebih awal lagi. Azizul meminta tolong supaya dia dapat bertemu dengan kau. Dia masih sayangkan kau." Sambung Ira lagi. Rina semakin dilema dengan kata-kata Ira itu. Dia terus berlalu dan masuk ke dalam biliknya.

         Kini tinggal Ira keseorangan di ruang tamu rumahnya. Dia sudah puas memberitahu kebenaran yang sudah lama Rina sembunyikan darinya. Malam telah menghampiri penghujungnya. Ira telah lama masuk tidur. Kedengaran bunyi daun pintu bilik Rina dibuka. Rina mengelinap perlahan-lahan keluar dari biliknya dan menuju ke muka pintu rumah.

         Perlahan-lahan dia membuka pintu dan keluar dari rumah sewa Ira. Pagi ini seperti biasa Ira mengetuk pintu bilik Rina. Dilihatnya pintu itu tidak berkunci. Dia terus menolak daun pintu dan mendapati Rina tiada di situ. 'Awalnya dia keluar kerja' Fikir Ira. Dia terus mencapai telefon dan menelefon Rina.

         Rina baru sahaja bangun dan mendapati dia berada di dalam hotel. Terlupa pula yang dia keluar dari rumah sewa Ira dan pergi keluar mengambil angin malam. Hujan lebat pada malamnya dan memaksa Rina mencari hotel murah. Deringan telefon menganggunya. Dia terus menjawab panggilan itu.

         "Assalamualaikum, Ira. Maaflah tak beritahu engkau aku keluar rumah semalam. Aku di hotel ni. Tak sempat balik, semalam hujan lebat." Jawab Rina. "Kenapa engkau keluar? Engkau tak kerja hari ini?" Soal Ira pula. "Aku kerja. Kejap lagi aku balik. Aku nak telefon Syarikat ni." Kata Rina. Dia terus mematikan telefonnya dan bergegas menelefon Syarikat.

         Dia melupakan pertemuannya dengan Azizul buat sementara waktu. Dia terus balik ke rumah sewa Ira. Rina berasa letih dan tidak dapat menahan matanya. Dia terus terlelap. Apabila berjaga dia mendapati hari sudah pun tengah hari. Dia terkejut lalu menelefon   Syarikat dan menyatakan yang dia tidak sihat.

         Aiman bertemu dengan Azizul pada hari ini tanpa ditemani oleh setiausahanya. Azizul berasa pelik, Aiman tidak mengajak setiausahanya. "Kenapa tak bawa setiausaha?" Terbit satu pertanyaan dari Azizul.      "Dia ambil cuti, tak sihat katanya." Jawab Aiman.   Azizul terkejut dengan jawapan Aiman itu. Dia memandang Ira. Ira seperti tidak mengetahuinya.

        Perbincangan mereka diteruskan. Azizul memberi isyarat kepada Ira supaya balik. Ira akur dengan arahan Azizul itu. Ira juga memang nak balik. Dia mahu bertemu dengan Rina. Setelah Ira balik Azizul dan Aiman meneruskan perbualan. "Betul engkau mengajak Rina bertemu?" Tanya Aiman kepada Azizul. Aiman merenung muka Azizul. Dia tahu kawannya itu mudah marah.

       Aiman masih menunggu jawapan dari Azizul. Azizul masih lagi terdiam tanpa menjawab soalan Aiman. Dia merasa bersalah dengan sikapnya yang terburu-buru. Aiman hanya membisu tanpa bersuara apabila melihat kawannya itu diam. Selesai sahaja makan mereka terus balik.

**********

       Sampai sahaja ke rumah, Ira terus ke bilik Rina. Dia melihat Rina sedang nyenyak tidur. Ira tidak sampai hati untuk mengejutkan kawannya itu. Dia terus ke dapur untuk memasak. Tidak sangka juga tindakannya memberikan fail Rina kepada Azizul membuatkan Rina begitu.

       Tanpa Ira sedari Rina sudahpun berada di belakangnya. "Rina, buat kejut sahaja." Ira menoleh ke belakang dan terkejut. "Maaflah Ira, aku tak sengaja kejutkan kau dari lamunan. Engkau termenung pasal apa?" Rina mengusik Ira. "Engkau pergi jumpa Azizul kan esok?" Terbit pertanyaan dari Ira. Ira memerhati sahaja tindakan Rina selanjutnya. Rina terus membasuh tangan dan bersedia untuk makan tanpa mempedulikan soalan Ira.

         Ira hanya mengikutnya sahaja. Dia juga takut kalau melanjutkan perbualan itu akan menyakit hati kawannya. Dia membawa makanan ke atas meja makan. Mereka makan dengan seribu persoalan. Tiada satu suarapun yang terbit.

         Seperti yang dirancang oleh Rina. Dia nekad dan memberanikan diri untuk bertemu dengan Azizul. Dia pergi keseorangan di sebuah Restoran yang dijanjikan. Dia tahu hati dia pernah terluka dengan tindakan Azizul pada masa lalu. Setelah difikirkan dia akan bertemu dengannya.

        Azizul masih belum tiba ketika Rina sampai di Restoran itu. Dia duduk dan memesan minuman sahaja. Masa berlalu dengan pantas. Dia melihat ada seorang pemuda menghampirinya. Debaran semakin memuncak. Rina gelisah dan perasaannya tidak menentu. Pemuda itu semakin menghampirinya.  "Assalammualaikum." Pemuda itu memberi salam. Dengan perasaan yang tidak menentu, Rina sedaya upaya menjawab salam. "Waalaikumussalam." Jawab Rina.

         "Saya minta maaf, kalau selama ini saya bersalah kepada awak." Ayat pertama yang diucapkan oleh Azizul bila berdepan dengan Rina. Rina masih lagi terdiam dengan pelbagai perasaan. Dia sedaya upaya untuk memandang Azizul. Namun hati tidak kuat. Apapun dia perlu gagahkan juga. "Maaf, kenapa perlu minta maaf?" Soal Rina dengan nada yang terpaksa.

            Azizul masih lagi mencari alasannya yang kukuh. Rina pula seperti mendapat satu kuasa untuk berdepan dengan Azizul. "Ya, saya bersalah kerana tinggalkan awak masa itu. Saya terpaksa pergi atas kehendak ayah dan mak saya yang ingin saya belajar di luar negara. Rina tolonglah faham." Keterangan Azizul nampaknya begitu penuh dengan penyesalan.

         Rina masih lagi terpaku dengan keterangan Azizul itu. Dia harus kuatkan diri. "Apa yang perlu saya faham?" Sekali lagi Rina melontarkan persoalan. Perbualan mereka diganggu oleh pelayan Restoran.   Pada mulanya Rina tidak mahu memesan makanan tetapi dengan paksaan Azizul, dia akur juga.

         Semenjak dari hari itu, Rina sentiasa termenung sahaja. "Rina, kenapa termenung ni?" Terbit satu soalan dari rakannya Ira. Dia masih lagi tidak menjawab soalan itu. Ira tidak mahu menganggunya dan beredar menuju ke dapur.

          Rina perlu mengambil keputusan. Bila dia fikirkan sekali lagi dia masih mencintai Azizul. Dia tahu bahawa Azizul tinggalkan dia bukanlah kehendak dirinya tetapi kehendak keluarganya yang inginkan Azizul belajar di luar negara.

         Ira mulai bimbang dengan keadaan Rina yang kini lebih jauh berubah. Ira tahu kenapa Rina begitu. Ira ingin membantunya. Namun dia tidak mampu kerana ini melibatkan perasaan Rina.

        Pagi ini Rina terus pergi kerja. Dia nekad dengan keputusannya. Ira pula terkejut dengan perubahan Rina.

        Rina seperti menunggu panggilan. Tapi tiada juga panggilan yang di tunggu-tunggunya. Aiman melihat karenah Rina dan mula berasa hairan. Dia terus memanggil Rina untuk masuk ke pejabatnya.

         Rina terus pergi ke pejabat Aiman. "Rina, saya nampak awak berlainan sekarang ni. Kenapa? Awak tak sihat? Pertanyaan Aiman membuatkan Rina terkejut. "Tak ada apa-apalah." Jawapan Rina terlalu pendek dan membuatkan Aiman tak puas hati.

          "Awak rindukan Azizul?" Rina seperti hilang arah dengan kata-kata Aiman. "Saya tahu. Awak sukakan Azizul semenjak belajar lagi. Saya dan Azizul kawan rapat. Kami seperti adik beradik. Kalau awak nak saya panggilkan dia, saya akan panggilkan untuk awak." Kata Aiman panjang lebar.

        Rina masih lagi terdiam. Dia tak boleh kata apa-apa. "Saya tahu awak masih salahkan Azizul ketika dia tinggalkan awak untuk menyambung pelajarannya ke luar negara. Awak kena beri peluang kepadanya. Dia buat begitu kerana ibu bapanya yang ingin dia belajar ke luar negara." Sambung Aiman lagi.

        "Adakah awak telah memaafkan dia?" Soalan Aiman. Kali ini Aiman sangat mengharapkan jawapan dari Rina. Rina masih lagi terdiam. Dia mula membuka mulutnya dengan pelahan-lahan. "Saya memang sudah memaafkan dia. Tapi dia seperti melarikan diri sahaja. Kenapa dia tidak telefon saya." Kali ini jawapan Rina agak padu.

          Aiman masih berfikir dengan jawapan yang padu dari Rina. Di memandang dari luar dan melihat Ira bersedia membawa Azizul ke pejabatnya. Dia kembali memandang Rina. "Kenapa tidak awak sahaja menelefonnya?" Kali ini soalan yang mengejutkan Rina.

         "Awak telefonlah dia sekarang." Aiman menyuruh Rina menelefon Azizul. Rina masih lagi memandang Aiman. "Berilah dia peluang sekali lagi. Dia sukakan awak. Apabila awak bekerja dengannya dulu dia seperti bersemangat untuk mengambil alih Syarikat ayahnya." Kata-kata perangsang dari Aiman. Pintu pejabat Aiman diketuk.

         Aiman terus memandang Rina. Dia tahu yang Rina masih berfikir untuk menelefon Azizul. Alangkah terkejutnya Rina di sebalik pintu itu adalah Ira dan Azizul. Dia berfikir apakah hari ini ada mesyuarat penting. Kenapa tidak di bilik mesyuarat sahaja. Dia memandang Aiman. Aiman tahu yang Rina terkejut dengan kehadiran mereka.

        Kehadiran mereka telah dirancang oleh Ira dan Aiman. Ira telah memberitahu Azizul bahawa ada mesyuarat dengan Syarikat Aiman. Manakala Aiman pula tidak memberitahu apa-apa kepada Rina tetapi memanggil Rina ke pejabatnya sahaja.

        Pertemuan kali ini berlainan dari biasa. Aiman mengajak Azizul dan Ira supaya duduk. "Kini, Rina tak perlu telefon Azizul lagi. Katakan sahaja isi hati kamu kepada Azizul. Saya beri peluang kepada kamu berdua untuk meluahkan isi hati masing-masing. Saya dan Ira keluar dululah." Kata Aiman dan mengajak Ira supaya keluar.

         Kini tinggal Rina dan Azizul berada dalam pejabat Aiman. Masing-masing masih terdiam dan tidak berkata apa-apa. "Rina, maafkanlah saya." Sekali lagi Azizul mengulangi kata maafnya. Rina tahu bahawa dia telah memaafkan Azizul. Azizul melutut di depannya. Rina seperti tidak selesa dengan perbuatan Azizul itu.

         "Saya telah lama memaafkan awak." Kata-kata Rina itu membuatkan Azizul seperti terdiam. "Berilah saya satu peluang untuk menebus kesalahan saya." Azizul berkata sambil memandang mata Rina. "Kali ini saya akan cuba membahagiakan awak. Adakah awak bersetuju untuk mengahwini saya?" Soalan ini membuatkan Rina seperti paku.

        Dia perlu membuat keputusan yang betul. "Saya ada ibu bapa, jadi lebih baik awak jumpa mereka kerana kitakan orang melayu dan ada adat." Jawapan Rina seperti memberi harapan kepada Azizul. "Baiklah hujung minggu ini saya bawa ibu bapa saya meminang awak." Kata-kata Azizul membuatkan Rina merasa lemah.

        Dari balik pintu kelihatan Aiman dan Ira bersembunyi dan keluar dengan bertepuk tangan.

         Hari ini menyaksikan pendamaian antara Rina dan Azizul serta lamaran Azizul kepada Rina. Aiman mengajak mereka keluar makan bersama-sama untuk meraikannya.

        Azizul sempat mengusik Aiman. "Engkau bila lagi nak kahwin. Irakan ada." Usikkan Azizul membuatkan semua tergelak.

*****TAMAT*****

01/09/2018

Sabtu

Royal Brooke