Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

KEHIDUPAN MANUSIA:TEKNIK HIDUP BAHAGIAN 1

MUKA DEPAN BUKU KEHIDUPAN MANUSIA:TEKNIK HIDUP
Muka depan direka khas untuk menarik minat pembaca. 

BAHAGIAN 1
Berfikir & Pengaruhi Diri Sendiri

Mempengaruhi Diri Sendiri

               Bila kita mendengar orang bercakap, kita bukan mengingati apa yang diucapkan oleh orang itu tetapi mungkin kita akan terlibat dalam perkara yang kita dengar.             
               Selain itu, kita mungkin akan mempertikai, menyokong, menolak dan menokok tambah apa yang kita dengar.
              Apabila kita melakukan perbuatan mempengaruhi permikiran kita sendiri apabila kita berusaha menukar pendapat kita. Seterusnya, kita akan di kehendaki menyokong pendapat yang kita tidak setujui.
             Selain itu, kita juga mempengaruhi diri sendiri supaya menukar kepercayaan dan tikah laku kita. Salah satu keadaan di mana kita terdorong untuk mempengaruhi diri sendiri ialah apabila kita memikirkan dengan panjang lebar apa yang kita dengar.

HALAMAN 2

Berfikir secara Logikal 1
             'Logik' adalah ciptaan manusia. Oleh itu berfikir secara logikal bukan sifat semula jadi manusia.
Berfikir secara logikal merupakan warisan daripada tradisi berfikir di bakat yang kita warisi daripada barat yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris melalui sistem pendidikan Negara.
            Selain itu, Berfikir secara logikal juga merupakan sesuatu yang dipelajari di sekolah. Kemahiran berfikir secara logikal adalah penting dan banyak manfaatnya, tetapi itu tidak bermakna pemikiran tersebut tidak mempunyai kecacatan dan kelemahannya.
           Tradisi pemikiran logikal barat didirikan oleh tiga tokoh falsafah Yunani yang terkenal dan terpengaruh sehingga hari ini iaitu Socrates, Plato dan Aristotle.

HALAMAN 3

Berfikir secara Logikal 2
          Kemahiran berfikir secara logikal ditandai oleh daya usaha untuk mengenalpasti apa yang betul dan apa yang salah dari segi logiknya. Logik terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
  • Logik ciptaan akal manusia semata-mata. Contohnya: Matematik(Logik Akal)
  • Logik berdasarkan realiti alam sebenar.(Logik Natural atau Logik Alam) 
Kebanyakkan pemikiran yang betul dai segi logik akal terbukti salah apabila dilibatkan dari sudut realiti alam dan kehidupan sebenar.
            Logik berguna bagi melakukan kerja-kerja seperti:-
  • Mencari kaitan sebab - akibat antara satu perkara dengan perkara lain ataupun antara satu peristiwa dengan peristiwa lain.
  • Untuk membuat kesimpulan atau deduksi.
  • Untuk mempertahankan hujah-hujah kita bagi menyokong atau menolak sesuatu idea, cadangan atau pandangan.
  • Logik akal bersifat nyata atau langsung, oleh itu dapat kita lihat. Logik akal terdiri daripada sesuatu set peraturan. Oleh itu, kesilapan logik terjadi apabila peraturan itu tidak dipatuhi. Dalam erti kata lain Matematik ialah sistem logik yang sempurna.
          Selain itu, logik juga adalah alat untuk memproses maklumat yang diterima. Logik juga berguna untuk menjelaskan perkara yang tersirat.
         Proses berfikir terbahagi dalam dua tahap iaitu:-
  • Tahap apabila otak kita membuat presepsi, iaitu tanggapan.
  • Tahap apabila memproses, iaitu apabila otak menggunakan logik. 
Pemikiran logikal mementingkan maklumat dan fakta. Selain itu, kemahiran berfikir secara logikal mempunyai kaitan dengan pemikiran analitakal, pemikiran objiktif, pemikiran sistematik dan pemikiran kritikal.
  HALAMAN4 dan 5

Teknik Berfikir
          Semua teknik berfikir kreatif yang dicipta oleh para pakar bertujuan menolong kita mengatasi pelbagai rintangan kreativiti. Dengan menggunakan teknik-teknik itu kita dapat memusatkan fikiran pada tuasan yang sedang dijalankan. Kita juga dapat menumpukan fikiran pada masa. Jika tidak, otak kita boleh dibanjiri oleh pelbagai masalah serentak.
          Teknik-teknik berfikiran yan dicipta oleh pakar-pakar itu berguna dan berfaedah kerana perkara-perkara berikut:-
  • Kita dapat memecahkan masalah dengan lebih teratur.
  • Fikiran menjadi lebih jernih sepanjang masa kita berfikir.
  • Ia dapat menenangkan fikiran bawah sedar.
  • Dapat memastikan pelbagai idea baru.
  • Membantu kita untuk lebih tenang sepanjang kita sedang berfikir bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Membantu kita mengelakkan kegagalan.
  • Menolong kita bersikap positif terhadap kegagalan yang kita alami.
  • Dapat menajamkan lagi bakat semula jadi sebagai yang kreatif.
         Namun semua teknik berfikir secara kreaatif yang dicipta oleh pakar bukan teknik-teknik semula jadi ataupun alamiah. Ia adalah teknik-teknik yang diada-adakan. Ia digunakan dengan cara memaksa diri sendiri supaya mahu menggunakannya. Tetapi, dengan mengamalkan teknik-teknik itu lama-kelamaan ia menjadi alamiah.
  HALAMAN 6 dan 7

            
 


No comments:

Post a Comment