Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Tuesday, December 28, 2021

Cerpen Erti Persahabatan


Begitu indahnya apabila aku duduk termenung di pantai yang damai. Laut yang luas deras laju seperti mengejar sesuatu yang tidak tahu di mana ia berhenti. Hari yang cerah bertukar menjadi murung seperti aku yang kini tidak mengerti apa itu persahabatan. Permikiranku terlalu berat apabila memikirkan persoalan yang melanda.
Sahabatku kini entah ke mana, kiniku keseorangan menagih rindu terhadapnya. "Lan...o....Lan." Suara yang memanggilku. "Apa yang kau menung tu, Lan?" Soal suara itu lagi. "Ya, Tak ada apa-apalah, Man." Jawabku kepada suara tadi. Rupanya rakanku, Azman. "Lan, sudah tiga bulan Mus pergi." Kata Azman lagi. Aku seperti memikirkan sesuatu. Aku, Azman dan Mustafa adalah rakan karib sejak dari kecil lagi. Kami selalu bermain di tepi pantai, bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi kini kami berpisah membawa diri masing-masing. Aku dan Azman masih lagi duduk di kampung manakala Mustafa pula membawa diri ke bandar.
Hari ini aku menuju ke peti surat di depan rumahku untuk mengambil surat-surat. Sekali lagi aku termenung membaca sampul-sampul surat. Mataku tiba-tiba beralih ke satu surat yang ditujukan kepadaku. Aku terus membuka sampul surat itu sambil duduk di atas kerusi di depan rumahku.
'Menemui sahabatku Razlan, aku berhadap warkah ini tidak menganggu saudara. Aku memohon maaf jika aku lambat menghantar surat kepada saudara. Sebelum itu aku ingin menanyakan khabar kepada saudara dan Azman. Harap saudara dan Azman berada dalam keradaan sihat. Mula-mula aku ingin menceritakan kepada saudara berdua bahawa aku kini sudah ada kerja. Kerja yang ku maksudkan bukanlah kerja yang lumayan gajinya namun cukup untuk menampung kehidupanku di sini. Dengan ini aku mengakhiri surat ini. Sekian terima kasih.
Sahabatmu
Mustafa"
Tidak lama selepas aku membaca surat itu rakanku Azman datang. "Lan...Lan." Dia memanggilku. " Ya, Man." Aku menghulurkan surat itu kepadanya, lalu dia membaca.
  Hari ini aku dan Azman membalas surat dari Mustafa. Di dalam surat itu kami menyatakan betapa kami merinduinya. 
Pada keesokkan hari, kami akan mengirimkan surat tersebut kepada Mustafa. Azman balik awal petang ini kerana kami akan ke pejabat pos pada awal pagi esok.
*****
Hari ini aku bangun awal pagi kerana telah berjanji dengan Azman. Aku dan Azman akan pergi ke pejabat pos untuk mengirim surat kepada Mustafa. 
Sampai sahaja kami di pejabat pos. Kami terpaksa menunggu lama disebabkan keadaan pejabat pos yang agak sibuk dengan pelbagai jenis urusan.
Selesai sahaja urusan aku dan Azman balik, dalam perjalanan balik kami sempat membeli Akhbar. Aku singgah ke tepi pantai sambil membaca Akhbar yang kubelikan tadi. 
Sedang leka aku membaca Akhbar Azman bersuara. "Lan, apa kata kita pergi ke bandar." Aku terkejut dengan cadangannya. Dia juga mencadangkan kepadaku untuk mencari pekerjaan di bandar. "Biar aku fikir dulu, Man. Lagipun kita tiada bajet untuk ke sana." Jelasku kepadanya. 
Aku masih lagi berfikir. Tercetus satu ideaku "Man, apa kata kalau kita kumpul duit dulu." Azman mula berfikir. "Boleh juga, tapi bagaimana?" tercetus persoalan dari Azman membuatku berfikir. Betul juga apa yang dia katakan. Aku masih lagi terdiam dan berfikir. “Apa kata kita berniaga.” Ideaku tercetus lagi. “Kita berniaga ikan yang ayah kita dapat. Wang upah dari berniaga itu kita simpan untuk menampung wang tiket dan perbelanjaan kita ketika di bandar.” Jelasku lagi. Azman masih lagi terdiam dan tidak bersuara. “Bagus juga idea tu.” Dia menpersetujui ideaku.
Petang ini kami berbincang dengan ayah kami masing-masing. Aku menunggu ayahku balik dari laut. Dari jauh aku melihat susuk badan seseorang berjalan menuju ke rumah. “Assalamualaikum.” Orang itu memberi salam kepadaku. “Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam tersebut. Aku terus membantu ayahku membawa hasil dari laut ke dalam rumah. 
Aku membiarkan ayah pergi ke bilik air untuk mandi. Setelah ayah duduk berehat menikmati sajian berita petang di ruang tamu, aku menghampirinya. “Ayah, saya ada perkara yang ingin dibincangkan. Boleh tak?” Aku memulakan kata-kata. Ayah terus menolehku “ Ada apa perkara yang nak dibincangkan.” Kata ayah dengan penuh perhatian.
“Saya dan Azman ingin memulakan perniagaan. Kami nak jual ikan segar yang di tangkap oleh ayah dan ayahnya.” Kataku dengan penuh berhati-hati. “Di mana kamu nak berniaga?” Ayah bertanya kepadaku. Aku masih berdiam diri dan memikirkan jawapannya. “Itu kami belum putuskan. Sekiranya ayah bersetuju baru kami putuskan.” Sambungku lagi. “Kalau begitu baiklah, kamu bincang dulu dengan Azman.” Ayahku bersetuju dengan cadanganku.
*****
Pagi yang indah ini aku berjoging seperti biasa. Tapi kali ini aku ada satu tujuan iaitu menunggu keputusan dari Azman. Lama juga aku menunggu, aku melepaskan lelah di tepi pantai. "Lan, maaflah aku lambat." orang yangku tunggu telah pun tiba. "Ish! Kau ni Man, terkejut aku. Lain kali beri salam dulu." Aku berkata kepadanya. "Baik, bos. Maaf aku salah. Assalamualaikum." Dia mengakui kesalahannya.
"Waalaikumussalam. Man, bagaimana keputusan yang engkau dan ayah kau bincangkan. Dia bersetuju ke?" Aku tidak sabar ingin tahu keputusan itu. Azman masih lagi terdiam. Sepertinya satu perkara buruk akan berlaku. "Ayahku bersetuju dan dia cadangkan supaya kita menggunakan tanah lapang yang ada di depan rumahku." Barulah aku berasa lega dengan jawapan Azman itu. "Engkau pula bagaimana? Ayah kau setuju?" Sambung Azman lagi. Aku mengangguk kepalaku dan berkata "Alhamdulillah, setuju juga. Aku pun nak cadangkan kepada kau supaya menggunakan tanah lapang di depan rumah kau." "Kalau begitu bila kita nak mulakan perniagaan?" Azman seperti tidak sabar lagi nak berniaga. "Minggu depan bolehlah. Minggu ni kita bersihkan dulu kawasan tu." Cadangku lagi. Dia hanya mengangguk kepalanya tanya setuju. 
*****
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, seawal sembilan pagi aku sudah berada di hadapan rumah Azman, namun Azman belum lagi tiba. Aku mengemas apa yang perlu di dalam gerai yang telah dibina oleh ayah Azman. "Lan, awal kau datang pagi ni." Aku dikejutkan dengan panggilan rakanku Azman. Dengan terkejut aku menjawab, "Engkau ni Man, tak beri salam. Dahlah buatku terkejut." Dia serba salah "Maaflah Lan, Assalamualaikum." Aku faham dengan perangai dia. Bagiku itu hanyalah gurauan kami sahaja. "Waalaikumussalam, macam tulah." Dia terus membantuku mengemas apa yang patut.
Dari jauh aku melihat susuk tubuh ayahku dan Pak Hassan menghampiri kami. "Assalamualaikum." Pak Hamid memberi salam. Kami menjawab salamnya. "Banyak dapat ikan segar Pak hamid" Azman menegur ayahku. "Alhamdulillah, adalah rezeki kita hari ini." Pak Hamid terus mengarahkan kepada kami supaya membungkus ikan-ikan segar itu. Kami terus mengambil plastik dan menimbangnya. Setiap satu bungkus kami akan jual dengan harga dua ringgit. 
Kami mendapati ada dua puluh bungkus ikan yang diperolehi oleh Pak hamid dan dua puluh lima bungkus ikan yang diperolehi oleh Pak Hassan. Kami catat di dalam buku kira-kira supaya memudahkan kami nanti.
Seperti yang dijangka, hari ini ikan-ikan segar yang kami jual telahpun habis. Kami terus menutup gerai kami dan mengira jumlah yang telah kami dapat serta menolak upah yang kami dapat. "Alhamudilillah. Banyak juga keuntungan yang kita dapat. Kalau begini tak lama lagi kita akan pergi ke bandar." Azman bersuara sambil melihat angka yang dicatat di atas buku kira-kira. Aku menyerahkan wang ikan segar ayah Azman kepadanya serta memasukkan wang upahku ke dalam tabung. 
Begitulah rutin seharian kami sehinggalah kami membuka tabung kami dan mengira jumlah yang ada. Untuk minggu ini sahaja kami telah mengumpulkan sebanyak seratus lima puluh ringgit seorang. Ini bermakna ada tiga ratus dalam tabungan kami. "Nampaknya sudah cukup untuk pergi ke bandar ni." Cadangku kepadanya. "Apa kata kita hentikan dulu peniagaan memandangkan wang sudah mencukupi. Kita boleh beritahu keluarga  kita bahawa kita nak ke bandar mencari pekerjaan." Sambungku lagi. Azman bersetuju dengan cadanganku.
Selepas kami makan malam, malam ini aku akan memberitahu keluarga hasratku untuk ke bandar. Aku melihat ayah sudahpun duduk menanti waktu Isyak sambil menonton tv. “Ayah, saya bercadang nak ke bandar untuk mencari pekerjaan bersama Azman. Mustafa kata tempat kerjanya ada jawatan kosong.” Aku memulakan kataku kepada ayah. Ayah terus memalingkan mukanya ke arahku. “Bagaimana dengan gerai ikan tu?” Satu pertanyaan yang diajukan kepadaku. 
Aku masih lagi perlu mencari alasan yang munasabah. “Sebenarnya kami berniaga pun untuk mengumpul wang bagi membeli tiket bas sahaja. Oleh kerana wang itu sudah mencukupi, jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti berniaga.” Kataku lagi. Ayah masih lagi terdiam dan berfikir. Akhirnya ayah mempersetujui dan mengizinkanku untuk pergi ke bandar. Aku berasa lega dengan keputusan yang ayahku ambil.
Aku perlu memberitahu Azman tentang perkara itu. Aku terus menghantar mesej kepada Azman dan bertanya kepada Azman bagaimana dengan keputusan keluarganya pula.
Lama juga menunggu baru ada mesej dari Azman. Ayah dia juga bersetuju. Aku terus menghantar mesej kepada Mustafa yang kami akan pergi ke bandar. Esok kami akan membeli tiket bas ke bandar. Jadi malam ini aku terus berehat.
*****
Seperti yang dijanjikan, hari ini akan dan Azman akan membeli tiket bas. Kami pergi ke pekan dengan menaiki motor. Tidak ramai juga orang membeli tiket pada hari ini. Selesai sahaja urusan membeli tiket Azman mengajakku makan dahulu sebelum pulang.
"Engkau mesej tak dengan Mus?" Azman bertanya kepadaku. Aku hanya mengangguk sahaja.
Sampai sahaja di rumah aku terus menyiapkan beg pakaianku serta mengemas apa yang patutku bawa di bandar nanti. 
Malam ini aku tidur awal kerana esok aku dan Azman berangkat ke bandar.   
*****
Aku bangun awal pada hari ini. Aku dan Azman akan menaiki teksi untuk ke terminal bas. Aku sudahpun menghantar mesej kepada Mustafa bahawa kami akan bertolak pada waktu pagi. Mustafa juga sudahpun memohon cuti untuk menjemput kami di terminal bas di sana. 
Aku memeriksa semua begku sebelum dibawa turun dari rumah. "Assalamualaikum, Lan. Dah siap?" Aku mendengar rakanku Azman memanggilku. Aku terus pergi mendapatkan rakanku itu. Sebelum manaiki teksi aku bersalam-salaman dengan keluargaku dan juga keluarga Azman. Ibu bapa Mustafa juga mengirimkan sesuatu kepada Mustafa. 
Seperti yang dijanjikan kami menaiki bas pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam bas aku melihat Azman sudahpun tidur. Aku hanya membiarkannya sahaja. Jauh juga perjalanan yang kami tempuhi. Mataku juga menggantuk. Aku cuba melelapkan mataku sementara masih belum sampai ke destinasi. 
Sampai sahaja ke destinasi, aku mengejutkan Azman. Kami turun dari bas dan pergi ke bangunan terminal bas. Kami menunggu Mustafa mengambil kami. Aku menelefon mustafa dan menyatakan bahawa kami telahpun sampai. "Lan, Man. Maaf aku lambat." Aku dan Azman terkejut dengan panggilan itu, lalu aku menoleh ke arah suara itu.  
"Mus, engkau apa khabar?" Azman menegurnya. "Aku biasa je. Mana beg korang. Jomlah kita makan dulu baru balik rumah." Sambung Mustafa lagi, kami mengikutinya pergi ke arah keretanya. Kami di bawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. 
Selesai sahaja kami makan, Mustafa membawa aku dan Azman ke rumah sewanya. "Besar juga rumah sewa kau ni Mus." Aku melihat sekeliling rumah. Mustafa menunjukkan kepada kami bilik kami. "Ini bilik korang, rehatlah dulu. Esok aku ajak korang pergi tempat kerja pula." Kata Mustafa lagi. Kami hanya mengangguk kepala sahaja. 
Aku dan Azman mula mengemas beg kami. Aku lihat Azman sudah pun tidur kerana kepenatan. Aku terus mengambil tuala dan pergi ke bilik air. Pada mulanya aku bertanya dengan Mustafa. Dia menunjukkan kepadaku bilik air. Aku terus pergi ke dalam bilik air. 
Selesai sahaja mandi aku terus membantu Mustafa menyiapkan makanan. Aku lihat Azman baru sahaja keluar dari bilik. 
Malam ini kami semua berjemaah bersama-sama. Selesai sahaja berjemaah kami menyiapkan makanan untuk kami makan malam. Malam ini terasa meriah kerana kami dapat makan bersama-sama. 
Oleh kerana kepenatan seharian kami terus masuk tidur. Malam berlalu begitu sahaja. Aku dan rakanku dibuai mimpi-mimpi indah.
*****
Hari ini begitu indah sekali. Aku dan Azman bangun pagi dan menikmati hari pertama kami di bandar. Mustafa pula menyuruh kami bersiap dan bersarapan pagi sebelum kami pergi ke tempat kerja. Kami bergegas untuk menyiapkan diri dan pergi ke meja makan. 
  Sampai sahaja di tempat kerja, Mustafa mengajak kami bertemu dengan pengurus di situ. Mustafa memperkenalkan kami kepada pengurusnya dan kami terus mendapat pekerjaan dan memulakan kerja. 
Balik sahaja kerja, kami kepenatan. Hari ini hari pertama aku dan Azman kerja. Banyak yang perlu kami belajar dari semua staf lama termasuk Mustafa. Hujung minggu nanti aku akan menulis surat untuk dikirim ke kampung. "Lan, Man, jom makan." Mustafa mengajak kami makan. "Apa rancang korang hujung minggu ini?" Sambung Mustafa lagi. "Aku nak menulis surat di kampunglah Mus." Aku menjawab pertanyaannya. Aku melihat Azman sedang menyuapkan makanannya dan terdiam. 
Kami menikmati makan malam kami tanpa apa-apa suara.
*****
Hujung minggu ini aku menulis surat untuk dihantar ke kampung. Selesai sahaja aku menulis aku terus ke dapur, aku lihat rakanku Mustafa sudahpun berada di dapur untuk memasak. Aku terus membantunya. "Mana Azman, masih tidur lagi?" Tanya Mustafa kepadaku. "Dia tengah menulis surat untuk dihantar ke kampung." Kataku sambil membantunya.
"Hujung minggu ini tak pergi ke mana-mana?" Aku bertanya kepada Mustafa. "Engkau nak keluar?" Mustafa menjawab sambil menyiapkan sarapan. "Kebetulan juga barang dapur sudah berkurangan, bolehlah kita keluar." Sekali lagi Mustafa berkata. "Engkau panggil Azman, kita sarapan bersama-sama." Kata Mustafa lagi. Aku terus memanggil Azman untuk makan bersama-sama.
Aku dan Azman mengikut Mustafa pergi membeli barang dapur di sebuah pasar raya. Mustafa menunjukkan kepada kami sebuah peti pos. Kami memasukkan surat yang kami bawa ke dalam peti pos. 
Setelah lama membeli barang, Mustafa mengajak kamu makan di sebuah restoran di dalam bangunan pasar raya. Kami mengikutnya. Banyak juga yang kami beli. Aku dan Azman membantunya membeli barang untuk keperluan kami. 
Banyak juga tempat yang kami pergi ketika keluar pada hujung minggu. Kami balik dalam keadaan keletihan. Masing-masing berehat di dalam bilik sejurus sahaja sampai ke rumah. 
Apabila sedar dari tidur, aku melihat Mustafa mengemas barang yang kam beli tadi. Aku terus membantunya. 
Aku, Azman dan Mustafa bekerja di tempat yang sama, cuma pengalaman sahaja yang membezakan kami. Mustafa mempunyai pengalaman dalam kerjanya. Dialah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku dan Azman. 
Hari ini aku menerima surat dari kampung dan dalam surat tersebut menyatakan bahawa ayahku dan ayah Azman menjadi rakan kongsi dan membuka gerai ikan segar.
Aku gembira dengan berita tersebut. Aku juga akan membantu keluargaku dengan sedaya upaya. "Lan, kenapa mengelamun ni? Aku dikejutkan dengan teguran dari Mustafa. "Tak ada apa-apalah Mus, surat di kampung ni. Ayahku dan Ayah Azman membuka gerai ikan segar di kampung." Kataku lagi.
Begitulah rutin harian kami. Pada hari bekerja kami akan pergi bekerja dan pada hujung minggu pula kami akan keluar pergi berjalan-jalan bersama-sama. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Semoga persahabatan kami akan kekal sehingga ke akhir hayat kami,
**Tamat**
TigerMalay87
Salinan: 29 Disember 2021
Rabu
09:59 pagi
Royal Brooke

No comments:

Post a Comment