Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Sunday, July 31, 2011

CERPEN SULUNG "HARI KEMERDEKAAN"

"Hari Kemerdekaan"

Hari ini 30 Ogos Tahun 2003, "Tinggal satu hari lagi untuk Malaysia Menyambut hari kebangsaan" kataku di dalam hati. Pagi ini aku duduk di atas bangku di rumahku. Sebenarnya aku menunggu kawanku. Oleh sebab, kami telah berjanji akan pergi bersiar-siar ke kawasan kampung. Tidak lama kemudian aku dikehutkan dengan satu suara yang memberi salam "assalamualaikum." ucap suara itu. Aku menjawab salam itu dan menjemputnya masuk. rupa-rupanya kawanku Mustafa yang memanggilku tadi. Kami berbual-bual sampai petang.
         Pada malam ini Mustafa memanggilku untuk menonton acara 'menunggu detik-detik dua belas tengah malam'. Petang tadi dia mengajakku pergi ke Dataran Merdeka. Setelah selesai, aku turun mendapatkan Mustafa, kami pergi ke sana dengan menunggang basikal, setelah sampai ke sana kami pun meletakkan basikal ke tempat yang dikhaskan untuk meletakkan basikal. Kami masuk dan mengambil tempat duduk. Berbagai acara dan persembahan yang dapat dilihat antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan oleh artis-artis tempatan. Debaran semakin memuncak apabila jam 11:55 malam, semua penonton melihat jam di menara jam. Detikdetik yang ditunggukan telah tiba, pernaikkan bendera 'Jalur Gemilang' dan lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama Perdana Menteri, Aku dan Mustafa pulang pukul 2:00 pagi. Setelah sampai di rumah aku membaringkan tubuh di atas katil di dalam bilikku. Tetapi aku masih belum melelapkan mata untuk tidur. Untuk meluangkan masa itu aku membaca buku novel. Tidakku sedar bilaku melelapkan mata untuk tidur.
             Pada pagi ini aku bangun lebih awal kerana Mustafa mengajakku ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan hari kemerdekaan. Kami pergi ke sana lebih awal kerana kami takut kami tidak dapat menyaksikannya di depan. Apabila sampai kami dapati tidak terlalu ramai orang yang berada di situ. Kami mengambil tempat di depan sekali kerana tidak ada orang dan memudahkan kami menyaksikannya secara dekat.
             Setelah ramai orang datang menyaksikannya, pengacara mengumumkan ketibaan Yang Dipertuan Agung dan diikuti oleh Perdana Menteri serta menteri-menteri. Acara dimulakan dengan lagu Negaraku, selepas itu, pembacaan ikrar dan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Selesai sahaja acara itu, mendelamasi sajak pula kedengaran. Aku merasa Negara ini amat bertuah kerana hari kemerdekaan ini. Setelah selesai acara tersebut, tibalah masa untuk mendengar lagu tradisional dan lagu patriolitik.
             Setelah selesai acara itu, acara yang ditunggu-tunggu iaitu perarakan kereta berhias, pelbagai-bagai bentuk kereta berhias dar pelbagai-bagai syarikat, sekolah dan intitusi, ada juga permain pancaragam sekolah menengah. Perarakan tersebut begitu meriah apabila tiba Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATDM), pelbagai kereta kebal dan jet perjuang dipersembahkan. setelah itu, Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATDM) melakukan tiga das tembakan ke udara. Setelah selesai acara itu, Yang Dipertuan Agung memeriksa barisan dan baginda juga memberi ucapan alu-aluan. Pengacara menyatakan bahawa baginda dan permaisuri serta diiringi oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri berangkat ke majlis santapan Diraja. Semua penonton berpuas hati dan pulang ke rumah masing-masing, aku dan Mustafa pula ke rumah. Setelah tiba di rumah aku pun  berbaring di atas katil di dalam bilikku kerana kepenatan.
**********TAMAT**********



          

No comments:

Post a Comment