Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Sunday, July 31, 2011

CERPEN KEDUA "KISAH ANAK NELAYAN"

"Kisah Anak Nelayan"


        P agi yang indah tidakku sangka begitu payah sungguh bapaku pergi ke laut untuk mencari rezeki. Kini baruku sedar bertapa payahnya bapaku turun ke laut pagi subuh pulangnya tengah malam. Ibuku pula membantu bapaku menjual ikan yang bapaku dapat.
                Pagi ini aku pergi lagi ke sekolah. Guruku meminta yuran peperiksaan lagi, aku hanya memberi alasan minggu depan baruku bayar. Tahun ini aku akan memduduki peperiksaan STPM dan MUET.
                Petangku balik dari sekolah, inginku ceritakan kepada orang tuaku bahawa cikgu meminta yuran lagi tetapi hatiku membantah. Semasa makan tengah harui td aku tidak berselera kerana perkara itu. "Lan... Lan... Lan..." panggil bapaku. Aku terkejut dan menjawab "Ya yah." "Mengapa kau menung saja. Ada masalah?" soal ayah lagi. "Cikgu minta duit yuran ayah." jawabku pendek. "Apa kau cakap dengan cikgu?" soal ayah lagi. "Minggu depan bayar ayah." jawabku lagi.
                Hari ini hari sabtu ayah pergi lagi ke laut. Sebelum ke laut aku cadangkan kepada ayah jika ada ikan biar aku menjualnya. Ayah bersetuju dengan cadanganku.
               Petang ini aku menunggu ayah balik dari laut. Harapanku semoga ayah balik dengan selamat dan beroleh ikan yang banyak. Ayah balik membawa beberapa bakul ikan, aku gembira dengan ayah dan bersyukur dengan rezeki hari ini. Kami membungkus ikan ke dalam kertas plastik yang aku bawa. Aku menjual dengan harga RM2.00 sebungkus, aku ada 10 bungkus. Ini bererti aku akan dapat RM20.00. Mula-mula pemuda berbangsa cina membeli dua bungkus. Tinggal lagi lapan bungkus.
              Tidak lama kemudia muncul sebuah kereta Proton Wira berhenti di hadapanku. Pemilik kereta itu amatku kenal. "Azlan, bila awak berniaga?" soal Cikgu Razif. "Baru mula Cikgu."jawabku pendek. "Berapa harga sebungkus ikan Azlan?" tanya Cikgu Razif lagi. "RM2.00 Cikgu." jawabku pendek. Cikgu Razif membeli lapan bungkus dan membayar dengan wang kertas RM100.00. Aku tidak ada wang untuk memberi baki tetapi Cikgu Razif menyatakan nahawa simpan saja baki itu.
             Setelah itu, aku pun pulang. Aku sudah ada wang untuk membayar yuran peperiksaan.
******************TAMAT*********************

CERPEN SULUNG "HARI KEMERDEKAAN"

"Hari Kemerdekaan"

Hari ini 30 Ogos Tahun 2003, "Tinggal satu hari lagi untuk Malaysia Menyambut hari kebangsaan" kataku di dalam hati. Pagi ini aku duduk di atas bangku di rumahku. Sebenarnya aku menunggu kawanku. Oleh sebab, kami telah berjanji akan pergi bersiar-siar ke kawasan kampung. Tidak lama kemudian aku dikehutkan dengan satu suara yang memberi salam "assalamualaikum." ucap suara itu. Aku menjawab salam itu dan menjemputnya masuk. rupa-rupanya kawanku Mustafa yang memanggilku tadi. Kami berbual-bual sampai petang.
         Pada malam ini Mustafa memanggilku untuk menonton acara 'menunggu detik-detik dua belas tengah malam'. Petang tadi dia mengajakku pergi ke Dataran Merdeka. Setelah selesai, aku turun mendapatkan Mustafa, kami pergi ke sana dengan menunggang basikal, setelah sampai ke sana kami pun meletakkan basikal ke tempat yang dikhaskan untuk meletakkan basikal. Kami masuk dan mengambil tempat duduk. Berbagai acara dan persembahan yang dapat dilihat antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan oleh artis-artis tempatan. Debaran semakin memuncak apabila jam 11:55 malam, semua penonton melihat jam di menara jam. Detikdetik yang ditunggukan telah tiba, pernaikkan bendera 'Jalur Gemilang' dan lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama Perdana Menteri, Aku dan Mustafa pulang pukul 2:00 pagi. Setelah sampai di rumah aku membaringkan tubuh di atas katil di dalam bilikku. Tetapi aku masih belum melelapkan mata untuk tidur. Untuk meluangkan masa itu aku membaca buku novel. Tidakku sedar bilaku melelapkan mata untuk tidur.
             Pada pagi ini aku bangun lebih awal kerana Mustafa mengajakku ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan hari kemerdekaan. Kami pergi ke sana lebih awal kerana kami takut kami tidak dapat menyaksikannya di depan. Apabila sampai kami dapati tidak terlalu ramai orang yang berada di situ. Kami mengambil tempat di depan sekali kerana tidak ada orang dan memudahkan kami menyaksikannya secara dekat.
             Setelah ramai orang datang menyaksikannya, pengacara mengumumkan ketibaan Yang Dipertuan Agung dan diikuti oleh Perdana Menteri serta menteri-menteri. Acara dimulakan dengan lagu Negaraku, selepas itu, pembacaan ikrar dan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Selesai sahaja acara itu, mendelamasi sajak pula kedengaran. Aku merasa Negara ini amat bertuah kerana hari kemerdekaan ini. Setelah selesai acara tersebut, tibalah masa untuk mendengar lagu tradisional dan lagu patriolitik.
             Setelah selesai acara itu, acara yang ditunggu-tunggu iaitu perarakan kereta berhias, pelbagai-bagai bentuk kereta berhias dar pelbagai-bagai syarikat, sekolah dan intitusi, ada juga permain pancaragam sekolah menengah. Perarakan tersebut begitu meriah apabila tiba Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATDM), pelbagai kereta kebal dan jet perjuang dipersembahkan. setelah itu, Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATDM) melakukan tiga das tembakan ke udara. Setelah selesai acara itu, Yang Dipertuan Agung memeriksa barisan dan baginda juga memberi ucapan alu-aluan. Pengacara menyatakan bahawa baginda dan permaisuri serta diiringi oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri berangkat ke majlis santapan Diraja. Semua penonton berpuas hati dan pulang ke rumah masing-masing, aku dan Mustafa pula ke rumah. Setelah tiba di rumah aku pun  berbaring di atas katil di dalam bilikku kerana kepenatan.
**********TAMAT**********



          

Thursday, July 21, 2011

BUKU MOTIVASI DIRI(KESIMPULAN)

MOTIVASI 4
KESIMPULAN


Untuk menjadi pelajar cemerlang atau berjaya perlu menpunyai beberapa matlamat keperluan iaitu:
  • Specipic = terperinci
  • Measurable = boleh diukur
  • Attainable = boleh dicapai
  • Time france = ada jangka masa
 Pelajar yang cemerlang juga perlu:
  • Fokus kepada perkara penting walaupun tidak seronok.
Tetapi pelajar yang lemah atau malas akan:
  • Fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang atau berjaya perlu:
  • Paksa diri bukan manja diri.
Untuk menjadi pelajar cemerlang perlu ada piagam pelajar iaitu:
  • Pecutan terakhir perlu sepenuh tenaga, masa dan fikiran.
  • Tiap-tiap hari dari sekarang (tanpa kecuali).
  • Jaga keselamatan dan kesihatan.
  • Pilihan diri (cemerlang atau kegagalan).
  • Fokus kepada perkara penting walaupun tidak seronok.
  • Paksa diri bukan manja diri.
  • Gagal sekali bukan selama-lamanya.
Pelajar cemerlang juga perlu ada keyakinan diri jika tidak pelajar tersebut perlu mengubatinya dengan:
  1. Kenali pencipta.
  2. Kenali diri.
  3. Solat.
  4. Baca.
  5. Doa.
  6. Usaha.
  7. Tawakal.
Strategi kejayaan iaitu:
  • Motivasi diri dari Ibubapa, Guru, dan Sahabat.
  • Belajar berkesan seperti sedia awal, tumpuan, ulangkaji (nota dan peta minda) dan latihan.
Keyakinan diri:
  • Semua manusia sama tapi tak serupa.
  • Kita boleh lakukan apa yang kita fikir dengan izin.
  • Kegagalan pertama bukan noktah akhir kehidupan. (itu pengajaran)
Mendidik jiwa dan minda:
  1. Bersihkan diri.
  2. Tunaikan suruhan dan jauhi larangan.
  3. Selalu berdoa untuk kejayaan.
  4. Mohon doa restu dari Ibubapa dan guru.
  5. Berserah diri kepada Tuhan.
  6. Terima kputusan dengan redha dan sabar.
  7. Tiap kegagalan ada hikmah yang terselindung.
***SEKIAN***

HALAMAN 6,7 & 8

Monday, July 4, 2011

BUKU MOTIVASI DIRI(PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN)

     MOTIVASI 3
PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN


             Pengurusan masa sebenarnya merujuk kepada masa adalah GURU yang paling hebat, tetapi malangnya ia boleh MEMBUNUH semua anak muridnya. Pelajar perlu bijak menguruskan masa supaya menjadi pelajar yang cemerlang. Masa perlu diurus dengan bijak dengan AKTIVITI TERANCANG ia akan membuahkan HASIL yang SEMPURNA seterusnya akan mendapat KEPUTUSAN yang CEMERLANG.
            Pada masa sekarang ramai pelajar membazirkan masa. Untuk itu kita perlu mengenali masa yang dibazirkan. Antaranya:-
  1. Perbualan yang tidak berfaedah.
  2. Perbualan telefon yang tidak berfaedah.
  3. Berjalan-jalan dengan kawan tanpa tujuan atau tanpa faedah.
  4. Bergaduh dengan adik-beradik atau rakan-rakan.
  5. Belajar sebelum bersedia untuk belajar.
  6. Membazrkan masa tanpa mengetahui teknik belajar.
  7. Melepak.
  8. Menunggu kawan atau sesuatu tanpa membuat sesuatu yang alternatif.
  9. Menonton televisyen atau VCD atau mendengar radio yang berlebihan.
HALAMAN 5