Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Monday, February 4, 2013

CERPEN C.U.T.I



Sepinya hari ini” keluhku sendirian. Hari ini aku keseorangan lagi. Maklumlah cuti semester. Cuti kali ini aku tidak balik kampung kerana tiada bajet. Mulanya aku ingin mengikuti rakanku Mansur untuk balik ke kampungnya di Kota Bahru tapi aku membatalkan niat untuk bercuti di situ. Di hostel aku keseorangan. “Hah! Lebih baik aku tidur saja.” Aku terus masuk dalam bilikku. Akan tetapi payah untukku lelapkan. Aku keresahan pula. Baik aku pergi membeli barang keperluan manalah tahu kesepianku ini reda. Aku terus masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala untuk mandi. Rasa kesejukan air mandian menyegarkan tubuhku. Setelah selesai mandi aku terus mengambil pakaianku.
            Tiba sahaja aku di pusat membeli belah aku terus ke restoran untuk makan pagi dahulu sebelum membeli belah. Hari ini ramai juga yang berada di pusat membeli belah. Ada yang sekadar berjalan-jalan sahaja tanpa membeli apa-apa. Ada juga yang makan di restoran makanan segera. Pelbagai karenah yang aku temui di sini. Setelah selesai makan aku terus pergi membeli barang. Tiba-tiba aku disapa oleh rakanku. “Mat…… Mat….. tak balik kampung?” Sapa Fauzi. “Taklah Zi. Kau tu tak balik kampung?” Kataku lagi. “Malaslah Mat…… Mat jom tengok Wayang.” Pelawa Fauzi. “Cerita apa Zi?” Tanyaku. Selepas kami bersetuju untuk menonton wayang, Fauzi terus mengajakku ke panggung wayang di tingkat atas. Setelah sampai, Fauzi membeli tiket wayang. Tayangan wayang untuk Filem ‘Transformer 3’ pada hari ini pukul 3:00 petang. Dalam kesempatan itu kami terus pergi ke Giant yang terletak dalam Pusat Membeli Belah itu.
            Bagiku untuk membeli barang keperluan adalah sesuatu yang penting pada ketika cuti ini. Berkali-kali Fauzi melihat jam ditangannya. Nampaknya Fauzi tidak sabar lagi untuk menonton wayang itu. “Sabar-sabarlah Zi. Akupun tak sabar juga ni nak tengok Filem tu.” Kataku kepada Fauzi. “Aku bukan apa Mat. Aku takut kita terlepas waktu tayangan Filem tu. Apa kata kita pergi makan lepas ni.” Kata Fauzi. Aku setuju dangan cadangan Fauzi tu. Selepas aku membayar harga barangan yang aku beli tadi kami terus pergi ke sebuah Restoran yang tidak jauh dari Pawagam.
            Setelah selesai kami makan Fauzi mengajak aku terus ke Pawagam kerana 10 minit lagi untuk tayangan Filem yang kami beli tadi. Tayangan Filem tersebut telah pun bermula. Kira-kira dua setengah jam masa Filem tersebut ditayangkan. Setelah selesai tayangannya semua penonton keluar mengikut pintu keluar yang disediakan. Aku dan Fauzi terus saja balik ke Hostel masing-masing. Pada malam ini Fauzi ingin menemaniku di dalam bilik Hostelku.
**********
            Seperti biasa malam ini aku tidak kesunyian kerana ada rakan yang menemaniku. Yang pastinya aku dan Fauzi sahabat yang sama mengambil program Information Technology di kolej. Malam ini aku dan Fauzi menyiapkan assignment  masing-masing. Yang pastinya banyak assignment yang perlu kami siapkan. Dengan menggunakan komputer riba masing-masing kami menyiapkan dalam keadaan senyap. Tiada seorang pun dari kami berkata-kata.
            Dalam ketika itu kami leka menyiapkan kerja masing-masing aku memulakan kata. “Zi, kau tak balik kampung? Setahu aku kampung kau tak jauh dari sinikan?” Kataku. “Malaslah aku nak balik kampung. Lagipun bukannya ada kerja di kampung tu. Kalau balik pun tentu makan tidur saja aku di rumah.” Kata Fauzi. “Yalah. Bukannya nak buat apa-apa di kampung. Zi, aku mengantuklah. Aku tidur dululah. Selamat malam.” Kataku. aku terus saja menutup komputer ribaku dan terus saja berbaring di atas tilam yang segaja kami bentangkan di ruang tamu bilikku.
            ‘Malasnya nak bangun pagi ini.’ Kataku dalam hati sambil menguap. Rasa malas untuk bangun pagi ini aku lihat jam baru saja pukul 5:00 pagi. Apabila aku menjeling tempat tidur Fauzi, Aku lihat tiada kelibat Fauzi yang berbaring, Cuma tempat tidur yang sudah dikemas saja. Bila aku pergi ke bilik aku lihat Fauzi tengah solat. Jadi aku cepat-cepat berwuduk dan berberus gigi untuk bersolat bersama-sama Fauzi.
            Setelah selesai bersolat aku dan Fauzi menyediakan sarapan pagi. “Pandai juga kamu masak Mat.” Kata Fauzi. “Masakan bujang saja Zi.” Kataku. Berselera sungguh kami makan masakan aku. “Mat, hari ini kita nak pergi mana?” Tanya Fauzi. “Tak tahulah Zi.” Jawabku ringkas. “Takkan nak tengok wayang lagi.” Sambungku. Fauzi masih lagi berfikir. Aku membiarkan Fauzi berfikir. “Apa kata kita buat assignment saja Mat.” Kata Fauzi kepadaku. “Itu memang betul, sebab masih banyak lagi assignment yang perlu dibuat ni.” Kataku menyokong Fauzi. Sebelum kami menyiapkan assignment aku dan Fauzi pergi mandi. Fauzi balik ke hostelnya yang terletak tidak jauh dari hostelku. Sekali lagi aku keseorangan di dalam hostel. Hanya bunyi desiran kipas sahaja yang kedengaran. Aku terus mengambil tuala di tepi katil.
            Setelah siap aku mandi, aku terasa segar. Kini aku menunggu Fauzi. Lama juga kedatangan Fauzi aku rasa bosan. Untuk mengisi kebosanan, aku menonton filem yang ada di komputer ribaku. “Lama juga Fauzi ni.” Keluh hatiku. Tiba-tiba satu ketukkan dan suara orang memberi salam. “Assalamualaikum.” Kata suara itu. Aku bergegas pergi membuka pintu hostelku. Aku melihat susuk badan orang itu. Sememangnya aku kenal siapa gerangan orang itu. “Fauzi, buat kejut sajalah kamu ni.” Kataku kepadanya. “Lambatnya kamu datang.” Sambungku lagi. Aku menjemput Fauzi masuk. “Maaflah Mat. Tadi ada keluarga aku telefon Tanya aku balik atau tak.” Kata Fauzi. “Hari ini kamu nak pergi mana?” Tanya Fauzi. “Tak ke mana-manalah Zi.” Jawabku. “Bosanlah kalau tak keluar masa cuti ni. Apa kata kita keluar?” Cadang Fauzi. “Kalau kita keluar, assignment ni bila nak buat.” Kataku. “Kita boleh bawa komputer riba kita. Ini akan memudahkan kita mencari maklumat dan membuat assignment.” Kata Fauzi lagi. Aku terfikir apa yang Fauzi cadangkan. “Baiklah Zi. Aku setuju.” Kataku. “Kalau begitu apa lagi kau pergilah mandi aku tunggu kau. Jangan lupa bawa Laptop. Aku balik dululah nak bersiap-siap.” Kata Fauzi. Fauzi pun berlalu dari bilik hostelku. ‘Tak lama lagi bermulalah semester baru.’ Keluhku.
            Lama juga aku menunggu Fauzi bersiap-siap. “Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam dan disusuli dengan bunyi ketukkan. “Waalaikumussalam.” Jawabku. “Lama juga kau bersiap Zi.” Sambungku. “Maaflah tengah berkemas tadi.” Katanya. “Yalah, marilah kita pergi.” Ajakku. Kami terus meninggalkan hostel dan pergi ke penghentian bas untuk menunggu bas.
            Masa terus berlalu, lama juga menunggu bas. “Boringlah tunggu bas ni Mat. Apa kata kita naik teksi saja.” Keluh Fauzi. “Aku ikut saja Zi.” Kataku.
            Kebetulan teksi lalu di situ. Fauzi terus menghentikan teksi. “Mahu ke mana adik?” Tanya pemandu teksi itu. “Pergi ke Suria KLCC.” Jawab Fauzi. Aku hanya mengangguk sahaja. Pemandu teksi memperlawa kami untuk masuk ke dalam teksi. Aku melihat dia menyelaraskan meter teksi. Teksi terus meluncur laju ke destinasi. Akhirnya sampai juga kami ke Suria KLCC.
“Zi, laparlah. Marilah kita pergi makan.” Kataku. Fauzi pun mencari tempat untuk makan. Kami pun masuk ke dalam restoran KFC yang terdapat di dalam Suria KLCC. “Bila nak buat Assignment ni Zi?” Tanyaku sambil makan. “Kita buat Assignment di luar Suria KLCC. Boleh tengok menara KLCC dan menara Petronas.” Kata Fauzi.
            Pagi ini amat membosankan kerana tiada apa-apa yang nak dilakukan. Kalau nak keluar, semalam sudah penat kerana keluar sampai malam. Bila aku lihat Fauzi masih enak tidur. Apa yang aku buat adalah menghadap komputer ribaku. Aku melihat Fauzi mengeliat hendak bangun. “Baru bangun Zi.” Tegurku. “Ya. Aku balik dulu Mat.” Kata Fauzi, dia terus menyuruhku membuka pintu. “Yalah Zi.” Kataku ringkas. ‘Esok merupakan hari pertama kuliah dalam semester baru untuk tahun ini.’ Aku terfikir sejenak. Cepat juga masa berlalu.
*******TAMAT*******

Tigermalay87