Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

KEHIDUPAN MANUSIA:TEKNIK HIDUP BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 2
REMAJA GEMILANG

Membentuk Remaja Gemilang
               Satu wawasan Negara menjelang tahun 2020 adalah membentuk golongan remaja yang gemilang dalam semua aspek samaada fizikal, rohani, sahsiah, spiritual dan juga akademik.
               Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). PLKN dilihat sebagai satu usaha murni untuk memperunggulkan peribadi pelajar yang menjadi tonggak masa depan Neara. Ia juga mampu menyediakan pelajar dengan iltizam, semagat dan kegigihan. Namun, usaha pihak luar untuk menaikkan kualiti peribadi remaja tidak akan berjaya tanpa daya usaha dan perlibatan individu itu sendiri kerana faktor individual menatasi segalanya.
              Remaja terutamanya yang berusia 12 tahun ke atas bukan anak kecil lagi yang masih memerlukan seala tunjuk ajar untuk membezakan yang mana baik dan sebaliknya. Akan tetapi pelajar itu boleh berfikir sendiri untuk peribadi yang mulia dengan mengamalkan kehidupan sosial yang sihat denan teman-teman sebaya selain memperolehi keseimbangan rohani dan jasmani yan secukupnya.
              Teras program tersebut adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia menghadapi cabaran, rintangan, halangan, fatamorgana, dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Negara Malaysia. Selain itu, program ini juga berbeza dengan program di Negara luar kerana bukan berbentuk ketenteraan tetapi berasaskan kepada faktor-faktor seperti melibatkan semua kaum tanpa mengira jantina,  berteraska Rukun Negara, bukan berbentuk kerahan tenaga atau military conscripls dan mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.
HALAMAN 8 dan 9
Renungan Untuk Remaja
          Perjuangan untuk memerdekakan Negara dari belenggu penjajahan dan kedamaian kemudian pada itu mempertahankannya adalah sifat-sifat mulia yang perlu disanjung tinggi oleh generasi remaja. Hal demikian kerana cetusan para perjuang inilah seperti tokoh-tokoh politik, cendekiawan dan para ulama' maka kita dapat hidup pada zaman ini merasai nikmat perjuangan mereka.
          Setakat ini Negara Malaysia sudah berhadapan dengan berbagai-bagai gejala sosial yang membimbangkan yang meminta agar generasi remaja sama-sama insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Di dalam kita berusaha meningkatkan kesedaran kepada remaja tentang pentingnya kemerdekaan dan di dalam kita melahirkan kesyukuran ke atas manisnya kemerdekaan itu, sudah ada tanda-tanda di dalam masyarakat kita mulai cuai dan alpa sehingga menimbulkan masalah yang mana jika tidak dibanteras dengan segera akan membawa kepada keadaan dijajah. Khususnya penjajahan minda, iaitu suatu penjajahan bentuk baru yang licik serta halus.
  • Antara masalah yang dimaksudkan ialah black mental, pergaulan bebas, gengsterisme, vandalisme, penyalahgunaan dadah, terlibat dengan pelbagai aktiviti tidak sihat, lumba haram dan sebagainya.
Dalam kalangan remaja, hal demikian kerana mereka lupa dan alpa tentang soal-soal pengorbanan, disiplin, tanggungjawab dan jati diri.
  • Untuk menyekat atau mengatasi masalah ini remaja harus diberi didikan dan tanamkan disiplin dalam diri supaya remaja terhindar dari sebarang gejala yang boleh merosakkan masa depan diri, keluarga dan juga Negara.
HALAMAN 10 dan 11

No comments:

Post a Comment