Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Wednesday, June 15, 2011

Jiwa(BAHAGIAN KHAS)


Indah sungguh pagi ini,
Seperti indahnya jiwa ini;
Angin yang bertiup di pagi ini,
Mengindahkan lagi jiwa ini.

Bila jiwaku indah,
Tidakku tahu keindahan hatiku;
Bila kukenangkan hidup ini,
Ada yang pahit dan ada yang manis.

Pahitnya rasa tidak dapat ditelan,
Bila hati ini mengharungi cabaran;
Akan tetapi bila kukenang,
Manisnya rasa semanis madu.

Kuingin menenangkan jiwa,
Jiwa yang dikenang tak habis jua;
Kerana terlalu panjang seperti pokok pinang,
Sungguh susah ingin dilupakan.

Jiwa ini,
Penuh naluri yang tak ternilai;
Bagaimana mahu kuhindari,
Segala yang dihadapi.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 26

No comments:

Post a Comment