Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Sunday, December 30, 2012

C.M.B.LAMAN SOSIAL FACEBOOK



Aku menghidupkan notebook dan melayari laman Facebook lalu aku aktifkan akaun Facebookku bagi mengisi kelapangan. Tiba-tiba aku melihat satu mesej yang belumku baca. “Hai, Saya ingin berkenalan dengan awak. Boleh saya tahu siapa nama awak?” mesej itu dari Putera Misteri. Hatiku berdebar setelah membaca mesej dari Putera Misteri itu. Aku teragak-agak untuk membalas mesej itu. Tiba-tiba muncul satu mesej di ruang chatting Facebook. “Putera Misteri: Hai awak saya Fazli. Nama awak siapa?” sekali lagi mesej yang di hantar oleh Putera Misteri. Jari-jemariku rasa kaku untuk membalas. Lalu aku membaca profil Putera Misteri dahulu. Laluku membalas mesej itu “Maya Manja: Hai, saya Mayaliza. Awak berasal dari mana?” Baru rasa gementarku hilang. Lama juga aku tunggu tapi dia belum membalas. “Putera Misteri: Wow! Cantiknya nama awak. Mesti awak ni cantik.” Beberapa minit aku menunggu barulah dia membalas. “Maya Manja: Terima kasih, Taklah secantik manapun.” Balasku lagi. Lama juga kami bersembang di laman chatting. Pelbagai soalan yang kuajukan kepadanya. Aku melihat jam di dinding notebookku, “tak lama lagi tengahari” kataku dalam hati. Oleh kerana petang ini aku ada kelas, aku terus log off akaun Facebookku. Aku terus berkemas untuk pergi ke kampus.
***********************
Petang ini pelbagai persoalan yang aku fikirkan. Ternyata persoalan itu tiada jawapannya. Di dalam kelas aku mendapati rakan-rakanku duduk membuat kerja masing-masing sementara menunggu pensyarah datang. Ada antaranya tengah melayari Facebook. Aku mengambil tempat duduk bersama dengan rakan karibku Izati. “Lambatnya kamu, Liza.” Tegurnya. “Jalan sesaklah Zati.” Kataku. Setelah aku melabuh punggungku di atas kerusi aku terus menghidupkan notebookku sementara pensyarah belum sampai lagi. Aku mengaktifkan akaun Facebook. “Liza, kamu termenung kenapa? Kamu sakit?” Kata Izati lagi. “Taklah, saya nak tanya kamu. Ada tak Fazli dalam kolej kita ni?” Tanyaku pula. “Fazli, kenapa dengan dia?” Kata Izati. “Entahlah Liza, mungkin ada.” Sambung Izati lagi. Tidak lama kemudian datang pensyarah masuk ke dalam kelas kami. Aku terus log off Facebookku.
“Liza jom pergi makan.” Kata Izati. Aku hanya mengangguk sahaja. Kami terus menuju ke kafe. Di dalam waktu kami menikmati makanan tiba-tiba kami didatangi oleh seseorang. Dia menghampiri kami dan bertanya kepada kami. “Maaf cik, boleh saya tanya? Siapa Mayaliza?” Kata orang itu. “Ya saya Mayaliza.” Kataku. “Ini ada surat untuk awak.” Kata orang itu lagi. Aku terus mengambil surat itu dan orang itu terus berlalu dari situ. Bertapa terkejutnya aku apabila membaca surat itu. Selesai sahaja makan aku terus balik ke hostelku. Kali ini aku tidak memandu bersendirian kerana Izati ada disebelahku. “Zati, malam ini tidur di rumah saya. Boleh tak? Saya keseorangan kerana kawan-kawan yang lain sudah balik kampung.” Kataku sambil memandu. “Liza, kita balik rumah saya dulu, saya nak ambil baju.” Kata Izati. “Baiklah.” Kataku ringkas. Keretaku terus meluncur laju menuju ke rumah Izati.
Kami meneruskan perjalanan kami untuk menuju ke rumahku. Setelah sampai aku mencari tempat letak kereta untukku meletak kereta. Malam ini aku dan Izati membuat assignment yang diberi oleh pensyarah kami. Sambil menyiapkan assignment aku mengaktifkan akaun Facebookku. “Putera Misteri: Hai, Maya. Awak sihat.” Satu mesej dari laman chatting Facebook muncul. “Liza, kenapa termenung?” Tanya Izati. “Tak ada apa-apalah Zati, Cuma Fazli hantar mesej di laman chatting Facebook saya.” Kataku. “Apalagi balas sajalah.” Kata Izati. Akupun terus membalas. Kami bersembang di laman chatting sehingga mataku mengantuk. Aku terus merebahkan diri untuk tidur.
*****************
            Apabila matahari menjenguk tingkap menandakan waktu siang bermula. Aku dan Izati lantas mengemas tempat tidur. Aku terus menghidupkan notebookku dan mengaktifkan akaun Facebookku. Terpapar di akaun Facebookku satu mesej yang belumku baca. Tanpa berlengah masa akupun membaca mesej tersebut. Ternyata mesej itu dari Putera Misteri. Aku terus membalas mesej itu. Tidak lama kemudian muncul satu mesej di laman chatting Facebook. Di akhir sembang itu Putera Misteri menyatakan hasratnya untuk berjumpa denganku. Hatiku berdebar apabila pertanyaan itu keluar darinya. Tidak dapatku teruskan perbualan kami, lalu aku memandang Izati. “Liza, kenapa ni?” Tanya Izati. “Fazli nak jumpa saya Zati. Bagaimana Zati?” Kataku. “Kamu jumpa sajalah dia.” Cadang Izati. “Kamu temankan saya pergi jumpa dia boleh tak?” Tanyaku lagi.
            Hari ini seperti biasa aku telah berjanji dengan Izati untuk bertemu dengan Fazli. “Izati, cepatlah mandi.” Kataku. “Amboi! Liza, tak sabar nak jumpa Fazli?” Kata Izati. “Bukan tak sabar, tapi nak tepati janji.” Kataku. “Yalah, dah siap pun.” Kata Izati lagi. Kami terus menaiki kereta untuk pergi ke restoran yang telah dijanjikan. Perjalanan kami berjalan lancar tanpa kata-kata. Sesekali aku melihat jam.
            Setelah sampai ke destinasi yang kami tuju. Aku mencari tempat meletak kereta. Kulihat ramai orang yang berada di dalam restoran tersebut. Aku dan Izati mencari Fazli. Tidak jauh dari kaunter restoran kelihatan seorang lelaki yang tengah menunggu seseorang. “Liza, saya rasa itu Fazli.” Kata Izati sambil menunjuk ke arah lelaki itu. Kami menghampiri lelaki itu. Hatiku terasa berdebar-debar. Walaubagaimanapun langkah kami kian menghampirinya. Begitu sukar untuk menyusun kata-kata. “Assalamualaikum.” Kataku memberi salam kepadanya. “Waalaikumussalam.” Jawabnya. “Boleh saya tanya, awak ni Fazli?” Tanyaku. “Ya, saya Fazli. Awak Mayaliza?” Katanya lagi. “Ya saya. Panggil saja Liza. Ini kawan saya Nur Izati. Awak tak kisah saya bawa kawan?” Kataku lagi. “Tak apa. silalah duduk.” Katanya lagi. Kami pun duduk. Pada mulanya tiada kata yang dilafazkan oleh kami. Pelayan datang untuk mengambil pesanan. Aku dan Izati hanya memesan set makan tengahari sahaja. Aku lihat Fazli juga memesan set makan tengahari. Setelah pelayan restoran berlalu suasana masih lagi senyap. Tiada kata diucapkan antara kami sehingga pelayan restoran kembali membawa makanan yang kami pesan.
            Dalam keadaan yang sunyi sepi jugalah kami makan makanan yang telah kami pesan. Selesai sahaja makan barulah kami berbual. Pelbagai pertanyaan yang diajukan olehku kepadanya. Selain itu, pertukaran nombor telefon bimbit masing-masing. Izati hanya menjadi pemerhati sahaja. Lama juga kami berbual, tiba masanya untuk kami balik hostel. Dalam perjalanan Izati membuka bicara. “Liza, kacak juga Fazli tu.” Kata Izati. Aku hanya terdiam sahaja. Di dalam hati aku mengaku apa yang Izati katakan tadi. Apabila melihat aku diam, Izati juga diam.
*****************
            Minggu ini merupakan permulaan semester empat. Hari ini hari pertama kami masuk kuliah untuk semester baru. Seperti biasa banyak cerita yang dikongsikan selepas cuti. Bagiku pula tiada yang menarik semasa cuti kerana aku tidak balik kampung. “Liza, termenung saja saya tengok kamu ni. Dilamun cinta?” Kata Izati. Aku terkejut dengan teguran Izati. “Tak adalah Zati.” Kataku. Kami berborak sehingga pensyarah datang. Maklumlah minggu pertama semester empat. Pensyarah selalunya datang lambat. Lama juga kelas hari ini. Selepas selesai sahaja kelas aku terus ke kafe. Sampai sahaja di kafe dan aku terus mengeluarkan serta menghidupkan notebook dan mengaktifkan akaun Facebook. Seperti biasa tiada apa yang menarik. Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Aku lihat satu mesej.
Bersambung……..
[CERPEN CINTA MUKA BUKU 2.0]


AKAN DATANG………….
SAMBUNGAN CERPEN C.M.B LAMAN SOSIAL FACEBOOK…….




CINTA MUKA BUKU 2.0

No comments:

Post a Comment