Laut yang luas biru warnanya,
Langit memutih awan membiru bagai suteranya;
Keindahan alam terbukti luasnya,
Memaparkan kekuasaan yang dimilikiNya.
Engkau Tuan alam ini,
Aku dan hidupan ini adalah hambaMu yang abadi;
Kesyukuran kupanjatkan kepadaMu Tuhan yang kekal abadi,
DiKaulah Tuhan yang maha suci.
KewujudanMu memberi nafas baru,
Untuk terus berpegang kepadaMu;
Aku ingin menjadi hambaMu yang setia padaMu,
Inginku buktikan bahawa tiada yang lain selainMu.
Aku akan memberi segala-galanya kepadaMu,
DemiMu jugalah aku beriman;
DemiMu jualah aku menyembahMu,
Telahku ketahui Kaulah Tuhan yang maha berkuasa.
21/10/2005
Zulkaini
No comments:
Post a Comment