Masa itu emas,
Yang tidak ternilai harganya;
Masamu muda perlu digunakan,
Sebelummu tua tak menyesal.
Masamu sihat gunakan sebaiknya,
Supaya tak akan menyesal apabila sakit nanti.
Masa juga perlu digunakan,
Bilamu lapang;
Apabila sibuk jangan menyesal.
Masa hidup jangan disia-siakan,
Kerana hidup sementara saja.
Gunakanlah masa itu sebaik-baiknya,
Apabila kamu kaya;
Jangan menyesal jika kamu miskin.
Masa perlu digunakan,
Sebaik-baiknya;
Kerana masa amat berharga,
Jangan lupa tanggungjawabmu pada agama.
21/10/2005
Zulkaini
No comments:
Post a Comment