Indah sungguh hari ini,
Sinarnya bersih dan suci;
Bagai hatiku kini,
Begitu lapang walaupun sehari.
Namun tidakku kenal esok pagi,
Adakah hatiku kembali tenang seperti kini;
Hanya esok sajaku ketahui,
Tenang ataupun tidak hati ini.
Kini baruku tahu,
Bertapa susahnya hidup ini;
Bagai mahu mati saja,
Tidakku rela menempuh dugaan dan cabaran.
Tetapi aku tahu,
Kematian itu ditentukan oleh Tuhan yang berkuasa;
tak ingin aku menderhakaNya,
Kerana dialah aku hidup dan mati.
20/10/2005
Zulkaini
No comments:
Post a Comment