Bertapa sedihnya hatiku apabila mendengarmu,
Sudah pergi menyahut seruan Ilahi.
Aku tidak mampu bersuara lagi,
Seperti dulu;
Kehilanganmu kali ini tiada penggantinya.
Engkau telah banyak berjasa kepadaku,
Sehingga aku tidak dapat menahan sebak;
Hatiku kini sepi,
Kerana ketiadaanmu disisi.
Jika dulu aku gembira,
Tetapi sekarang sudah tiada;
Kau pergi meninggalku,
Untuk selama-lamanya.
Kemaafan kupohon kepadamu,
Telah membesarku;
Dengan kesederhanaan,
Aku dapat hidup bahagia disisimu.
Tetapi kini,
Engkau tiada lagi;
Dengan siapa aku hidup ini,
Payahku menahannya.
Setiap detik aku berdoa,
Semogamu bahagia;
Semogamu hidup bersama-sama orang beriman,
Sudahku mengerti,
Kehilanganmu tiada pengganti
*Ayah telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 1990.
21/10/2005
Zulkaini
No comments:
Post a Comment