Manusia,
Kejadianmu sungguh sempurna;
Allah menjadikan seorang bapa dan seorang ibu,
Adam bapanya,
Hawa ibunya,
Kejadian dari tanah liat.
Manusia,
Sedarlah kamu;
Kehidupanmu hanya sementara,
Allah telah menyediakanmu,
Tempat yang kekal abadi.
Manusia,
Sedarlah kamu;
Bahawa Allah itu Tuhanmu,
Nabi Muhammad itu nabi dan rasulmu,
Islam itu agamamu,
Dan Al-Quran itu kitabmu.
Manusia,
Engkau telah dijadikan berkaum-kaum;
Engkau juga telah dijadikan berlainan jantina,
Supaya kamu mengikatnya,
Menjadi satu hubungan kekeluargaan.
Manusia,
Sudahkah kamu bersedia;
Untuk kembali menemui Dia,
Sudahkah kamu berbekalkan ilmu yang nyata,
Untuk menduduki dunia yang nyata.
Manusia,
Sedarlah kamu dari tidur;
Dunia ini hanya sementara,
Apabila Dia memanggilmu,
Bersedialah menghadapinya.
21/10/2005
Zulkaini
No comments:
Post a Comment