Hidup yang pelbagai onak;
Onak ranjau yang mencabar,
Mencabar jiwa untuk bersyukur.
Hidup ini,
Walaupun Kau bersifat sementara;
Tetapi kau seperti selamanya,
Hakikatnya kau sementara.
Hidup ini,
Hidup yang penuh cabaran;
Cabaran yang mencabar,
Bersedialah untuk menempuhinya.
Hidup ini,
Hidup yang penuh dugaan;
Dugaan yang tak disangka,
Ia akan datang sendiri.
Manusia,
Kau perlu bersabar;
Bila menempuhi cabaran,
Cabaran dan dugaan hidup ini.
Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 25
No comments:
Post a Comment