Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian
Showing posts with label Karya Agung. Show all posts
Showing posts with label Karya Agung. Show all posts

Friday, June 10, 2011

BUNGA RAYA

Bunga raya,
Bunga kebangsaan Malaysia;
Bunga kebanggaannya,
Bunga kemegahannya.

Bunga raya,
Lima kelompak;
Lambang rukun Negara,
Kemegahan Negara.

Bunga raya,
Satu warna;
Lambang perpaduan Negara,
Kaya dengan kaum dan agama.

Bunga raya,
Bunga yang mulia;
Bunga yang kaya,
Bunga yang setia.

Zulkaini
15/04/06

Wednesday, June 8, 2011

Bukti KekuasaanMu

Laut yang luas biru warnanya,
Langit memutih awan membiru bagai suteranya;
Keindahan alam terbukti luasnya,
Memaparkan kekuasaan yang dimilikiNya.
Engkau Tuan alam ini,
Aku dan hidupan ini adalah hambaMu yang abadi;
Kesyukuran kupanjatkan kepadaMu Tuhan yang kekal abadi,
DiKaulah Tuhan yang maha suci.

KewujudanMu memberi nafas baru,
Untuk terus berpegang kepadaMu;
Aku ingin menjadi hambaMu yang setia padaMu,
Inginku buktikan bahawa tiada yang lain selainMu.

Aku akan memberi segala-galanya kepadaMu,
DemiMu jugalah aku beriman;
DemiMu jualah aku menyembahMu,
Telahku ketahui Kaulah Tuhan yang maha berkuasa.

21/10/2005
Zulkaini

Kebesaran Tuhan

Oh! Tuhan Engkaulah yang maha besar,
Tiada yang lain yang boleh menandingi kebesaranMu;
Engkau jualah yang aku memohon restu,
Walaupun Kau tahu apa yang kupohon.

Tuhan,
Engkaulah harapanku;
Inginku katakan padaMu,
Tetapi aku tidak berdaya.
Tuhan,
Engkau memberiku peluang;
Untuk hidup,
Aku berterima kasih kepadaMu.

Tuhan,
Engkau mengasihiku;
Engkau juga mengasihi hambaMu,
Engkau memberi peluang kepadaku dan hambaMu.

21/10/2005
Zulkaini