Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Friday, June 17, 2011

BUKU MOTIVASI DIRI(PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN)

MOTIVASI 2
PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN 


            Terdapat enam faktor kecemerlangan iaitu PERSEKITARAN BELAJAR YANG SESUAI. Persekitaran semasa belajar mestilah TIADA GANGGUAN, SELESA, mempunyai CAHAYA MATAHARI yang baik, pelajar juga boleh MENAMPAL GAMBAR untuk ketenangan minda.
           Selain itu pelajar yang cemerlang perlu MOTIVASI dan mempunyai SIKAP POSITIF YANG TINGGI. Di dalam memotivasikan diri pelajar perlu mempunyai PENGALAMAN, DORONGAN dari ibubapa, menCARI KEPERLUAN untuk menjadi cemerlang dan juga pelajar perlu ADAKAN MATLAMAT. Untuk mencapai sesuatu matlamat seorang pelajar perlu mempunyai usaha yang gigih.
           Di samping itu, seorang pelajar juga perlu ada STRATEGI BELAJAR YANG EFEKTIF. Strategi belajar in bermaksud sikap pelejar yang efektif. Pelajar yang efektif perlu mempunyai MATLAMAT YANG JELAS, CARA MEMBACA yang betul, CARA MEMBUAT NOTA, CARA BERFIKIR, CARA BELAJAR yang berkesan dan CARA MENDENGAR.
HALAMAN 4

Wednesday, June 15, 2011

Pejuang(BAHAGIAN KHAS) Sajak Akhir

Pejuang,
Pahit getir kau hadapi;
Menhadapi perjuangan ini,
Memperjuangkan jiwa dan raga.

Pejuang,
Engkaulah wiraku;
Engkau tak putus asa,
Berjuang demi Negara dan bangsa.

Pejuang,
Walaupun kau sudah tiada;
Namun namamu tetap ada,
Namun jasadmu masih ada.

Pejuang,
Kau tetap dikenang;
Dikenang kerana jasamu,
Jasa yang tiada ternilai.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 27

Jiwa(BAHAGIAN KHAS)


Indah sungguh pagi ini,
Seperti indahnya jiwa ini;
Angin yang bertiup di pagi ini,
Mengindahkan lagi jiwa ini.

Bila jiwaku indah,
Tidakku tahu keindahan hatiku;
Bila kukenangkan hidup ini,
Ada yang pahit dan ada yang manis.

Pahitnya rasa tidak dapat ditelan,
Bila hati ini mengharungi cabaran;
Akan tetapi bila kukenang,
Manisnya rasa semanis madu.

Kuingin menenangkan jiwa,
Jiwa yang dikenang tak habis jua;
Kerana terlalu panjang seperti pokok pinang,
Sungguh susah ingin dilupakan.

Jiwa ini,
Penuh naluri yang tak ternilai;
Bagaimana mahu kuhindari,
Segala yang dihadapi.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 26

Hidup Ini(BAHAGIAN KHAS)

Indahnya hidup ini,
Hidup yang pelbagai onak;
Onak ranjau yang mencabar,
Mencabar jiwa untuk bersyukur.

Hidup ini,
Walaupun Kau bersifat sementara;
Tetapi kau seperti selamanya,
Hakikatnya kau sementara.

Hidup ini,
Hidup yang penuh cabaran;
Cabaran yang mencabar,
Bersedialah untuk menempuhinya.

Hidup ini,
Hidup yang penuh dugaan;
Dugaan yang tak disangka,
Ia akan datang sendiri.

Manusia,
Kau perlu bersabar;
Bila menempuhi cabaran,
Cabaran dan dugaan hidup ini.

Zulkaini
04.04.2007
HALAMAN 25

Hujan(BAHAGIAN KHAS)

Hujan,
Kau turun membasahi bumi;
Kau turun memberi rezeki,
Kau turun atas kehendak Ilahi.

Hujan,
Kau turun berserta kilat;
Kau turun berserta angin,
Sehingga pokok melambai-lambai.

Hujan,
Kau sumber rezeki;
Rezeki yang dianugerahi,
Dianugerahi oleh Ilahi.

Hujan,
jika tiadamu;
Munusia akan pupus,
kerana haus.

Hujan,
Kau turun memberi rahmat dan rezeki;
Rahmat dari Ilahi,
Rezeki dari Ilahi.

Zulkaini
03.04.2007
HALAMAN 24

Kehidupan(BAHAGIAN KHAS)

Hidup ini,
Penuh dengan cabaran;
Ombak yang mengila,
Memusnahkan lautan.
Hidup ini,
Penuh liku-liku;
Liku-liku yang pelbagai,
Ada yang pahit, ada yang manis.

Hidup ini,
Begitu pahit denga dugaan;
Dugaan yang tidak dapat di tahan,

Walaupun pokok yang tinggi,
Ia akan tumbang juga bila ditiup angin kencang.

Kehidupan ini,
Ibarat laut yang luas;
Adanya laut adanya ombak,
Begitu juga hidup ini adanya kematian.

Zulkaini
03.04.2007
HALAMAN 23

Merdeka(BAHAGIAN KHAS)

Merdeka,
Ertinya bebas;
Bebas ibarat burung yang bebas,
Bebas dari belenggu yang membelenggu diri.

Merdeka,
Saat itu aku tiada;
Akan tetapi aku kenal,
Sehingga kini.

Merdeka,,
Sudah 50 tahun Negaraku merdeka;(2007)
Bebas dari penjajah,
Keranamu pejuang.

Zulkaini
07.03.2007
HALAMAN 22