“
|
Sepinya hari ini” keluhku sendirian. Hari ini aku
keseorangan lagi. Maklumlah cuti semester. Cuti kali ini aku tidak balik
kampung kerana tiada bajet. Mulanya aku ingin mengikuti rakanku Mansur untuk
balik ke kampungnya di Kota Bahru tapi aku membatalkan niat untuk bercuti di
situ. Di hostel aku keseorangan. “Hah! Lebih baik aku tidur saja.” Aku terus
masuk dalam bilikku. Akan tetapi payah untukku lelapkan. Aku keresahan pula.
Baik aku pergi membeli barang keperluan manalah tahu kesepianku ini reda. Aku
terus masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala untuk mandi. Rasa kesejukan air
mandian menyegarkan tubuhku. Setelah selesai mandi aku terus mengambil
pakaianku.
Tiba
sahaja aku di pusat membeli belah aku terus ke restoran untuk makan pagi dahulu
sebelum membeli belah. Hari ini ramai juga yang berada di pusat membeli belah.
Ada yang sekadar berjalan-jalan sahaja tanpa membeli apa-apa. Ada juga yang
makan di restoran makanan segera. Pelbagai karenah yang aku temui di sini.
Setelah selesai makan aku terus pergi membeli barang. Tiba-tiba aku disapa oleh
rakanku. “Mat…… Mat….. tak balik kampung?” Sapa Fauzi. “Taklah Zi. Kau tu tak
balik kampung?” Kataku lagi. “Malaslah Mat…… Mat jom tengok Wayang.” Pelawa
Fauzi. “Cerita apa Zi?” Tanyaku. Selepas kami bersetuju untuk menonton wayang,
Fauzi terus mengajakku ke panggung wayang di tingkat atas. Setelah sampai,
Fauzi membeli tiket wayang. Tayangan wayang untuk Filem ‘Transformer 3’ pada
hari ini pukul 3:00 petang. Dalam kesempatan itu kami terus pergi ke Giant yang
terletak dalam Pusat Membeli Belah itu.
Bagiku
untuk membeli barang keperluan adalah sesuatu yang penting pada ketika cuti
ini. Berkali-kali Fauzi melihat jam ditangannya. Nampaknya Fauzi tidak sabar
lagi untuk menonton wayang itu. “Sabar-sabarlah Zi. Akupun tak sabar juga ni
nak tengok Filem tu.” Kataku kepada Fauzi. “Aku bukan apa Mat. Aku takut kita
terlepas waktu tayangan Filem tu. Apa kata kita pergi makan lepas ni.” Kata Fauzi.
Aku setuju dangan cadangan Fauzi tu. Selepas aku membayar harga barangan yang
aku beli tadi kami terus pergi ke sebuah Restoran yang tidak jauh dari Pawagam.
Setelah
selesai kami makan Fauzi mengajak aku terus ke Pawagam kerana 10 minit lagi
untuk tayangan Filem yang kami beli tadi. Tayangan Filem tersebut telah pun
bermula. Kira-kira dua setengah jam masa Filem tersebut ditayangkan. Setelah
selesai tayangannya semua penonton keluar mengikut pintu keluar yang
disediakan. Aku dan Fauzi terus saja balik ke Hostel masing-masing. Pada malam
ini Fauzi ingin menemaniku di dalam bilik Hostelku.
**********
Seperti
biasa malam ini aku tidak kesunyian kerana ada rakan yang menemaniku. Yang
pastinya aku dan Fauzi sahabat yang sama mengambil program Information Technology di kolej. Malam ini aku dan Fauzi
menyiapkan assignment masing-masing. Yang pastinya banyak assignment yang perlu kami siapkan.
Dengan menggunakan komputer riba masing-masing kami menyiapkan dalam keadaan
senyap. Tiada seorang pun dari kami berkata-kata.
Dalam
ketika itu kami leka menyiapkan kerja masing-masing aku memulakan kata. “Zi,
kau tak balik kampung? Setahu aku kampung kau tak jauh dari sinikan?” Kataku. “Malaslah
aku nak balik kampung. Lagipun bukannya ada kerja di kampung tu. Kalau balik
pun tentu makan tidur saja aku di rumah.” Kata Fauzi. “Yalah. Bukannya nak buat
apa-apa di kampung. Zi, aku mengantuklah. Aku tidur dululah. Selamat malam.” Kataku.
aku terus saja menutup komputer ribaku dan terus saja berbaring di atas tilam
yang segaja kami bentangkan di ruang tamu bilikku.
‘Malasnya
nak bangun pagi ini.’ Kataku dalam hati sambil menguap. Rasa malas untuk bangun
pagi ini aku lihat jam baru saja pukul 5:00 pagi. Apabila aku menjeling tempat
tidur Fauzi, Aku lihat tiada kelibat Fauzi yang berbaring, Cuma tempat tidur
yang sudah dikemas saja. Bila aku pergi ke bilik aku lihat Fauzi tengah solat.
Jadi aku cepat-cepat berwuduk dan berberus gigi untuk bersolat bersama-sama
Fauzi.
Setelah
selesai bersolat aku dan Fauzi menyediakan sarapan pagi. “Pandai juga kamu
masak Mat.” Kata Fauzi. “Masakan bujang saja Zi.” Kataku. Berselera sungguh
kami makan masakan aku. “Mat, hari ini kita nak pergi mana?” Tanya Fauzi. “Tak
tahulah Zi.” Jawabku ringkas. “Takkan nak tengok wayang lagi.” Sambungku. Fauzi
masih lagi berfikir. Aku membiarkan Fauzi berfikir. “Apa kata kita buat assignment saja Mat.” Kata Fauzi
kepadaku. “Itu memang betul, sebab masih banyak lagi assignment yang perlu dibuat ni.” Kataku menyokong Fauzi. Sebelum
kami menyiapkan assignment aku dan
Fauzi pergi mandi. Fauzi balik ke hostelnya yang terletak tidak jauh dari
hostelku. Sekali lagi aku keseorangan di dalam hostel. Hanya bunyi desiran
kipas sahaja yang kedengaran. Aku terus mengambil tuala di tepi katil.
Setelah
siap aku mandi, aku terasa segar. Kini aku menunggu Fauzi. Lama juga kedatangan
Fauzi aku rasa bosan. Untuk mengisi kebosanan, aku menonton filem yang ada di komputer
ribaku. “Lama juga Fauzi ni.” Keluh hatiku. Tiba-tiba satu ketukkan dan suara
orang memberi salam. “Assalamualaikum.” Kata suara itu. Aku bergegas pergi
membuka pintu hostelku. Aku melihat susuk badan orang itu. Sememangnya aku
kenal siapa gerangan orang itu. “Fauzi, buat kejut sajalah kamu ni.” Kataku
kepadanya. “Lambatnya kamu datang.” Sambungku lagi. Aku menjemput Fauzi masuk.
“Maaflah Mat. Tadi ada keluarga aku telefon Tanya aku balik atau tak.” Kata
Fauzi. “Hari ini kamu nak pergi mana?” Tanya Fauzi. “Tak ke mana-manalah Zi.”
Jawabku. “Bosanlah kalau tak keluar masa cuti ni. Apa kata kita keluar?” Cadang
Fauzi. “Kalau kita keluar, assignment ni
bila nak buat.” Kataku. “Kita boleh bawa komputer riba kita. Ini akan
memudahkan kita mencari maklumat dan membuat assignment.” Kata Fauzi lagi. Aku terfikir apa yang Fauzi
cadangkan. “Baiklah Zi. Aku setuju.” Kataku. “Kalau begitu apa lagi kau
pergilah mandi aku tunggu kau. Jangan lupa bawa Laptop. Aku balik dululah nak
bersiap-siap.” Kata Fauzi. Fauzi pun berlalu dari bilik hostelku. ‘Tak lama lagi
bermulalah semester baru.’ Keluhku.
Lama
juga aku menunggu Fauzi bersiap-siap. “Assalamualaikum.” Satu suara memberi
salam dan disusuli dengan bunyi ketukkan. “Waalaikumussalam.” Jawabku. “Lama
juga kau bersiap Zi.” Sambungku. “Maaflah tengah berkemas tadi.” Katanya.
“Yalah, marilah kita pergi.” Ajakku. Kami terus meninggalkan hostel dan pergi
ke penghentian bas untuk menunggu bas.
Masa
terus berlalu, lama juga menunggu bas. “Boringlah tunggu bas ni Mat. Apa kata
kita naik teksi saja.” Keluh Fauzi. “Aku ikut saja Zi.” Kataku.
Kebetulan
teksi lalu di situ. Fauzi terus menghentikan teksi. “Mahu ke mana adik?” Tanya
pemandu teksi itu. “Pergi ke Suria KLCC.” Jawab Fauzi. Aku hanya mengangguk
sahaja. Pemandu teksi memperlawa kami untuk masuk ke dalam teksi. Aku melihat
dia menyelaraskan meter teksi. Teksi terus meluncur laju ke destinasi. Akhirnya
sampai juga kami ke Suria KLCC.
“Zi, laparlah. Marilah kita pergi makan.” Kataku.
Fauzi pun mencari tempat untuk makan. Kami pun masuk ke dalam restoran KFC yang
terdapat di dalam Suria KLCC. “Bila nak buat Assignment ni Zi?” Tanyaku sambil makan. “Kita buat Assignment di luar Suria KLCC. Boleh
tengok menara KLCC dan menara Petronas.” Kata Fauzi.
Pagi
ini amat membosankan kerana tiada apa-apa yang nak dilakukan. Kalau nak keluar,
semalam sudah penat kerana keluar sampai malam. Bila aku lihat Fauzi masih enak
tidur. Apa yang aku buat adalah menghadap komputer ribaku. Aku melihat Fauzi
mengeliat hendak bangun. “Baru bangun Zi.” Tegurku. “Ya. Aku balik dulu Mat.” Kata
Fauzi, dia terus menyuruhku membuka pintu. “Yalah Zi.” Kataku ringkas. ‘Esok
merupakan hari pertama kuliah dalam semester baru untuk tahun ini.’ Aku
terfikir sejenak. Cepat juga masa berlalu.
*******TAMAT*******