Aku menghidupkan notebook
dan melayari laman Facebook lalu
aku aktifkan akaun Facebookku bagi
mengisi kelapangan. Tiba-tiba aku melihat satu mesej yang belumku baca. “Hai,
Saya ingin berkenalan dengan awak. Boleh saya tahu siapa nama awak?” mesej itu
dari Putera Misteri. Hatiku berdebar setelah membaca mesej dari Putera Misteri
itu. Aku teragak-agak untuk membalas mesej itu. Tiba-tiba muncul satu mesej di
ruang chatting Facebook. “Putera Misteri: Hai awak saya Fazli. Nama awak siapa?”
sekali lagi mesej yang di hantar oleh Putera Misteri. Jari-jemariku rasa kaku
untuk membalas. Lalu aku membaca profil Putera Misteri dahulu. Laluku membalas
mesej itu “Maya Manja: Hai, saya Mayaliza. Awak berasal dari mana?” Baru rasa
gementarku hilang. Lama juga aku tunggu tapi dia belum membalas. “Putera
Misteri: Wow! Cantiknya nama awak. Mesti awak ni cantik.” Beberapa minit aku
menunggu barulah dia membalas. “Maya Manja: Terima kasih, Taklah secantik
manapun.” Balasku lagi. Lama juga kami bersembang di laman chatting. Pelbagai soalan yang kuajukan kepadanya. Aku melihat jam
di dinding notebookku, “tak lama lagi
tengahari” kataku dalam hati. Oleh kerana petang ini aku ada kelas, aku terus log off akaun Facebookku. Aku terus berkemas untuk pergi ke kampus.
***********************
Petang ini pelbagai
persoalan yang aku fikirkan. Ternyata persoalan itu tiada jawapannya. Di dalam
kelas aku mendapati rakan-rakanku duduk membuat kerja masing-masing sementara
menunggu pensyarah datang. Ada antaranya tengah melayari Facebook. Aku mengambil tempat duduk bersama dengan rakan karibku
Izati. “Lambatnya kamu, Liza.” Tegurnya. “Jalan sesaklah Zati.” Kataku. Setelah
aku melabuh punggungku di atas kerusi aku terus menghidupkan notebookku sementara pensyarah belum
sampai lagi. Aku mengaktifkan akaun Facebook.
“Liza, kamu termenung kenapa? Kamu sakit?” Kata Izati lagi. “Taklah, saya nak tanya
kamu. Ada tak Fazli dalam kolej kita ni?” Tanyaku pula. “Fazli, kenapa dengan
dia?” Kata Izati. “Entahlah Liza, mungkin ada.” Sambung Izati lagi. Tidak lama
kemudian datang pensyarah masuk ke dalam kelas kami. Aku terus log off Facebookku.
“Liza jom pergi makan.”
Kata Izati. Aku hanya mengangguk sahaja. Kami terus menuju ke kafe. Di dalam
waktu kami menikmati makanan tiba-tiba kami didatangi oleh seseorang. Dia
menghampiri kami dan bertanya kepada kami. “Maaf cik, boleh saya tanya? Siapa
Mayaliza?” Kata orang itu. “Ya saya Mayaliza.” Kataku. “Ini ada surat untuk
awak.” Kata orang itu lagi. Aku terus mengambil surat itu dan orang itu terus
berlalu dari situ. Bertapa terkejutnya aku apabila membaca surat itu. Selesai
sahaja makan aku terus balik ke hostelku. Kali ini aku tidak memandu
bersendirian kerana Izati ada disebelahku. “Zati, malam ini tidur di rumah
saya. Boleh tak? Saya keseorangan kerana kawan-kawan yang lain sudah balik
kampung.” Kataku sambil memandu. “Liza, kita balik rumah saya dulu, saya nak
ambil baju.” Kata Izati. “Baiklah.” Kataku ringkas. Keretaku terus meluncur
laju menuju ke rumah Izati.
Kami meneruskan
perjalanan kami untuk menuju ke rumahku. Setelah sampai aku mencari tempat
letak kereta untukku meletak kereta. Malam ini aku dan Izati membuat assignment yang diberi oleh pensyarah
kami. Sambil menyiapkan assignment
aku mengaktifkan akaun Facebookku.
“Putera Misteri: Hai, Maya. Awak sihat.” Satu mesej dari laman chatting Facebook muncul. “Liza, kenapa termenung?” Tanya Izati. “Tak ada
apa-apalah Zati, Cuma Fazli hantar mesej di laman chatting Facebook saya.”
Kataku. “Apalagi balas sajalah.” Kata Izati. Akupun terus membalas. Kami
bersembang di laman chatting sehingga
mataku mengantuk. Aku terus merebahkan diri untuk tidur.
*****************
Apabila
matahari menjenguk tingkap menandakan waktu siang bermula. Aku dan Izati lantas
mengemas tempat tidur. Aku terus menghidupkan notebookku dan mengaktifkan akaun Facebookku. Terpapar di akaun Facebookku
satu mesej yang belumku baca. Tanpa berlengah masa akupun membaca mesej
tersebut. Ternyata mesej itu dari Putera Misteri. Aku terus membalas mesej itu.
Tidak lama kemudian muncul satu mesej di laman chatting Facebook. Di
akhir sembang itu Putera Misteri menyatakan hasratnya untuk berjumpa denganku.
Hatiku berdebar apabila pertanyaan itu keluar darinya. Tidak dapatku teruskan
perbualan kami, lalu aku memandang Izati. “Liza, kenapa ni?” Tanya Izati.
“Fazli nak jumpa saya Zati. Bagaimana Zati?” Kataku. “Kamu jumpa sajalah dia.”
Cadang Izati. “Kamu temankan saya pergi jumpa dia boleh tak?” Tanyaku lagi.
Hari
ini seperti biasa aku telah berjanji dengan Izati untuk bertemu dengan Fazli.
“Izati, cepatlah mandi.” Kataku. “Amboi! Liza, tak sabar nak jumpa Fazli?” Kata
Izati. “Bukan tak sabar, tapi nak tepati janji.” Kataku. “Yalah, dah siap pun.”
Kata Izati lagi. Kami terus menaiki kereta untuk pergi ke restoran yang telah
dijanjikan. Perjalanan kami berjalan lancar tanpa kata-kata. Sesekali aku
melihat jam.
Setelah
sampai ke destinasi yang kami tuju. Aku mencari tempat meletak kereta. Kulihat
ramai orang yang berada di dalam restoran tersebut. Aku dan Izati mencari
Fazli. Tidak jauh dari kaunter restoran kelihatan seorang lelaki yang tengah
menunggu seseorang. “Liza, saya rasa itu Fazli.” Kata Izati sambil menunjuk ke
arah lelaki itu. Kami menghampiri lelaki itu. Hatiku terasa berdebar-debar.
Walaubagaimanapun langkah kami kian menghampirinya. Begitu sukar untuk menyusun
kata-kata. “Assalamualaikum.” Kataku memberi salam kepadanya. “Waalaikumussalam.”
Jawabnya. “Boleh saya tanya, awak ni Fazli?” Tanyaku. “Ya, saya Fazli. Awak
Mayaliza?” Katanya lagi. “Ya saya. Panggil saja Liza. Ini kawan saya Nur Izati.
Awak tak kisah saya bawa kawan?” Kataku lagi. “Tak apa. silalah duduk.” Katanya
lagi. Kami pun duduk. Pada mulanya tiada kata yang dilafazkan oleh kami. Pelayan
datang untuk mengambil pesanan. Aku dan Izati hanya memesan set makan tengahari
sahaja. Aku lihat Fazli juga memesan set makan tengahari. Setelah pelayan
restoran berlalu suasana masih lagi senyap. Tiada kata diucapkan antara kami
sehingga pelayan restoran kembali membawa makanan yang kami pesan.
Dalam
keadaan yang sunyi sepi jugalah kami makan makanan yang telah kami pesan.
Selesai sahaja makan barulah kami berbual. Pelbagai pertanyaan yang diajukan
olehku kepadanya. Selain itu, pertukaran nombor telefon bimbit masing-masing.
Izati hanya menjadi pemerhati sahaja. Lama juga kami berbual, tiba masanya
untuk kami balik hostel. Dalam perjalanan Izati membuka bicara. “Liza, kacak
juga Fazli tu.” Kata Izati. Aku hanya terdiam sahaja. Di dalam hati aku mengaku
apa yang Izati katakan tadi. Apabila melihat aku diam, Izati juga diam.
*****************
Minggu
ini merupakan permulaan semester empat. Hari ini hari pertama kami masuk kuliah
untuk semester baru. Seperti biasa banyak cerita yang dikongsikan selepas cuti.
Bagiku pula tiada yang menarik semasa cuti kerana aku tidak balik kampung.
“Liza, termenung saja saya tengok kamu ni. Dilamun cinta?” Kata Izati. Aku
terkejut dengan teguran Izati. “Tak adalah Zati.” Kataku. Kami berborak
sehingga pensyarah datang. Maklumlah minggu pertama semester empat. Pensyarah
selalunya datang lambat. Lama juga kelas hari ini. Selepas selesai sahaja kelas
aku terus ke kafe. Sampai sahaja di kafe dan aku terus mengeluarkan serta
menghidupkan notebook dan
mengaktifkan akaun Facebook. Seperti
biasa tiada apa yang menarik. Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi telefon
bimbitku. Aku lihat satu mesej.
Bersambung……..
[CERPEN CINTA MUKA BUKU 2.0]
AKAN DATANG………….
SAMBUNGAN CERPEN C.M.B LAMAN SOSIAL FACEBOOK…….
CINTA
MUKA BUKU 2.0