DUHAI CINTA EPISOD 1
Babak 1
Pelakon:
Pak Samad – bapa Ramli
Mak
Minah – ibu Ramli
Razak – Adik Ramli
Suasana dingin
dengan tiupan angin yang mendamaikan keadaan.
Lokasi : Rumah Pak
Samad
Pak Samad tengah
duduk berehat melepaskan keluhan.
Pak Samad :
Aduh!(keluhnya). Hari macam nak hujan saja.
Mak Minah: Yalah bang.... tapi tak tahulah bila nak turunnya. (pantas melihat ke
langit)
Pak Samad : Minah,
ada Ramli telefon?
Mak Minah: tak adalah bang... mungkin dia sibuk
agaknya.
Mak Minah pun
keluar pentas
Dari jauh kelihatan
anak muda masuk pentas
Razak :
Assalamualaikum ayah.
Pak Samad : Waalaikumussalam. Kamu dari mana?
Razak : Dari
sungai tadi. (terus duduk bertentangan dengan ayahnya)
Mak Minah masuk dan
membawa
minuman
Pak Samad : Buat apa Kamu pergi sungai?
Razak
: Sajalah ayah. Tengok pemandangan.
Mak
Minah : Bang, Razak minumlah kopi panas ni. (beralih kepada Razak) Kamu ini tak
ada kerja lain? Asyik pergi ke sungai saja.
Razak : Yalah mak.
****Pentas tutup****
Babak
2
Pelakon:
Raudah – isteri yang taat
Pak Zaki – Bapa Raudah
Mak Peah – ibu Raudah
Suasana hujan rintis-rintis
Lokasi: Rumah Pak Zaki
Pak Zaki sedang menonton berita tengahari
Kedengaran bunyi telefon
Telefon: ringgggg………ringggg…….ringgggg
Mak Peah mengangkat telefon
Mak Peah: Assalamualaikum, siapa ni?
Raudah :
Waalaikumussalam mak, Raudah ni.
Mak Peah: Oooo…… Kau Raudah. Ada apa telefon ni?
Raudah :
Saja nak tanya khabar mak dan ayah.
Mak Peah: Mak dan Ayah kau sihat saja. Bila kamu nak
balik kampung?
Raudah : Cuti nanti mak. Ingat nak balik kampung
abang Ramli dulu ada kenduri doa selamat sikit.
Mak Peah: Oooo……….. patutlah ayah Ramli jumpa ayah
kau tadi.
Raudah :
Mak, dah tahulah ni. Kalau macam tu mak dan ayah pergi tak?
Mak Peah: Ya, mak dan ayah kau pergi nanti.
Raudah :
Yalah mak, Raudah ada kerja ni. Assalamualaikum.
Mak Peah: Waalaikummussalam.
Telefon di letak.
Mak Peah menghampiri Pak Zaki
Mak Peah: Abang, Raudah telefon tadi.
Pak Zaki :
Ya, apa dia kata?
Mak Peah: Dia tak kata apa-apa, Cuma tanya khabar
saja.
Pak Zaki :
(Sambil menghisap rokok daun) Yalah. Cuti ni dia balikkah?
Mak
Peah: Balik bang, sebelum dia ke sini dia pergi kenduri doa selamat di rumah
Samad dulu. (Sambil berdiri dan
melangkah ke dapur.)
****Pentas tutup****
Babak 3
Pelakon:
Ramli – seorang suami
Raudah – isteri yang taat
Suasana kelihatan cerah
Lokasi: Dalam kereta
Ramli sedang memandu kereta Produa MYVInya
Raudah: Abang, berapa jauh lagi nak sampai? (Sambil
memandang jalan raya)
Ramli : Tak
jauh lagi ni. Ada telefon ayah ke?
Raudah: Ada bang.
Ramli :
Ayah cakap apa?
Raudah: Bukan ayah yang jawab tapi mak yang jawab.
Ramli : Dah
beritahu mak ke kita nak pergi ke rumah abang dulu ni?
Raudah: Dah. Mak dan ayah pun pergi kenduri tu.
Ramli :
Oooo…….macam tu ye.
Kedua-dua kelihatan senyap sehingga sampai ke
halaman rumah.
****Pentas
tutup****
Babak
4
Pelakon:
Raudah – isteri yang
taat
Mak Minah – ibu Ramli
Mak Peah – ibu Raudah
Suasana riuh dengan beberapa orang perempuan yang
bergotong-royong memasak.
Lokasi: Dapur di rumah Pak Samad
Kelihatan Mak Peah dan Mak Munah memotong bawang
Mak Peah : Kak
Munah, kenduri ni untuk apa?
Mak Munah: Kenduri ni untuk si Razak nak masuk
Universiti.
Mak Peah :
Oooo……. Bila si Razak nak pergi Universiti ni?
Mak Munah: Minggu depan.
Mak
Peah : Mana si Ramli dan Raudah ni? (Melihat
di bawah tanah) si Razak tu ambil bidang apa kat Universiti nanti?
Mak
Munah: Entahlah dia kata sebelum mula kenduri ni mereka sampai. Si Razak
belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.
Mak
Peah : Oooo……. Begitu.
Kelihatan
Raudah masuk dan bersalaman dengan tetamu.
Raudah : Mak…… (Sambil bersalaman dengan Mak
Peah dan Mak Munah)
Mak
Peah : Panjang pun umur kamu Raudah,
mak baru saja sebut nama kamu.
Mak
Munah: Kenapa lambat sampai?
Raudah : Jalan raya penuh dengan kereta tadi.
Apa yang perlu bantu mak?
Mak
Munah: Tolong potongkan kentang tu saja.
Raudah : Yalah mak. (Sambil mengambil kentang
dan pisau)
****Pentas tutup****
Babak
5
Pelakon:
Pak Zaki – Bapa Raudah
Pak
Samad – bapa Ramli
Razak – Adik Ramli
Ramli – seorang suami
Suasana riuh dengan kanak-kanak dan beberapa orang
lelaki tua, dewasa dan remaja.
Lokasi: Ruang tamu rumah Pak Samad
Kelihatan Pak Samad berborak dengan Pak Zaki
Pak
Samad: Zaki, macam mana dengan kerja kau? (Sambil mengambil sebatang rokok dan
menghisapnya)
Pak
Zaki : Biasa saja Samad. Majlis
kenduri ni untuk apa?
Pak
Samad: Majlis ni untuk anak aku si Razak tu. Dia nak belajar di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.
Pak
Zaki : Oooo……. Mana si Razak?
Pak
Samad: Ada tu. (menunjuk ke arah kelompok anak muda)
(Ramli
mendekati ayah dan ayah mentuanya)
Ramli : Ayah, pukul berapa nak mulakan doa
selamat ni?
Pak
Samad: Kejap lagi mulalah tu. Tok Imam pun dah sampai.
Kelihatan
Tok Imam menerima isyarat dari Pak Samad untuk memulakan doa selamat.
Semua
tetamu senyap untuk mengikuti doa selamat yang dibaca oleh Tok Imam.
Setelah selesai membaca doa selamat kelihatan anak
muda termasuk Razak mengangkat hidangan dari dapur.
Juadah dihidangankan dan tetamu menikmati juadah.
Setelah selesai majlis kelihatan kesemua tetamu
pulang. Tinggallah Pak Samad, Pak Zaki, Ramli dan Razak.
Pak Zaki :
Razak, bila kamu pergi mendaftar?
Razak : Minggu depan Pakcik.
Pak Samad: Razak, kamu dah kemas barang-barang yang
kena dibawa nanti.
Razak
: Belum lagi ayah. Esok malam barulah kemas.
Pak Zaki :
Kamu kena tengok betul-betul barang yang kamu nak bawa.
Razak
: Yalah Pakcik.
Pak Samad: Kami disini mendoakan kejayaan kamu.
Razak
: Yalah ayah.
Ramli : Razak, kamu bolehlah pergi ke rumah abang
bila di Kuala Lumpur nanti. Kalau kamu ada apa-apa kamu telefon saja abang.
Razak : Baiklah abang.
Pak
Zaki : Samad, aku balik dulu ya.
Pak
Samad: Yelah Zaki.
Ramli : Ayah, esok kami ke rumah ayah ya.
(beralih ke arah Pak Zaki)
Pak
Zaki : Yelah Ramli. Kamu cuti sampai
bila?
Ramli : Sampai minggu depan ayah.
Kelihatan
Mak Munah, Mak Peah dan Raudah masuk.
Selepas Mak Peah bersalaman dengan Mak Munah dan
Raudah, kelihatan Pak Zaki pula bersalaman dengan Pak Samad, Ramli dan Razak.
****Pentas
tutup****
EPISOD 1 TAMAT