Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012

Pemenang Cerpen Terbaik Undian Pembaca 2012
Mendapat 14 Undian

Friday, September 2, 2011

CERPEN TERBARU "AKU!!"

"AKU!!"





P
ilu rasa hati apabila terkenangkan kisah silam. Aku tidak dapat menahan sebak pada saat itu aku tidak mengerti apa yang berlaku tapi kini aku mengerti. Aku kini sedar siapa sebenarnya aku. Walaupun peritnya kehidupanku tetapku sembunyikan kerana aku tidak mahu kehidupanku ini akan membuatku ketinggalan. Hari kian menjelma kini aku masih dalam pertaruhan antara hidup dan maut. Bilaku pergi ke kuliah hari ini aku dapat merasakan bahawa aku tidak menumpukan sepenuh perhatian. Tetapiku gagahkan juga untuk mengikuti kuliah Profesor Michael itu. Hari ini Profesor Michael membincangkan topik Brain Cancer. Topik ini mengingatkanku sesuatu, tapi aku biarkan saja fikiran ini. Setelah selesai kuliah, aku terus melayan perasaan. “Rizal, jom pergi makan.” Sapa rakanku. “Takpalah Fitri. Awak pergilah dulu.” Rakanku itu terus berlalu. Kini aku keseorangan dibuai perasaan.
            Hari ini seperti biasa aku pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. seperti biasa Doktor menyatakan supaya aku berehat dan tidak banyak beraktiviti. Sememangnya aku tidak mempunyai aktiviti luar. Setelah berjumpa Doktor aku terus balik ke rumah sewaku. Setelah tibanya aku di rumah sewa aku dapati rakan-rakanku membuat kerja mereka masing-masing. Aku terus pergi ke dalam bilikku.
            Petang ini aku rasa berat untuk bangun. Entah mengapa badanku berat. “Rizal……..” ketukkan dan disusuli dengan panggilan namaku oleh rakan serumahku. Aku ingin sekali bangun tapi rasa berat sangat. Rakan  serumahku membuka pintu bilikku, “Rizal, kau kenapa?” soal rakanku. “Tiada apa-apa.” Jawabku. “Kau ni macam tak sihat saja.” Kata rakanku lagi. “Tak ada apa-apalah Aziz. Tak cukup rehat saja.” Kataku lagi. “Kalau macam tu tak apalah. Aku nak beritahu Fitri datang nak jumpa kau.” Beritahu rakanku lagi. “yalah, nanti aku jumpa dia.” Kataku pendek.
            Dengan rasa berat aku cuba bangun untuk bertemu dengan Fitri rakan sekelasku itu. Fitri yang sedia menungguku terus menyapaku. “Rizal, kenapa ni tak sihat?” Tanya Fitri. “Taklah Fitri. Cuma tak cukup rehat saja.” Jawabku. Kami berbual mengenai pelajaran kami. Esok kami akan berbincang mengenai practical yang akan dijalankan bulan depan. Tahun ini merupakan tahun kedua aku belajar di Universiti Perubatan Malaysia dalam bidang perubatan. Aku masih ada empat tahun lagi sebelum tamat belajar. Akan tetapi penyakitku ini bertambah teruk. Setelah Fitri balik aku terus masuk bilik. “Rizal, kau nak makan?” Soal Aziz. “Kalau kau nak apa-apa kami boleh tolong belikan untuk kau.” Kata Razman pula. “Oklah Aziz dan Man belikan aku nasi ayam dan air sirap saja.” Kataku sambil menghulur wang. “Yalah Rizal.” Balas Aziz dan mereka pun pergi.
            Kini tinggal aku keseorangan dan melangkah ke dalam bilik untuk berehat sekejap. Mataku terasa berat. Pantas aku mencapai buku Disease Treatment. Akan tetapi aku tidak dapat menbacanya. Selepas itu aku terus menghadap Komputer Riba untuk menyiapkan assignment yang diberi oleh Profesor Dr. Robert. Beliau mengajar subjek Medical Operation and Treatment. Bagiku semua subjek yang diajar di kampus amatlah susah. Apa yang penting adalah kesungguhanku untuk mengikutinya saja. Esok pula aku apa membuat persiapan untuk menghadapi practical. Kami akan membuat practical selama dua minggu di Hospital Kuala Lumpur. Ini adalah practical pertama kami untuk menduduki Final Examination yang akan diadakan sebulan selepas practical.
            Tanpaku sedari Aziz dan Azman sampai dan mengetuk pintu bilikku. Rasa malas untuk membuka pintu bilik tapiku gagahkan juga. “Rizal, buat apa dalam bilik ni sampai kami sampai pun tak perasaan. Aku dan Azman dah beli makanan kau. Jom la kita makan sama-sama.” Kata Aziz. “Aku baru habis buat Assignment tadi. Yalah.” Jawabku. Kami pun makan makanan yang telah dibeli tadi. Selepas saja aku makan, aku terus masuk dalam bilik dan makan ubat yang doktor beri pagi tadi. Aku tahu Aziz dan Azman tidak mengetahui penyakitku. Walaupun begitu aku juga tidak mahu mereka tahu. Selepas saja aku makan ubat aku terus saja melelapkan mataku.

**************************

            Hari ini kelihatan cerah saja. Sesampai saja aku ke kampus, aku lihat ramai rakan-rakan datang pada hari ini kerana hari ini adalah hari perjumpaan dengan Profesor Dr. Lyana penyelaras practical kami. “Good morning everyone, today we’ll discuss direction your practical next month during two week begin from 15 April to 20 April 2008.” Kata Profesor Dr. Lyana. “Any Question?” Kata Profesor Dr. Lyana lagi. Semua pelajar menggeleng kepala tanda tiada soalan. Beliau juga menasihati agar semua pelajar mematuhi arahan yang diberi semasa practical nanti. Selain itu, beliau juga menerangkan bagaimana tempat practical. Semua pelajar mengangguk tanda faham apa yang beliau jelaskan. Perbincangan itu selesai kira jam 12:00 tengahari.
Setelah selesai perbincangan itu smua pelajar bersurai dan menanti kuliah yang selanjutnya. Ada antara pelajar yang pergi makan tengahari di cafe. Aku pula masih lagi duduk di atas kerusi di dewan kuliah. “Rizal, kenapa termenung ni?” Sapa rakanku Fitri. “Tak ada apa-apalah Fitri.” Kataku pendek. “Kalau Macam tu marilah kita makan di cafe.” Kata Fitri lagi. “Tak usah dimenungkan lagi Rizal.” Tambah Fitri lagi. Aku pun mengikut Fitri pergi ke cafe. Kami memesan minum dan makanan. Setelah duduk di atas kerusi, aku dan Fitri makan makanan yang telah kami pesan tadi. Pada hari ini aku tidak berselera hendak makan tengahari. Aku hanya makan sedikit saja. “Rizal, kenapa aku tengok kamu semakin hari semakin tak berselera? Kau sakit?” Soal Fitri. “Aku tak sakitlah. Cuma aku tak ada selera saja.” Jawabku ringkas. Bagiku untuk menyembunyikan penyakitku dari rakan-rakanku adalah amat sukar. Kerana lambat-laun mereka akan tahu juga. Biarlah aku sembunyikan dulu dari mereka, kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka. Selepas sahaja makan aku memesan air suam untuk aku makan ubat. Masa aku makan ubat Fitri pergi membasuh tangan. Setelah Fitri kembali barulah aku pergi ke tandas. Kami terus pergi ke kuliah Profesor Dr. Robert untuk mengikuti kuliah Medical Operation and Treatment dari Profesor Dr. Robert.
Hari ini Profesor Dr. Robert bertanyakan assignment yang kami buat. “Classes your assignment submits are after final examination. Today we’ll discuss direction Operation of Sense System.” Kata Profesor Dr. Robert. Kami sekadar mengangguk tanda faham. Aku terus teringatkan penyakit yang aku hadapi. Walaupun begitu aku melupakannya dan terus mendengar kuliah beliau. Sedikit sebanyak kuliah yang disampaikan oleh Profesor Dr. Robert itu aku tulis dalam buku notaku. Setelah habis kuliah aku dan rakan-rakanku balik ke hoster. Sampai sahaja aku ke hoster, aku terus masuk ke dalam bilikku dan terus membaringkan badanku. Pada hari ini aku rasa kepalaku sakit yang amat sangat., ini menyebabkan aku tidak boleh bangun. Aku hanya bertahan sahaja. Setelah kepalaku berunsur pulih aku terus mencapai ubat dan memakannya. Akhirnya kepalaku tidak sakit lagi.
Pagi ini bisa sungguh kepalaku ini tak pernahku rasa selama ini. Sehingga aku menjerit kesakitan. Rakanku Aziz dan Razman terkejut dengan jeritanku itu lalu mereka pergi ke dalam bilikku. Mereka terus masuk ke dalam bilikku. “Rizal, kenapa ni?” Kata Aziz. Aku tidak mampu menjawab pertanyaan Aziz itu. Aziz dan Razman terus memapahku. Aku di bawa ke dalam kereta Aziz. Aziz terus memandu kereta menuju ke Hospital. “Man, kau telefon Fitri.” Arah Aziz kepada Razman. Aku tidak boleh buat apa-apa lagi. Hanya berserah kepada Tuhan saja. Setelah sampai ke Hospital aku terus di bawa menggunakan troli Hospital menuju ke bilik kecemasan.
Setelah diberi suntikan barulah aku rasa lega dan terlena. Lama juga aku lena semasa dalam lena aku mendengar suara rakan-rakanku. Beberapa jam selepas itu barulah aku tersedar. Dr Faruq menghampiriku lalu berkata sesuatu “Rizal, penyakit awak ni dah semakin teruk. Rasanya awak perlu di bedah segera.” Aku terdiam dengan kata-kata Dr Faruq. Aku terus sahaja tunduk tapi badanku terasa lemah.
Tidak lama selepas Dr Faruq keluar datanglah rakan-rakanku. “Rizal, kau ni sebenarnya sakit apa?” Soal Aziz. Aku masih lagi terdiam dan berfikir antara beritahu mereka ataupun tidak. Begitu payah bagiku membuka mulut untuk memberitahu mereka. Perlahan-lahan aku membuka kata. “Aziz, Fitri dan Razman… aku sebenarnya mengalami ketumbuhan dalam otak. Sebenarnya penyakit aku ni dah lama dan aku tidak pernah beritahu kamu semua. Maafkan aku ya.” Kataku perlahan-lahan. “Tak apalah Rizal, perkara dah lepas. Kami doakan semoga kamu selamat.” Balas Fitri pula. Aku rasa bersalah dengan mereka semua. Esok aku akan dibedah. Sepupuku Dr Faruq yang memberitahuku tadi. Setelah rakan-rakanku balik aku terus berehat.

********************************************

Hari ini nurse memberi arahan kepadaku untuk menukar bajuku kepada baju Hospital kerana pagi ini aku di bedah oleh Dr Razali sebagai ketua pasukan dan dibantu oleh Dr Intan, Dr Faruq dan Dr Mei Lai Chin. Dr Ridzuan sebagai pakar bius akan membiusku dulu. Setelah aku menukar baju nurse yang bertugas menghantar aku ke bilik bedah. Di dalam bilik bedah kelihatan Dr Ridzuan bersiap sedia untuk membiusku. Terasa sakitnya apabila ubat bius menusuk ke dalam badanku, lalu Dr Ridzuan mengarahkanku untuk mengira 123. Aku mampu untuk mengira 1 hingga 4 sahaja. Aku terus tidak sedarkan diri.
Pembedahan dijalankan selama 6 jam. Dalam 6 jam aku rasa berbagai perasaan. Rasa berat di kepalaku seperti dipukul-pukul semuanya ada. Aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja. Aku tahu risiko pembedahan ini adalah tipis hanya 50% sahaja untuk hidup. Betapa peritnya aku rasakan apabila dalam pembedahan itu. Kesakitan dapatku rasakan. Aku cuba menahan sedaya-upayaku. Selesai sudah pembedahan itu tapi aku masih tidak sedarkan diri lagi. Aku dihantar ke wad ICU buat sementara waktu. Dr Faruq akan memantauku setiap 5 minit.
Kini sudah 6 hari aku di Hospital. Walaupun aku sedar tapi aku masih lagi berbaring di atas katil wad. aku masih tidak dapat bergerak secara normal lagi kerana badanku masih lemah. Kehadiran rakan-rakanku membuatkan aku sedar bahawa mereka mengambil berat. “Rizal, kau apa khabar sekarang? Sudah 6 hari kau di sini. Kami semua sentiasa dating ke sini seemasa kau belum sedar lagi.” Kata Aziz. Aku hanya mampu mengangguk saja. Dalam diam aku berasa bersalah kerana tidak pernah memberitahu mereka mengenai penyakitku ini.

****************************************************

            Selang sebulan aku di Hospital barulah aku sedar sepenuhnya. Kini aku sudah tidak berbaring lagi. Pagi tadi aku telah membuat latihan physiotherapy. Kini aku sudah boleh berjalan seperti sediakala walaupun masih menggunakan sokongan. Aku tahu bulan ini sepatutnya aku menjalani practical di Hospital ini tetapi sekarang ini aku duduk di Hospital ini selama satu bulan. Entah bila aku akan dibenarkan keluar Hospital dan menjalankan kehidupanku seperti dulu. Aku tahu rakan-rakanku yang lain sedang menjalani practical untuk tahun kedua. Aku pula perlu mengulangi semester 6 tahun kedua sekali lagi apabila aku pulih seperti sedia-kala nanti.

***************TAMAT***************

Setelah pertemuanku dengan Dr Rizal itu aku menamatkan sesi latihan di Hospital Kuala Lumpur. Kini Dr Rizal telahpun sihat dan telah menjadi Doktor Pakar Otak di Hospital Kuala Lumpur. Pertemuanku dengan Dr Rizal telah membawa semangat baru kepadaku. Kini aku menamatkan pengajianku di Universiti Perubatan Malaysia dan InsyaAllah tahun dengan aku akan bergelar Doktor.
Penulis Tigermalay87
3 September 2011